pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita
tehramuan

Belajar Menulis Pantun – Bahagian Ketiga

Entri ini mungkin yang terakhir dalam siri entri Belajar Menulis Pantun yang perlu saya buat. Kepada mana-mana teman yang belum membaca siri PERTAMA dan KEDUA bolehlah berbuat demikian untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Kedua-dua entri berkenaan pendek sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama untuk membacanya.

Kali ini saya mengambil peluang untuk memberikan dua contoh pantun yang cantik dan lengkap dengan segala peraturannya. Cuba perhatikan:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baharu belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

baris pertama – 10 suku kata
baris kedua – 9 suku kata
baris ketiga – 10 suku kata
baris keempat – 9 suku kata

Sangat berpadanan bukan? Dan tumpuan saya pada kali ini adalah pada perkataan KEDUA dalam setiap baris. Cuba perhatikan pada perkataan ‘cempedak‘, ‘galah‘, ‘budak‘ dan ‘salah‘. Saya sebutkan ini sebagai rima di pertengahan baris yang juga tidak kurang pentingnya di samping rima di hujung baris yang memang diperlukan oleh setiap rangkap pantun.

Bersopan santun sepanjang jalan,
Agar selamat kemudian nanti;
Selamat berpantun hamba ucapkan;
Semoga dapat menghiburkan hati.

Saya sendiri selalu juga mengabaikan rima di pertengahan baris ini kerana kekangan masa dalam mencari dan memilih perkataan yang sesuai. Apa yang saya tuliskan ini adalah sebagai panduan untuk menulis pantun yang baik.

…masih terkenangkan blogger TTT [Toh Tuan Tanah] yang telah pergi meninggalkan kita.

[Semua komen mengenai entri ini hilang sewaktu dipindahkan dari blogspot - minta maaf]

TehrDemikian kisah 'Belajar Menulis Pantun – Bahagian Ketiga' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



4 Comments

  1. [...] sama ada anak sendiri atau anak buah. Panduan untuk menulis pantun bahagian Pertama, Kedua dan Ketiga ada di sini. Sahabat boleh merujuknya sebagai panduan ketika menulis pantun.Google+Entri [...]

  2. [...] dengan negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Entri belajar menulis pantun bahagian Pertama, Kedua dan Ketiga ini boleh dijadikan panduan untuk menulis pantun. Cuba-cubalah menjenguknya.Google+Entri [...]

  3. [...] pantun empat kerat boleh dilihat pada entri Belajar Menulis Pantun Bahagian: Pertama | Kedua | Ketiga yang telah saya sediakan lama dahulu. Seperti biasa saya akan memilih dua rangkap pantun untuk [...]

  4. [...] cuba tengok pada entri saya yang lepas mengenai cara menulis pantun bahagian: Pertama | Kedua | Ketiga. Apa kata kalau kali ini letak komen cara pantun. Hehehe. Kalau tak mahu berpantun, boleh saja [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar