Beli Kereta Untuk Pergi Kerja

Kita membeli kereta untuk kemudahan ke tempat kerja. Dan kita juga perlukan kereta bila nak ke kedai membeli barang keparluan. Memang dah jadi satu keperluan utama. Naik bas? Aku dah lama tak naik bas untuk ke mana-mana.

Tadi masa memandu ke kedai Chabang Tiga Berangan, aku dah tersalah masuk lorong. Punya la banyak yang difikirkan dalam kepala, dah tersalah masuk ke lorong masjid. :D

pergi kerja dengan kereta

Kadang-kadang fikir rasa pelik semacam je. Beli kereta untuk pergi kerja dan pergi kerja untuk bayar kereta tiap-tiap bulan. Hujung bulan duit habis! Rasa macam kita bekerja untuk syarikat pengeluar kereta je. Huhu…

Asam paya buah celagi,
Enak makan kalau manis;
Ada kerja adalah gaji,
Cukup bulan duit habis.

Alangkah seronoknya orang yang hanya bekerja di rumah sahaja.

TehrDemikian kisah 'Beli Kereta Untuk Pergi Kerja' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. PerenLee says:

    Kena belajar pengurusan wang tu bro…
    PerenLee baru je tulis kisah Muzik Baik Untuk KesihatanMy Profile

    1. TehR says:

      hehe
      memang banyak yang nak diuruskan

  2. papa mifz says:

    den pun dah lama tak naik bas, tiba2 rasa rindu pulak nak naik bas…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Beza Ikhlas dan Tidak IkhlasMy Profile

    1. TehR says:

      tu la pasal
      entah tahu ke tidak lagi kat mana nak tunggu bas :D

  3. Blog Bahrain says:

    aku belum ada kereta lagi…sedang amik lesen skrang..tak sabar nak bawak ngan ada kereta sendiri..
    Blog Bahrain baru je tulis kisah Segalanya TukarMy Profile

    1. TehR says:

      bagus2
      bawa kereta mesti bawa lesen
      tak pasal2 nanti dapat surat cinta dengan abang polis
      huhu

  4. fyna says:

    yang penting tentukan keperluan dan kemahuan. ^_^
    fyna baru je tulis kisah Punca Kuasa Nombor Tujuh, Lapan Dan LimaMy Profile

    1. TehR says:

      yups, beli apa yang kita mampu bayar je
      tak boleh nak ikut gaya orang
      hehe

  5. Mohd Shubhi says:

    Mungkin tak ada kereta lebih bagus?
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Paling banyak dibaca minggu ini #1My Profile

    1. TehR says:

      mungkin juga
      cuma bila dah kahwin, dah ada anak
      kereta ni seperti satu keperluan utama pula

  6. sensasi2020 says:

    Merana badan tak terperi,
    Menahan lapar perut kempis,
    Ada kerja adalah gaji,
    Cukup bulan duit habis.

    Ingin menjana duit beribu-ribu,
    Tak tahu cari dekat mana,
    Pinjam dengan ayah ibu,
    Sampai masa mulalah lupa.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Assign Jobs Memberi Bonus $2 Secara PercumaMy Profile

  7. ProfHariz says:

    Selalu kerja makan gaji memang tak cukup dan kena juga buat duit kat luar.
    ProfHariz baru je tulis kisah Bahagia Itu Milik Kita SemuaMy Profile

  8. auc says:

    kira dua2 pun boleh tu hehehe
    auc baru je tulis kisah Anda Pakar Matematik? US $ 1 Juta untuk AndaMy Profile

  9. titan says:

    aku beli kereta sebab nak mudahkan kerja. Senang nak gerak. Dah penat naik bas.
    titan baru je tulis kisah Digi WWWOW Awards 2013 – Undilah gua.My Profile

  10. kakiblog says:

    kereta dan motosikal satu keperluan..zaman sekarang dan zaman dulu hanya perlu perahu dan sampan sahaja.

    pergi keja ..jalan kaki saja..
    kakiblog baru je tulis kisah Awesome Blogger Of The Week : Blogger BeritakakiMy Profile

  11. Dja@SisHaza says:

    hmm, kitaran hidup gitu le …beli sebab nak buat pegi keje, gi keje sebab nak kena bayor kete … tp tak pe, nanti rezeki dari blog boleh cover heee
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah DIKUNJUNGI SANG HACKERMy Profile

  12. UmmiKami says:

    Salam manis… :)

    Daun pegaga pesona selera,
    Mari diambil cengkih dan petai;
    Proton Saga Perdana Wira,
    Kenari Kancil boleh dipakai.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Berkorban Apa Saja….My Profile

  13. Hafizul says:

    Emm betul gak kata bro ni..saya pun rasa mcm tu juga..hehe..tapi bro untung sikit dari saya..cukup bulan gaji habis..saya setengah bulan gaji dah lesap..hehehe
    Hafizul baru je tulis kisah Bang, Bangun Sahur, Dah Lewat NiMy Profile

  14. Cik Siti says:

    adik-adik sekarang lebih suka beli kereta dari rumah. walhal ada bermacam cara kalau nak pergi keje tu…
    Cik Siti baru je tulis kisah Penatian Satu PenyiksaanMy Profile

  15. Hairul Azni says:

    Bekerja dari rumah memang banyak keuntungan serta kelebihannya..dari segi kebebasan, masa, minyak kereta, tenaga..dan macam2 lagi kelebihan..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Cara Memaksimakan Penggunaan Smartphone Anda Bagi Tujuan Menjana Pendapatan Secara OnlineMy Profile

  16. betul sgt tu bro..dulu saya selalu fikir mcm tu…
    penat2 aku cari duit, last2 nak kena bagi kat tauke kedai..

    tapi skrg saya dah fikir lain pulak…
    duit yg kita dpt nie bukan utk kita seorg..
    tapi kena agihkan sbg amal jariah kpd org lain..
    supaya org lain juga dapat beli makanan/kelengkapan spt kita..

    kalau kita bayar duit kereta.. ia akan diagihkan kpg ramai org2 yg terlibat dlm menghasilkan kereta tersebut… berapa ramai keluarga org lain yg telah kita bantu dgn beli kereta..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi & Resipi Putu Piring, Putu Bambu, Putu Cup Cake, Putu Coklat Dan Banyak lagi.My Profile

  17. bila kerja di rumah.. kereta mmg jarang sgt bergerak bro…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi & Resipi Putu Piring, Putu Bambu, Putu Cup Cake, Putu Coklat Dan Banyak lagi.My Profile

  18. azura says:

    samala kita cikgu…bank tu along no. 1
    azura baru je tulis kisah Israk Mikraj 2013My Profile

  19. Juan says:

    saya pon dah lama x naik bas

  20. akubiomed says:

    Perlu bekerja tidak kisah dari rumah atau makan gaji. Hidup perlu diteruskan.
    akubiomed baru je tulis kisah Top Komentator bulan MayMy Profile

  21. Padin says:

    huhuu memang leceh kalau salah jalan, pastu jem plak,…

  22. nazray says:

    sy beli kerete untuk balik kg jer tiap minggu. hari isnin sampai jumaat, kerja naik motor, lebih reliable dan cepat sampai ke ofis. nak hadap jem dah tak lalu dah. Bayar bulan2 pun sikit jer ( padahal macam tak larat dah, haha )
    nazray baru je tulis kisah Khabar angin tentang iOS 7.My Profile

  23. hafiz says:

    nak buat macam mana kereta dah jadi keperluan..
    hafiz baru je tulis kisah Peraduan Live Love Life Tropicana TwisterMy Profile

  24. Kulanzsalleh says:

    boleh juga beli kereta second hand dan tak ada hutang bank..
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Meneroka Keindahan Alam di Air Terjun KiwuwulanutMy Profile

  25. Lynn says:

    Bila fikiran berkecamuk memang begitulah jadinya. Lampu isyarat pun boleh diredah.
    Lynn baru je tulis kisah Aku yang rinduMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun