Bencana Alam Satu Peringatan

Bencana alam sering terjadi di seluruh dunia dan tidak terkecuali di negara kita. Paling biasa kita dengar ialah banjir dan tanah runtuh. Syukur juga kita tidak mengalami gempa bumi yang kuat walau pun pernah dilanda tsunami. Bencana alam paling besar pernah terjadi dalam sejarah manusia ialah banjir yang menimpa kaum Nabi Nuh. Ada yang mendakwa telah menemui bahtera besar Nabi Nuh di Gunung Ararat, di timur Turki.

sesekali hadir gempa bumi
runtuh hancur semua sekali
kecil besar semuanya lari
hanya mahu selamatkan diri

sesekali datang taufan ribut
segala makhluk berkelam kabut
lelahnya berlari dadanya diurut
takutlah nanti nyawa tercabut

sesekali hadir rempuhan banjir
air yang  di hulu melimpah ke hilir
musnahnya harta menjadi fakir
mengharap bantuan segera hadir

sesekali hadir bencana kemarau
sepanjang tahun panas terlampau
petani penternak semuanya risau
di mana keperluan mahu di cekau

sesekali tsunami datang melanda
hilang dan lenyap segala benda
sedih dan pilu kehilangan nyawa
orang tersayang yang sudah tiada

sesekali datang wabak penyakit
jiwa yang hilang bukannya sedikit
belanja mencegah bukan seringgit
sedih dan derita bertambah perit

sesekali Tuhan beri peringatan
mengapa masih dengan kedegilan
mengikut nafsu arahan syaitan
menghina ilmu meruntuhkan iman

Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).
~Asy Syuura 30

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
~Ar Ra’d 11

TehrDemikian kisah 'Bencana Alam Satu Peringatan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. sangilapi says:

    dalam bala ada rahmat,
    dalam rahmat ada nikmat :)
    sangilapi baru je tulis kisah banyak halanganMy Profile

    1. tehr says:

      …dan kita perlu sentiasa bersyukur

      1. betul tu.. mestilah senantiasa bersyukur.
        lowongan pekerjaan baru je tulis kisah PT Schwalbe Asia Jobs Lippo Cikarang 2010My Profile

        1. tehr says:

          ya2, mesti

  2. diea says:

    bru dgr ceramah kt radio..bile malapetaka sume org kene…xkire baik atau jahat…tapi bile dibangkitkan semula nt…bru ikut amalan masing2 :D
    diea baru je tulis kisah seminar etnobotanitq prof!My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      semua akan terkena tempiasnya bila datang bala dari Tuhan

  3. wadud@duad says:

    betol bro..
    ingatlah Allah selagi masih bisa, jangan nanti dah diuji, barulah tegar kepala pada Allah..

    tapi bro, aku dah biasa gempa2 neh.. huhuhu..
    perasaan hanya Dia yang tahu.. :)
    wadud@duad baru je tulis kisah Rahsia Wadud KBM 2010 My Profile

    1. tehr says:

      ya la, kat ache memang banyak kejadian gempa bumi
      moga2 semua umat islam sentiasa sabar dan selamat

  4. kami says:

    Allah maha besar . jikalau Dia bekehendak sesuatu seperti malapetaka dibumi, jadilah ia.. Semoga kita sentiasa mendekatkan diri pada tuhan..:)

    1. tehr says:

      insyaallah. amin

  5. Amir Izzat says:

    salam…bencana alam satu peringatan? hurm..Indonesia selalu kena bencana kan? Malaysia jarang..MUngkin Malaysia bertuah.. tapi saya pernah dengar lah.. Kalau Allah nak turunkan bala,semua kaum itu akan kena..kan?

    semoga daku sedar akan peringatan ini dan terbuai dri mimpi..

    Ada otak ada akal,
    Dianugerah Allah kepada manusia,
    Ku kira amalan hanya sejengkal,
    Sedangkan bumi semakin berusia.
    Amir Izzat baru je tulis kisah Cerita Di Sebalik Majlis Perkahwinan Dato Sheikh MuszapharAngkasawan NegaraGambarMy Profile

    1. tehr says:

      Dianugerah Allah kepada manusia,
      Seketul daging bernama hati,
      Sedangkan bumi semakin berusia.
      Ingatlah kita menghampiri mati.

  6. gayahspears says:

    salam bro tehr…

    Allah kata jadi, maka akan jadi jugak :)
    dunia da akhir zaman nih..
    kita sama2 dekatkan diri dgn pecipta kita…

    sedar diri,ruang dan tempat… (peringatan utk diri sendiri jugak)

    salam,jaga diri hiasi peribadi :)
    gayahspears baru je tulis kisah Encik Nuffnang memang baik hatiMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah
      kita sama2 bersyukur

  7. Norgadis says:

    Sesakali turun bala bencana
    Jangan salahkan maha pencipta
    Ini perbuatan buas manusia
    Belagak pandai tetapi buta.
    Norgadis baru je tulis kisah Jangan Biarkan Aku GembiraMy Profile

    1. tehr says:

      berlagak pandai tetapi buta
      pekak telinga bercampur bisu
      moga dihindar segala bencana
      semoga Allah memberi restu

  8. sud@is says:

    musibah datang untuk peringatan untuk kita muhasabah diri
    sud@is baru je tulis kisah Andai Kebahagiaan Dapat DibeliMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      ada yang sesuka hati je buat bencana

  9. mijie says:

    seharusnya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang
    mijie baru je tulis kisah Kenapa blog saya tiada dalam google search engineMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu bro
      kalau bersyukur, selalunya akan dapat banyak lagi
      hati pun lebih tenang

  10. etomyam says:

    pelbagai peringatan dan tanda sudah dizahirkan kepada manusia untuk diambil contoh dan tauladan.. namun bilangan yang sedar dengan tidak sedar serta yg buat-buat tak sedar berbeza sekali
    etomyam baru je tulis kisah Inspira Model Baru Ganti Proton WajaMy Profile

    1. tehr says:

      yang buat2 tak sedar tu yang tak leh tahan, bro
      ingat nak untung je

  11. Steward John says:

    Sebab itu saya selalu ingatkan diri sendiri agar bersedia sebab kita tak tahu bila2 masa jer kita dipanggil balik.

    1. tehr says:

      ya. setuju
      semakin hari kita semakin dekat dengan kubur

  12. Ezany-Kun says:

    manusia selalu lupa.. sebab tu la tuhan ingatkan.. salah satunya dengan menurunkan bencana..
    Ezany-Kun baru je tulis kisah Proton Inspira Waja Lancer Gambar Dan VideoMy Profile

    1. tehr says:

      tuhan lak lupa janjiNYA
      hanya manusia je yg selalu lupa janji
      banyak janji palsu

  13. padin says:

    aku tertarik dengan rangkap terakhir pantun ni,
    kadangkala, sikap manusia ni jauh hanyut..
    sesekali kena ingatkan juga, ada yang lebih Maha Kuasa..

    10/10 entri ni heee…
    padin baru je tulis kisah Aku PLV – TemudugaMy Profile

    1. suri says:

      manusia ni kekadang perlu gak di sindiri barulah beringat..

      kata org selagi tak terhantuk lagi tuh tak nyesal adeii..

      1. tehr says:

        sesekali kena ketuk kepala
        hehehe

    2. tehr says:

      betul tu, bro
      otak selalu hanyut
      tapi kalau sekali diri dihanyutkan air, menggelabah sakan
      hehehe

  14. TK says:

    Tuhan Maha Hebat..
    tidak terlawan manusia punya kudrat….

    1. tehr says:

      Allah Maha Pencipta

  15. suri says:

    bila ada berita buruk mululah hati tidak keruan…hakikatnya itu baru sedikit dugaan buat kita…

    selagi ada waktu kita msh berlum terlambt lagi..

    terima kasih sahabat atas peringatan ini

    1. tehr says:

      insyaallah, kita sama2 beringat

  16. kulanz says:

    kejadian macam ni selalu orang anggap musibah padahal ia merupakan ujian dan peringatan..
    kulanz baru je tulis kisah Siti Balqis dapat “hadiah” permataMy Profile

    1. tehr says:

      ya la
      selalunya fikir lumrah alam je
      terlupa pula ada yang mencipta

  17. zulkbo says:

    salam..
    semoga kita menjadi manusia
    yang selalu ingatkan setiap
    penciptaan Allah di dunia ini..
    ada baik dan buruknya buat kita,
    ambil iktibar dari setiap malapetaka
    zulkbo baru je tulis kisah Telah Bertukar Domain wwwzulkbocomMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      malapetaka berbagai-bagai, yg kecil, yg besar
      harap2 kita dalam rahmatNYA

  18. zik says:

    bencana beri peringatan kepada semua hambanya .. bukan di sesuatu tempat yang dah kena… bencana
    zik baru je tulis kisah Perkara yang harus dilakukan jika bermimpi sesuatu yang menakutkanMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      kalau dah datang, semua kena

  19. bidadari says:

    musibah yg datang sebagai peringatan untuk manusia…renung2kan dan selamat beramal…(^_^)
    bidadari baru je tulis kisah Detik – Detik BahagiaMy Profile

    1. tehr says:

      banyakkan amalan kebaikan
      yang tak baik tu, tinggalkan sahaja

  20. lizz says:

    bala tu sebagai peringatan kalau kita dah melampau batas…Allah tu sayang kita, sebab tu die beri peringatan.huhuhu
    lizz baru je tulis kisah Drama Chinta Slot Akasia di TV3 ReviewMy Profile

    1. tehr says:

      sesama kita juga perlu saling mengingatkan

  21. klu x ubah sstu mmg bukan sifat manusialh kan..
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah Laporan Bajet 2011My Profile

  22. ingat akhir zaman hampir tiba….
    jeman beragas baru je tulis kisah manisMy Profile

    1. tehr says:

      ya2x
      masalahnya ramai yang tak ingat
      …sentiasa mengingatkan diri sendiri

  23. Arieon says:

    Kita harus sentiasa menginsafi diri sendiri dan salin mengingatkan sesama sendiri. Kejadian bencana alam adalah satu ujian dan juga peringatan daripada Tuhan.
    Arieon baru je tulis kisah Logo Proud to be Sabahan BloggersMy Profile

  24. Bungkilan says:

    Bencana merupakan satu peringatan kepada kita untuk mengingati Tuhan yang maha esa.
    Bungkilan baru je tulis kisah Comment on Kisah seorang jejaka sabah bernama Paken by kak ina klMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun