Bencana Alam yang Melanda

Sewaktu bercuti di Sarawak akhir tahun lepas,  Mr. Tehr sempat membawa budak-budak bermain air jeram di Matang Family Park, tidak jauh dari bandar Kuching. Kawasan perkelahan keluarga ini sangat cantik dan nyaman. Kecantikan alam dapat dilihat dengan begitu jelas dengan flora dan fauna yang masih terpelihara. Semoga hutan ini akan kekal begini selamanya jauh dari manusia-manusia rakus yang akan merosakkan alam sekitar.

Matang Family Park 1indahnya alam ciptaan tuhan
untuk manusia sebaik kejadian

Matang Family Park 2manusia sebagai khalifah di bumi
penentu kepada untung dan rugi

Matang Family Park 3bersederhana dalam segala urusan
itulah sebenarnya perintah tuhan

Matang Family Park 4hidup tamak riak dan takbur
jiwa gelisah tiada bersyukur

Matang Family Park 5hidup jujur bersikap sederhana
tidaklah kebulur orang pun suka

Matang Family Park 6penuh keinsafan menjaga alam
siang dan malam hati tenteram

Matang Family Park 7godaan syaitan jangan diturut
balasan tuhan nanti mengikut

Matang Family Park 8alam pun berdoa untukmu insan
apabila haknya kamu berikan

Matang Family Park 9kepentingan haiwan perlu dijaga
semesta alam milik bersama

Matang Family Park 10

Cantiknya ciptaan Tuhan untuk hambanya agar mahu berfikir. Segala isi alam ini semuanya untuk manusia belajar dan memahami akan kebesaran Maha Pencipta. Tegakah kita membiarkan alam secantik ini hilang dari pandangan hanya kerana sebahagian manusia tamak yang hanya mahu menjahanamkannya? Atau kita sememangnya sanggup menghadapi segala macam bencana alam yang melanda?

TehrDemikian kisah 'Bencana Alam yang Melanda' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


46 Comments

  1. mie says:

    bersyukur dengan pemberian tuhan…
    kerengga yang ramping..
    mie baru je tulis kisah Seronokkah Menjadi PelautMy Profile

    1. tehr says:

      bila banyak bersyukur, allah akan tambah nikmat dengan lebih bnyak lagi :)

  2. deCrewz says:

    Banyak keindahan alam yang Tuhan kurniakan pada kita.. Kadang kita sebagai manusia yang lemah lupa pada nikmat yang diberikan..
    deCrewz baru je tulis kisah Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk JalanMy Profile

    1. tehr says:

      manusia bukan satakat lupa nikmat, bro
      malah gemar merosakkan keindahan alam

  3. cantiknya,terasa tenang melihat permandangan seperti itu,hilang semua kusut2 di jiwa….
    pink pearl lady baru je tulis kisah Kontes Gempak Wan HazelMy Profile

    1. tehr says:

      memang seronok duduk kat kawasan tu
      jauh dari habuk dan hingar bingar

  4. izanishak says:

    tngok gambar je pun dah rasa tenang, apalagi kalau dapat pergi. dpt release tension gitu. harap2nya anak cucu kita dpt lagi tgk tempat2 mcm ni 10-20 tahun lagi kan~
    izanishak baru je tulis kisah BE Tahun Baru Air Ba-Ri-NaMy Profile

    1. tehr says:

      untuk anak cucu kita juga, kan izan? :D

  5. Cik Siti says:

    betapa kerdilnya kita di sisi-Nya
    dan kita hanya menumpang di bumi ini
    dan beringatlah ianya tidaklah kekal
    Cik Siti baru je tulis kisah Bila kemampuan anda dipandang sebelah mataMy Profile

    1. tehr says:

      bila2 masa saja kita akan dijemput pulang

  6. Salam kenal.
    Waaaaaa…. Syoknya pergi sana ni. Macam dah lama rasanya saya tak masuk dalam hutan. Asyik kerja kat hutan batu jer. jangan lama-lama nanti jadi batu sudah lar. Heheheheehe…
    Sabah Blogger Club baru je tulis kisah How to change your blog templateMy Profile

    1. tehr says:

      salam kenal
      memang seronok sekali sekala ke jeram
      tenang dan nyaman
      airnya pun sejuk

  7. padin says:

    yelah, aku pun sukakan keindahan alam.. nyaman je,
    padin baru je tulis kisah Konsep SabarMy Profile

    1. tehr says:

      masa sertai pengakap, selalu gak berkhemah di pingir hutan
      tapi kalau hujan, memang tak best
      hehe

  8. akubiomed says:

    Sesama berkhidmat di Hospital Kuching saya duduk rumah bujang di Matang. Tak sangka dekat kawasan yang tinggal ketika bujang ada taman rekreasi
    akubiomed baru je tulis kisah Penyamaran ala Mission ImpossibleMy Profile

    1. tehr says:

      nampak macam kawasan ni baru dibangunkan, bro
      masa bro kat sana dulu mungkin belum ada jalan raya lagi

  9. zulkbo says:

    salam bro..
    memang cantik betul
    tempat tu..rasa nak
    tinggal sana je kalau
    boleh..ermm nature
    mendamaikan..!
    zulkbo baru je tulis kisah Bukti Bergambar Backlinks Dari Laman ForumMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      memang tenang kat tepi hutan ni
      ~teringat dengan kawasan bukit belacan

  10. bisk says:

    manusia harus menjaga hubungan dengan alam….kita perlukan mereka dan mereka perlukan kita sebagai penjaga mereka…
    bisk baru je tulis kisah rentakMy Profile

    1. tehr says:

      benar tu, bisk
      jangan menyusahkan diri sendiri

  11. matahari says:

    aku suka. tak terkata…
    matahari baru je tulis kisah yang mana satu kau nakMy Profile

  12. sangilapi says:

    gunung-ganang,bukit bukau,hutan belantara kalau diceroboh sesuka hati,tunggu je musibah yang bakal melanda.

    DIA dah aturkan cukup sempurna,ada pulak manusia mengaku lagi bijak ! :(

    matang park ni area Damai ke,tehr ?
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. dnoBiz says:

      Betul tu Jo…
      Tidakbalas dari alam (bencana), merupakan satusatunya musibah yang masih belum mampu diatasi oleh kebijaksanaan manusai, secangih manapun teknologi, tapi bila alam sudah berreaksi pasti ada yang jadi mangsa
      dnoBiz baru je tulis kisah Wayang Kulit – Wayang Kulit Di MalaysiaMy Profile

      1. tehr says:

        sekali datang tsunami, haru biru jadinya

    2. tehr says:

      rasanya bukan, bro
      pantai damai arah lain dan lebih jauh

  13. dnoBiz says:

    Betul tu Tehr…
    Kalau akal Waras kita mampu berfungsi dengan baik semua benda boleh dijadikan bahan Ilmiah untuk muhasabah diri ….
    dnoBiz baru je tulis kisah Ana Raffali tercalon 3 ketogori – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010My Profile

    1. tehr says:

      yups, memang kita perlu belajar dari alam, dB

  14. Ismail N says:

    Bila tgk gambar2 tu rasa nak pindah aje kuar dari kota yg serba kepanasan dan hiruk pikuk ni. Dah le tu, masih byk lagi pokok-pokok ditebang atas nama pembangunan!

    1. tehr says:

      bangun dengan cara merebahkan yang lain
      hehehe

  15. MDHAFiZ.NET says:

    waa.. seronoknya klu dpt bersam2 bercuti dgn sahabat2 blogger di sana… atas sedikit dr matang family park tu tempat aku menuntut ilmu..iaitu politeknik kuching sarawak..
    dah lama jugak saya duduk dlm hutan kt hostel nih…hahaha..maklumlah hostel disana tepi hutan.. nak kasi semua pelajar x keluar dr asrama.. :)

    1. tehr says:

      dapat la pelajar2 masuk hutan selalu
      hehehe

      1. MDHAFiZ.NET says:

        memang seronok.. dpt daki gunung serapi tu.. tp sampai sekarang selama aku belajar kt sana x pernah lg sampai ke puncaknya :)
        MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah How Targetted Traffic- Can Boost Your IncomeMy Profile

  16. toyol says:

    wah..
    mmg cantik kn..
    toyol baru je tulis kisah DARI RAMBUT JADI SERANGGAMy Profile

    1. tehr says:

      yups, memang sangat cantik

  17. RedBoys says:

    kalau dapat ke sana, mesti tenang je nak blogging. best tempat tu. cantik je pemandangan.
    RedBoys baru je tulis kisah Adab Sebelum Menunaikan Fardhu JumaatMy Profile

    1. tehr says:

      line broadband kat jeram ni sangat ok, RB
      memang senang kalau nak online

    2. suri says:

      pergi berkelah pun best gak bro ;)

      eh lama tak berkelah.. hurm dpt mdi kt sungai best gak ..kt sungkai ker.. teluk batik heee

  18. Cik Siti says:

    betapa mendamaikan… mesti best dengan pemandangan hijau jauh dari hiruk-pikuk kota…
    Cik Siti baru je tulis kisah Bila kemampuan anda dipandang sebelah mataMy Profile

    1. tehr says:

      memang sesuai sebagai tempat rehat
      tempat ni kira2 20km dari bandar kuching

  19. sumpit says:

    Subhanallah.. cantik2 dan indah ciptaannyer
    sumpit baru je tulis kisah Qalish balik kampungMy Profile

    1. tehr says:

      subhanallah alhamdulillah allahuakbar

      1. tehr says:

        semuanya untuk kita

  20. zik says:

    indahnya ciptaan tuhan, pada yang mahu memikirkannya… rahsia segala tercipta… kurniaan Maha pencipta..
    zik baru je tulis kisah Zik the magician code- cara untuk hilangkan duit syiling dalam gelasMy Profile

  21. gayahspears says:

    Setiap yg Tuhan ciptakan semua indah…
    rase bersyukur sgt sbb dapat menikmati keindahan alam~

  22. suri says:

    sukannya warna hijau sb ia menyejukkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun