Berbalas Pantun Dengan Al-Lavendari

Kali ini bukan cerita biasa-biasa dan bukan juga entri belajar menulis pantun. Entri kali ini adalah sesi pertandingan berbalas pantun yang dibuat oleh sahabat blogger admin blog KomenSen. Jom kita beramai ke sana berdendang gembira dengan pantun. :D

berbalas pantun

Anak sepat di dalam sawah,
Elok dimasak dengan pegaga;
Bila dah dapat gading bertuah,
Tanduk hendak letak kat mana?

Kalau ketupat dibubuh kuah,
Enak rasa membuka selera;
Kalau dapat gading bertuah,
Tanduk juga kuguna bersama.

Pisang emas masak sesikat,
Masak pulut janganlah hangus;
Sudah kemas perahu ku ikat,
Kenapa hanyut di bawa arus?

Jantan betina mahu dijerat,
Semua dibeli dibawa pergi;
Lelaki wanita perlu sepakat,
Sama berjanji saling tepati.

Anak senangin anak tenggiri,
Masuk ke kelong mengelak pukat;
Jika tak ingin dibuat isteri,
Kenapa diusung merata tempat?

Anak buaya berenang ke hulu,
Hanya mahu mencari makan;
Adat remaja memang begitu,
Hanya tahu cari keseronokan.

Dalam meniti kehidupan banyak perkara yang perlu sentiasa diperhatikan. Tiada siapa yang mahukan kesulitan dan kesukaran, semuanya berhajatkan kesenangan dan dimakbulkan segala keperluan. Tetapi adakah kita telah menyelesaikan segala janji kita kepadaNya?

TehrDemikian kisah 'Berbalas Pantun Dengan Al-Lavendari' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. Mus says:

    wah.. makin meriah.. macam pesta pantun dah ni
    Mus baru je tulis kisah Peluang Keemasan Berada Di Cockpit Pesawat ATR 72-500 FireFlyzMy Profile

    1. tehr says:

      banyak kelebihannya meriahkan majlis ni, mus :D

  2. padin says:

    hehe aku tengok hebat2 para peserta
    aku sokong bro.. hehee

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      memang ramai yang berbakat dalam pantun ni
      aku tumpang meriahkan majlis je :D

  3. ohcikgu says:

    boleh buat pesta pantun antara blogger ni..
    ohcikgu baru je tulis kisah (Video Bersih 2.0) Truth that Cannot be Covered – Malaysian Lady of LibertyMy Profile

    1. tehr says:

      nampak macam boleh je tu, cikgu

  4. al-lavendari says:

    saya sungguh berbesar hati kerana tuan sudi memeriahkan pertandingan berbalas pantun anjuran saya.

    selepas di tutup nanti, saya memerlukan masa yang lama untuk menilai dan memilih pemenang kerana semua pantun bagus2 belaka.
    al-lavendari baru je tulis kisah MENAIKAN SERI TEBING SUNGAI KELANG DAN GOMBAK.My Profile

    1. tehr says:

      sama memeriahkan dunia blogger kita
      harap2 pantun tak akan tenggelam begitu sahaja

  5. ujian dan kesenangan diberikan Allah secara bergilir-gilr pada setiap manusia, sebagai peringatan dan pengajaran buat mereka yg memahami, tentang ini ada disebut dlm al-Quran
    tengkorakemas baru je tulis kisah Harimau Malaya: Let this inspire us!My Profile

    1. tehr says:

      benar
      untuk semua dan mereka yang mahu memahami

      yang tak mahu faham tu, terserah pada Dia je

  6. zulkbo says:

    salam..
    selamat menjoinkan diri..
    he he..tahniah ukhwah sesama kita
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Semakan Kemasukan PLKN 2012 Melalui SMSMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      moga2 hidup kita hari ni ceria sepenuhnya :D

  7. ghost writer says:

    masak pulut jangan lah hangus
    nasi hangit kerana terlena
    kenapa hanyut dibawa arus?
    mungkin ikatan tak sekuat mana..

    selamat berjaya tehr..
    ghost writer baru je tulis kisah harga sebuah tugasMy Profile

    1. tehr says:

      nasi hangit kerana terlena
      mujur tidak terbakar dapur
      ikatan tidak sekuat mana
      hatinya tidak bersikap jujur

  8. maza says:

    kasik pantun lama2 sudah.. hehehe

    Kalau tuan mudik ke hulu
    Kirimkan saya bunga kemboja
    Kalau tuan mati dahulu
    Tunggu hamba di pintu syurga….

    Anak sembilang dibuang jangan
    Pacak buluh memasang lukah
    Budi ditinggal secupak tangan
    menaggih kasih berbalaskah sudah
    maza baru je tulis kisah Cinta Kulapuk dan sahabat handainya…My Profile

  9. bEe says:

    Ni pertandingan ada hadia ke cikgu???? hehehe

    1. tehr says:

      memang ada hadiah ni bEe
      cuba le jenguk ke sana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun