Belanjawan 2012 | Gaji, Bonus Dan One-Off

Wah, senyum panjang je nampak rakyat Malaysia terutama kakitangan awam kerana akan dapat bonus setengah bulan lagi atau bayaran minimum RM500 pada Disember. Pesara kerajaan juga akan dapat RM500 nanti. Bayaran kali kedua kepada 1.3 juta penjawat awam dan 618 pesara kerajaan untuk tahun 2011 ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak 4 bilion ringgit.

Pembentangan Bajet 2012 semalam juga ada pengumuman kenaikan gaji antara 7%-13% serta kadar kenaikan gaji tahunan antara RM80 sehingga RM320 setahun bagi penjawat awam mulai tahun depan. Kali terakhir gred gaji disemak ialah pada 1991. Dah la senyum tu…

bajet-2012

Semua pelajar rendah dan menengah dari darjah satu hingga tingkatan lima pula akan dapat RM100 pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja. Nampak dah mak ayah senyum sampai ke telinga. Kalau anak 10 orang, dah dapat RM1000 tu. Yang kaya, yang miskin semua dapat. Nak terima boleh, tak nak terima pun boleh. Hehehe…

Lain-lain hal mengenai belanjawan 2012 korang Google je. Malas aku nak tulis perkara yang sama.

TehrDemikian kisah 'Belanjawan 2012 | Gaji, Bonus Dan One-Off' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. dnoBiz says:

    aku tak ada anak dan tak kerja kerajaan…
    Tapi cukup suka dengan belanjawan kali ni….
    dnoBiz baru je tulis kisah Bapak Setan – Bayi 23 Hari Diliwat BapaMy Profile

    1. tehr says:

      aku kerja kerajaan :D

    2. Quite good terutama bab education. Org2 private sector terutama yg kerja sendiri kena lah kaji baik2 apa opportunity yg wujud dari bajet kali ini. Kawe beli sampai 5 newspaper he he.. masih menilik-nilik lagi nih…
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah MetalliKIDS Doing Metallica’s Enter SandmanMy Profile

      1. tehr says:

        kawe belum sempat cari maklumat lengkap mengenai bajet kali ni
        semalam pun hanya sempat dengar sebahagian je

  2. jadi tahun depan bulan Januari 2012 kenaikan gaji mula efektif ???
    aktechpage.com baru je tulis kisah Mencuci KemaluanMy Profile

    1. tehr says:

      kenaikan gaji tak sama antara pegawai, AP
      macam aku bulan 7 baru naik gaji

  3. akubiomed says:

    Penjawat awam boleh tersenyum lebar tidak pekerja swasta. Saya kurang bersetuju pemberian one off ini.
    akubiomed baru je tulis kisah Contest menang iPad2 dengan 5 Gum Mystery HuntMy Profile

    1. tehr says:

      apakah kita boleh kata ini juga gula2 pilihanraya?

    2. Mus says:

      aku pun sama..
      cepat keluar cepat juga habis…
      kalau yang pandai berjimat tu, oklah..
      Mus baru je tulis kisah Nirvana Memorial Park Di Bukit GilingMy Profile

  4. LadyBird says:

    salam en teh..

    berdasarkan belanjawan tersebut bagi lady ade “sesuatu” yang diselindungkan pada pandangan mata kasar.

    terdapat sebahagian yang mendapat faedah.. dan sebahagian lagi langsung tidak mendapat apa2 faedah malah menanggung bebanan yang maha dahsyat kesan daripada perlaksaan belanjawan itu nanti.

    orang yang mendapat faedah lebih ramai..

    orang yang tidak mendapat faedah hanyalah sebahagiannya sahaja.. dan dalam sebahagian tersebut termasuklah golongan minoriti yang sentiasa ditindas dan dipinggirkan termasuklah golongan OKU yang tidak mampu untuk berkata apa2..

    golongan ini dipinggirkan dan terus terpinggir walaupun pemerintah negara menyatakan hak-hak istimewa golongan ini dan mendapatkan peruntukan ‘istimewa’ daripada mereka.

    allahua’lam.
    LadyBird baru je tulis kisah Penyakit TidurMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, lady
      memang sentiasa ada yang terpinggir sejak dulu hingga sekarang
      sistem yang ada banyak mengutamakan keuntungan peribadi

  5. sud@is says:

    dah tentu harga barang turut naik///adussss
    sud@is baru je tulis kisah Antara Ego dan EmosiMy Profile

    1. tehr says:

      skrip lama akan berulang lagi

  6. padin says:

    hehe tang bonus tu, kira syukur lah.. kalau kira, sebulan gaji jugak bonus tahun ni..

    wah bro tehr dah tukar avatar nampaknya :D
    padin baru je tulis kisah Cermin DiriMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah, rezeki tu

      pasal avatar, akaun google aku kena sekat
      sekarang guna yahoo mail
      sekali aku tukar la test tengok macam mana :D

  7. kakyong says:

    semoga dari segi pelaksaannya nanti TELUS suci murni & mulus..

    kakyong pun tak habis study lagi bajet nih… ulas mana yg sempat ajer dulu..
    kakyong baru je tulis kisah Bajet 2012– apa reaksi anda?My Profile

    1. tehr says:

      kita ni harap yang terbaik untuk semua, kakyong

  8. Pacifista says:

    Alhamdulillah…aku tersenarai di situ :)
    Pacifista baru je tulis kisah External Hard Disk, Pen Drive & TopupMy Profile

    1. tehr says:

      syukur, alhamdulillah

  9. Juan says:

    betul tu bro, xyah la tulis benda yg sama, bosan sana sini asik copy paste jer, cari jer kat google, hehehe. Masalah pasal bonus ni aku ader masalah la bro, sebab aku pekerja swasta apa cerita, mana bonusku? :)
    Juan baru je tulis kisah Maxis Hot TicketMy Profile

    1. tehr says:

      biasa ada kan?
      swasta lagi bagus, bonus kadang2 sampai 3 bulan gaji
      senyap2 je

  10. Mus says:

    kalau bab pelajaran.. aku amat setuju..
    Mus baru je tulis kisah Industri Tembakau Di Kota MaruduMy Profile

  11. yas says:

    kire aku pun berpuas ati gak ngan bajet kali ni…cuma bab2 iringan “kenaikan kos” yg mungkin berlaku kemudian nanti yg aku tak bape nak suka nih….
    yas baru je tulis kisah Tempat terbaik nak berehat- Ada berani?My Profile

  12. bEe says:

    Bg penjawat GLC mcm bEe ni pun menunggu buah yg gugur juga :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun