Berani Membuat Pilihan

Entri semalam yang bertajuk Pilihan Yang Ada menerima beberapa pendapat dan komen yang sangat berguna dari kawan-kawan. Semua komen dan pendapat yang diberikan boleh dijadikan panduan dalam membuat pilihan. Terima kasih semua.

Setelah pilihan dibuat, masih juga perlu membuat pilihan lagi bagaimana pilihan itu mahu diaksanakan. Nampak seperti selamanya tak akan habis membuat pilihan. Kalau pilihan itu baik, bagaimana? Sekiranya buruk, bagaimana pula?

map kuala lumpur

berani buat berani tanggung
biar tersumbat lubang hidung
biar pun berat seperti gunung
selagi dapat kepala menjunjung

patah sayap bertongkatkan paruh
basah keringat bermandikan peluh
kaki tersandung tersungkur jatuh
bangkit berdiri selayaknya jaguh

kuala lumpur map

alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan
kalau tersesat ke lembah haram
eloklah kembali ke pangkal jalan

Kadang-kadang pilihan yang dipilih tidak seperti yang diharapkan. Sudah silap perhitungan rupanya. Apakah mahu diteruskan juga pilihan yang silap itu? Bukankah lebih elok apabila sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan untuk memilih arah sekali lagi? Rasanya tiada apa yang hendak dimalukan.

TehrDemikian kisah 'Berani Membuat Pilihan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. mie says:

    lumrah manusia..
    tidak pernah lari dari kesilapan..
    asal ada semangat untuk memperbaikinya
    mie baru je tulis kisah Alamak!! Page Rank Dah 3My Profile

    1. tehr says:

      sedar akan kesilapan dan berusaha memperbaiki kesilapan
      tak ada salah kat mana2 pun :D

  2. puteri says:

    pilihan yang terbaik ada di depan kita
    cuma kadang2 tak nak pilih

    atau tak mampu memilih..?
    itu yang kasihan

    1. tehr says:

      tak nak pilih?
      pelik juga ni, puteri
      kenapa?

  3. kakyon says:

    kalau sudah tidak ada pilihan..pilih yg ada saja..
    kakyon baru je tulis kisah jalan jalansaja nak makanMy Profile

    1. tehr says:

      yang ada tertinggal itu juga suatu pilihan, kakyon

  4. padin says:

    betul, kena berani buat pilihan,
    kalau tak berani, sampai bila2 xkan ke mana2
    padin baru je tulis kisah Di Hari PerkahwinanmuMy Profile

    1. tehr says:

      betul sangat tu, bro
      tak kan nak duduk kat situ je sampai tumbuh akar
      hahaha

  5. kami says:

    mmg patut berani membuat pilihan kearah kebaikan,
    dan jangan sampai tersilap pilih bruk padahnya..:)
    kami baru je tulis kisah Tips Tukar Disqus Komen ke Blogger KomenMy Profile

    1. tehr says:

      dan mesti juga berani mengaku kesilapan dan memperbaikinya
      hehe

  6. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..sesat berjalan
    kuala lumpur ke bro..?
    zulkbo baru je tulis kisah Saya Dan Ayu Raudah Memang Ada MengenaMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      memang selalu sesat kalau ke kuala lumpur
      hehe

  7. Cik Siti says:

    berpegang pada kepercayaan dan prinsip diri… bertawakallah insyaallah…
    Cik Siti baru je tulis kisah Berkat baju kurung ibuMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah
      kalau selalu ingatkan allah, pilihan akan lebih mudah

  8. mijae says:

    teh lipton mmg boleh wahahahaha
    mijae baru je tulis kisah Apa yang dicari perempuan dari lelakiMy Profile

  9. dnoBiz says:

    Betul tu Ther…
    Bak kata tajuk cerita…
    “one wrong turn need another”
    dnoBiz baru je tulis kisah Sampah – Masaalah pembuangan SampahMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      tak rugi apa2 pun, bro
      mungkin juga akan lebih untung :D

  10. gayahspears says:

    Bukan senang hendak membuat pilihan, salah pilih buruk yg dapat.. kena berani dalam membuat keputusan… Keberanian dlm membuat pilihan perlu utk keyakinan diri~

    1. tehr says:

      kena ada ilmu dan pengetahuan juga, gayah
      tanpa ilmu amalan/perbuatan tak berjaya
      tanpa amalan/tindakan ilmu tak berfaedah
      hehe

  11. bisk says:

    pilihan di tangan kita.pergunakan kelebihan dan kesempatan yang dibagi.jangan pilihan membuat kita menyesal.pilihan memakan diri.
    bisk baru je tulis kisah hujan keresahanMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bisk
      kita perlu belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain

  12. Ismail N says:

    Yup, setuju dgn penyataan terakhir.. kalau pilihan dah silap, jgn malu2 utk kembali ke pangkal jalan.

    1. tehr says:

      pilihan terpuji tu
      buat apa nak malu, kan? :)

  13. RedBoys says:

    kadang2 pilihan yang ada memang amat menyukarkan untuk dipilih. tapi kena berani membuat pilihan juga. :)
    RedBoys baru je tulis kisah Sinopsis Filem HaqMy Profile

    1. tehr says:

      sebab itu agama kita cadangkan buat solat istikharah
      insya allah pilihan akan tepat

  14. sud@is says:

    Betul tu tehr kalau silap jalan elok kembali kepangkal jalan
    lagi satu kalau dah kelabu jangan malu bertanya…..
    sud@is baru je tulis kisah Ada Jem Tiada RotiMy Profile

    1. tehr says:

      ya3x
      malu bertanya sesat jalan
      malu berkayuh perahu hanyut
      malu makan perut lapar
      hehe

  15. Ali ridha says:

    lebih baik jangan buat kalau
    tak berani tanggung.hiiii…
    Ali ridha baru je tulis kisah Streamyx – tukar katalaluan wifiMy Profile

    1. tehr says:

      masalahnya, bro
      tak buat apa2 juga adalah satu pilihan
      mesti ada akibatnya juga

  16. Ali ridha says:

    langsung tak berani nak buat.
    Ali ridha baru je tulis kisah Streamyx – tukar katalaluan wifiMy Profile

    1. tehr says:

      ya. tak berani buat kesalahan, kan?

  17. suri says:

    takat ni dalam usaha ke arah mmbuat pilihan itu.. walau sesukar manapun kena bljar juga..dan kena amik tahu.walaupun kena klr duit poket sendiri huuu

    1. tehr says:

      insya allah pilihan suri tepat
      amin

  18. sangilapi says:

    celikkan mata dan minda dalam melaksanakan pilihan yang telah dibuat mudah-mudahan ia boleh menghalang rasa was-was :)
    sangilapi baru je tulis kisah PR 2011 dah updateMy Profile

    1. tehr says:

      mudah2an, bro
      kalau pilihan ikhlas, hati akan tenteram

  19. zik says:

    teruskan sahaja kalau dah tersilap… masih ada ruang untuk memperbaiki nya..
    zik baru je tulis kisah Australia tempah tiket ke final menentang Jepun piala Asia 2011!My Profile

    1. tehr says:

      betul tu zik
      memang sentiasa ada masa untuk membaiki keadaan
      asal mahu saja

  20. Norgadis says:

    Kalau memang kita dah sedar yang kita telah silap pilih, buatlah pilihan yang lain moga tak silap pilih lagi…
    Norgadis baru je tulis kisah Love Award Untuk Blogger PilihankuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun