cahayacinta dululainsekaranglain apacerita
tak kenal maka tak cinta
ahmadfaizal pondokkecil sudais-sudais
tehramuan

Berbalas Pantun Dengan Mat Rempit

runtuh

Hari ini ada acara pertandingan berbalas pantun yang dianjurkan oleh AJK kampung. Dewan Orang Ramai penuh dengan kumpulan anak muda Melayu bermotosikal yang datang dari beberapa buah kampung di sekitar dengan berbagai lagak dan gaya. Sebahagiannya terdiri dari gadis belasan tahun.

Kumpulan mat rempit ini diwakili oleh ketuanya yang bernama Mat sementara pihak lawan diwakili oleh seorang kontraktor muda yang sebangsa dengan Mat. Selepas dijemput oleh pengacara majlis, Mat menjual pantunnya dengan penuh sopan santun. Jom tengok…

[Mat]
siang dan malam kami dihina
langsung tiada kata memuji
kalaulah tuan bijak laksana
jelaskan di mana salah kami

Tepukan yang sangat gemuruh diberikan oleh sekalian mat rempit yang berada di dalam dan di luar dewan. Terdengar juga bunyi hon motosikal beberapa kali. Senyap.

[Kontraktor]
di jalan raya bukan sedikit
motosikal honda atau yamaha
di mana sahaja kamu merempit
sangat bahaya kepada pengguna

Senyap. Tiada tepukan diberikan kepada pemantun. Hanya kelihatan beberapa orang mat rempit mengangkat penumbuk. Rupanya kontraktor berkenaan hanya datang bersama teman wanitanya sahaja. Tak berani dia nak menepuk tangan.

[Mat]
bertahun tamak menarah bukit
bukit gondol hutan pun terang
runtuh tanah bukannya sedikit
musnah harta nyawa melayang

Tepukan lebih gemuruh diberikan. Kali ini disertai dengan bunyi enjin motosikal di samping bunyi hon. Beberapa orang gadis terkinja-kinja melompat memberi sokongan. Senyap lagi.

[Kontraktor]
kita bukan membuat bangsal
kerja kita baik-baik sahaja
kalau ada projek yang gagal
bukan saya yang buat kerja

“Ada yang mati di jalan! Tapi bukan saya yang langgar!”. Kedengaran satu suara yang kuat dari pintu dewan. Kemudian bunyi deruan enjin motosikal serta hon hingar bingar tanpa dapat dikawal lagi. Acara meriah ini terpaksa berhenti di situ sahaja kerana pembesar suara tidak dapat mengalahkan bunyi bising di luar dewan. :) Sekian.

adegan mat rempitSaya bukan seorang penyokong aktiviti merempit apa lagi aktiviti menarah bukit. Idea untuk membuat entri merapu berbalas pantun ini datangnya dari blog sahabat dnoBiz. Baca pandangan dnoBiz di sini.


Sementara dapat kerja tetap, buat Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Berbalas Pantun Dengan Mat Rempit' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



63 Comments

  1. catzer says:

    meh balas pantun dengan minah rempit plak :)
    catzer baru je tulis kisah Pantang Larang Berkawan Sesama JenisMy Profile

    1. tehr says:

      berani menyahut cabaran :)

      1. Ismail N says:

        Menarik tu… apalagi sediakan pantun. Buka kan pentas..
        Ismail N baru je tulis kisah Cuti Sekolah 2010My Profile

  2. padin says:

    cettt ingatkan betul – betul tadi heee
    menarik entry nih!!!!!!!!!!!! wakakaa
    padin baru je tulis kisah Percaya Sebelum BerjayaMy Profile

      1. dnoBiz says:

        walaupun cerita dongeng, tapi cara penyampaiyan kau dan kesan yang ditinggalkan lebih bagus dari apa yg aku buat, tabik bro……. :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Syarikat Ac Mizal – Disyaki Tiada Lesen Akta Jualan langsung My Profile

        1. padin says:

          betul dnobiz… penyampaian yg bersahaja, tapi menarik,
          padin baru je tulis kisah Sikap Merendah DiriMy Profile

        2. tehr says:

          aku pun tabik juga kat bro

  3. belalang says:

    mat rempit pun pandai berpantun…
    mmg berseni mat rempit nih…

    huhuhu…
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      mat rempit memang pantang dicabar, belalang

  4. kami says:

    mmg hebat mat rempit tu berpantun..hehe
    harapkan gejala mat rempit ni dapat dikurangkan lagi sebelum byk lg nyawa yg melayang..

    1. tehr says:

      sama hebat ketika di jalan raya

  5. sangilapi says:

    tanpa mengira status,masing-masing ada kesalahan masing-masing :)

    kesalahan sang bilis selalu digembar-gemburkan manakala kesalahan sang jerung selalu dikambus :(
    sangilapi baru je tulis kisah blogger yang didugaMy Profile

    1. tehr says:

      banyak kesalahan jerung boleh ditudung dengan kertas surat khabar

      1. is says:

        mak rempit makan
        tahu baju sempt
        aq x tau,

  6. adah says:

    isu rempit memang tak pernah habis….huhu

    p/s:rasa lame x mencuba bakat berpantun di sini…kekekeke

    1. tehr says:

      tak akan habis
      silih berganti selepas ada yang mati :(

  7. zezebel says:

    Hahahahahaha….
    Ni Mat rempit yang dah nak insaf ni. kalau yang betul punya, taknak dia berpantun kan?
    zezebel baru je tulis kisah 2010 UPSR exam resultMy Profile

    1. tehr says:

      bos dia ni orang terpelajar sikit ni, belle :)

    2. Affan says:

      haha. tu lah pasal. mat rempit pun pandai berpantun ye
      Affan baru je tulis kisah Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan PujianMy Profile

  8. bisk says:

    beli motor nak yang smart
    beli untuk pergi pasar
    naik motor pecut tak ingat
    akhirnya rempit mati terkapar

    macam tak cun jer pantun aku nih
    bisk baru je tulis kisah miskin jiwaMy Profile

    1. tehr says:

      dah cun dah tu, bisk :)

      mat rempit pergi pasar
      minah rempit jual ikan
      dua-dua kena langgar
      jatuh tergolek atas jalan

      moga2 mereka sedar sebelum terlambat

  9. Hadi Rofiee says:

    AKu tak suka mat2 rempit. Bising & berlagak hero di jalanan.

    1. tehr says:

      ya, hara2 mereka sedar

      1. Hadi Rofiee says:

        Bila ya mereka nak sedar..

        pernah aku nampak geng2 mat rempit beraksi, orang2 cina yg tengok tersengih2 sinis.. aduh. :neutral:
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Syukur perkataan &amp perbuatanMy Profile

        1. tehr says:

          sengih2 duit tu
          mereka jual alat ganti motor

  10. sud@is says:

    kedua2 bersalah,
    mat rempit n kontraktor

    ibu bapa gagal mengawal anak2 yang semakin bebas meniru gaya hidup melaui filem2 yang ditayangkan, baik ditv maupun dilayar. siapa pemberi kebenaran

    lebih bersalah…siapa disebalik kelulusan sebarang permohonan pembangunan

    n3 best diantara yang best , thniah tehr
    sud@is baru je tulis kisah 3 in 1My Profile

    1. tehr says:

      siapa tu? siapa?

  11. Syafrizal says:

    teingat pantun Ujang dalam kasetnya Din Beramboi hehe
    Syafrizal baru je tulis kisah Garam Bukit HPA dari Pergunungan HimalayaMy Profile

    1. tehr says:

      dah lama tak baca kartun ujang

  12. Affan says:

    erk ada sesi macam ni ke? hehe.
    boleh pulak diberhentikan sbb pembesar suara.
    Affan baru je tulis kisah Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan PujianMy Profile

    1. tehr says:

      pembesar suara kecik je, bro
      tak leh lawan bunyi enjin motor kat luar :D

  13. Princess ♥ says:

    kaunselor pun xtahu dah bg kaunseling kat anak murid yg kuat merempit ni..heeeeee
    Princess ♥ baru je tulis kisah GiveAway Domain From MelRomeoComMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, princess
      mati akal kita dibuat mat rempit

  14. tukang kata says:

    menarik.

    dpt menilai kebaikan dan keburukan seorg kontraktor dan mat rempit.

    :)

    teruskan berkarya.

    1. tehr says:

      kredit untuk dnoBiz

  15. dnoBiz says:

    hehe,
    cara santai macam ni sebenarnya lebih berkesan dan lebih jelas.. :D

    Ps: terimakasih sebab sudi bagi kredit ka aku bro
    dnoBiz baru je tulis kisah Syarikat Ac Mizal – Disyaki Tiada Lesen Akta Jualan langsung My Profile

    1. tehr says:

      aku tertarik dengan perbandingan bro
      sori sebab cedok idea :)

  16. gayahspears says:

    bro!!
    mmg kreatif mat rempit tu berpantun!kah3
    bro jum tarah bukit..kita jd mat driver lak~

    1. tehr says:

      jangan merempit sebelah mata
      mereka boleh buat apa sahaja

  17. etomyam says:

    hahaha banyak maksud terselit di setiap susunan pantun tu
    satu karya yang unik ni bro :D
    etomyam baru je tulis kisah Seminggu Sebelum RayaMy Profile

    1. tehr says:

      kredit buat dnoBiz

  18. kulanz says:

    acara berbalas pantun tak tamat lagi.. kalau macam tu dua-dua pemenang, tiada yang pengalah.. hehe
    kulanz baru je tulis kisah Teruja Menyaksikan Stompin’ Sabah 2010My Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      terpaksa diberhentikan, bro… penyokong yang buat kacau :D

      1. kulanz says:

        xpa bro, lepas ni boleh buat sambungan acara tu :D

        1. tehr says:

          tak tau sapa pulak lepas ni yang sanggup lawan pantun dengan mat rempit ni
          geng mereka ramai :D

  19. Cik Siti says:

    apa guna dibuat jalan
    kalau tidak kita gunakan
    weng sana weng sini lagak cam jantan
    motor tak jalan nyawa pulak yang jalan…

    hahaha… apa yang Cik Siti merepek ni?
    Cik Siti baru je tulis kisah Kene tag dengan Adik sendiriMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa cik siti
      asal pantun je, merepek ke… melalut ke… semua tak kisah :)

      mat rempit memang berani
      buat aksi berbagai gaya
      tetapi takut hendak patuhi
      undang-undang jalan raya

  20. puteri says:

    eh tapi pantun pusingan kedua tu macam lain sikit tema-nya,,

    1. tehr says:

      mereka saling menyalahkan

  21. Cha'on says:

    masing2 ada kekurangan masing2..
    Cha’on baru je tulis kisah Rancangan 8TV Shout! Awards 2010 Kini KembaliMy Profile

    1. tehr says:

      … dan masing2 ada kesalahan

  22. zulkbo says:

    salam..
    jauhi aktivti
    rempit..mengapa
    nahas yang di cari..?
    zulkbo baru je tulis kisah Kereta Baru Takut Finance Kereta Lama Takut PomenMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      semuanya mencari kepuasan dunia

  23. Ismail N says:

    Lepas ni Mat Rempit lawan Mat Rock.. (saja mahu tahu, siapa dapat tepukan lebih kuat) :D
    Ismail N baru je tulis kisah Cuti Sekolah 2010My Profile

    1. tehr says:

      mat rempit selalu sokong dengan ekzos motor
      mereka pasti lebih kuat :D

  24. zik says:

    mat rempit bikin panas jer… baru jer masuk paper… duk meragut… siap tikam2 lagi tuh..isk2…
    zik baru je tulis kisah Malaysia mara ke pusingan kedua biarpun kalah dengan China 3-0My Profile

    1. tehr says:

      otak mat rempit sentiasa panas
      payah nak sejuk dah

  25. tehr says:

    terima kasih, asif

    selamanya mat rempit memang hebat :(

  26. mijie says:

    aku suka betul karya kali ini, dua2 nya banyak menimbulkan musibah kalau dihayati

    bezanya ialah besar dengan kecik je
    mijie baru je tulis kisah Myvi tengah dibetulkan kakinyaMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      antara besar dengan kecik je :(

  27. ray ban says:

    mat rempit penyakit sosial yang sukar dibendung
    ray ban baru je tulis kisah Types lens use by Ray banMy Profile

    1. tehr says:

      sakit yang cari penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar