Belajar Di Tempat Tinggi

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Menteri Pelajaran sedar ramai guru yang tak puas hati dengan ‘Hadiah Hari Guru’ yang diumumkan. Katanya penambahbaikan untuk guru-guru lepasan diploma akan menyusul kemudian nanti.

“Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan,” petikan ucapan Perdana Menteri dalam perutusan khas Hari Guru.

Dalam Kamus Dewan ada menerangkan maksud pendeta:

pendeta (pendéta) 1. orang yg banyak ilmu (pandai-pandai); 2. ulama agama Hindu (Kris­tian dll); 3. orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama); kependetaan 1. sbg seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yg manakah yg buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya. Kamus Dewan Edisi Empat

kalau belajar di bangunan tinggi
muridnya duduk gurunya berdiri
tidak semesti peribadinya tinggi
pabila orang lebih menghormati

kalau belajar di bangunan rendah
cikgu yang gigih murid tak endah
tidak semesti mendidiknya mudah
pabila orang memandang rendah

Seramai 7984 [2%] orang guru menerima hadiah hari guru tahun ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang baru lalu [jumlah guru di malaysia seramai 400 000 orang]. Mulai 1 Januari 2012 nanti guru-guru akan menikmati lima [5] kaedah kenaikan pangkat dalam usaha kerajaan menambahbaik skim perkhidmatan.

  • mengisi kekosongan jawatan
  • Khas Untuk Penyandang (KUP)
  • berdasarkan tempoh perkhidmatan
  • pengetua atau guru besar cemerlang
  • guru cemerlang

Belajar di bangunan tinggi tidak semestinya mendapat ilmu yang tinggi. Begitu juga belajar di bangunan rendah tidak semestinya mendapat ilmu yang rendah.

TehrDemikian kisah 'Belajar Di Tempat Tinggi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. MDHAFiZ.NET says:

    Saya x nak jd cikgu.. tapi saya nak sangat jadi Guru Besar…mcm mana tu ya?? :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Semakan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik 2011 Sesi Jun 2011My Profile

    1. benjy says:

      Wahhh ! …. idea yang bags juga tu … 3njy pun nak jugalah cam tu … Tehr nak ke ?
      benjy baru je tulis kisah TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH My Profile

    2. Mus says:

      mulakan dari guru biasa dan dapat pengalaman.. itu lebih bermakna
      Mus baru je tulis kisah Tindakan Nekad Berhenti BloggingMy Profile

  2. zulkbo says:

    salam..
    setuju…
    ilmu perlu di cari
    walau ke negeri China sekalipun..
    ermmm..harapan bukan guru yang
    kaki bodek sahaja mendapat pengiktirafan
    tersebut..guru yang jujur dan ikhlas masih
    terkebelakang dari segi kenaikan pangkat
    zulkbo baru je tulis kisah Orang Malaysia Minum Arak Serupa Minum AirMy Profile

    1. benjy says:

      Aik ! … dalam alam guru pun ada kaki bodek ke ? … macam tak caya je … betulke tu Tehr ?
      benjy baru je tulis kisah TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH My Profile

      1. dnoBiz says:

        budaya bodek ada dimana mana intitusi yang memerlukan surat sokongan atau keizinan untuk mendapat kan sesuatu samaada pangkat atuu benda…
        Ps:dalam intitusi kekeluargaan pun wujud budaya bodek ni
        dnoBiz baru je tulis kisah Berita Baik – Tiada kanaikan untuk Ron 95 dan LPGMy Profile

  3. Semoga semua cikgu2 Malaysia terus cemerlang dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak bangsa secara ikhlas dan jujur.
    aktechpage.com baru je tulis kisah HP Slate- Saingan Apple iPad My Profile

    1. benjy says:

      Yer betul tu … b3njy ucapkan “SELAMAT HARI GURU” kali ke entah berapa kali dah b3njy ucap … semoga guru semakin hensem dan cun … hehehe
      benjy baru je tulis kisah TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH My Profile

  4. benjy says:

    Pada hemat b3njy memang sukar nak menilai guru … tetapi semasa b3njy sekolah dahulu memang ada guru Top di sekolah … ada murid kata “cikgu A tu kalau dia mengajar 3 minit je dah paham” … ada juga kata “cikgu B tu entah apa yang dia ajar tu … tak paham langsung” … tak kurang juga komen “…Guru pelatih C tu cun betullah … kalau mengorat dia tu boleh ke ? ” ….

    Itu hanya sebahagian upat-mengupat kenangan b3njy masa sekolah dahulu … heehehehe
    benjy baru je tulis kisah TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH My Profile

  5. Nanti kalau dh dapat macam-macam insentif dari kerajaan, jangan pula lupa dan malas untuk berbakti kepada masyarakat. Ada guru-guru muda yang saya tengok asyik buat kerja lain juga waktu mengajar.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Advertlets blog advertising networkMy Profile

    1. Mus says:

      buat kerja part-time rasanya tak apa. daripada ponteng mengajar..
      Mus baru je tulis kisah Jadikan Blog Lebih Mesra Pelawat Mesti Cuba!!My Profile

  6. wadud says:

    hehehe..
    gud luck guru2..
    bro tehr terkhusus
    wadud baru je tulis kisah KBM 2010 membuat pengumumanMy Profile

    1. Mus says:

      oic.. patut tak update blog
      Mus baru je tulis kisah Jadikan Blog Lebih Mesra Pelawat Mesti Cuba!!My Profile

  7. akubiomed says:

    Orang dulu-dulu kalau hendak belajar pencak silat kena berguru dengan pendita di gunung tinggi. Kiranya kalau orang dahulu belajar ilmu silat yang tinggi :-)

    1. Mus says:

      atau pun kena bertapa dalam gua..
      Mus baru je tulis kisah Jadikan Blog Lebih Mesra Pelawat Mesti Cuba!!My Profile

  8. mie says:

    kontroversi guru-guru ke..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Liverpool Asia Tour 2011 @ MalaysiaMy Profile

  9. LiFe KaMi says:

    dulu lain sekarang lain,
    kalau berlaku adil tak le jadi begini..
    kalau nak beri biar semua merasa..
    sebab di dalam sekolah cikgu semua bekerjasama untuk membimbing pelajar supaya berjaya..bukan guru yang terpilih sahaja..
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Pengalaman Di Sydney Australia Part 2My Profile

  10. Ladfe Amir says:

    Guru 2 tetap akan berada di kedudukan yang tinggi di dalam hati murid 2 atas curahan ilmu yang diberikan.insyaAllah
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Surau Juga Rumah AllahMy Profile

  11. Cik Siti says:

    biar peribadi tinggi jangan hidung tinggi
    biar ilmu tinggi jangan megah diri…
    peringatan kita bersama

    1. Mus says:

      sama-samalah kita beringat

  12. awal pagi ke sekolah
    jangan lupa menggosok gigi
    bukan soal jawatan tinggi rendah
    azam mengajar yang perlu tinggi
    tengkorak emas baru je tulis kisah Coretan seorang penyokong bola sepakMy Profile

    1. Mus says:

      itulah yang sepatutnya..
      guru di Malaysia memang terbaik!!

  13. Ismail N says:

    oitt betui ke masih ada guru yg tak puas hati dgn hadiah yg diberi? nape ler sampai gitew ehhh?
    Ismail N baru je tulis kisah Harga Minyak RON95 Naik 20 SenMy Profile

    1. Mus says:

      guru lebih beruntung daripada pejawat awam yang lain

  14. eiela says:

    mudah-mudahan takde lagi lah rungutan daripada cikgu-cikgu. Banyak dah insentif untuk diorang,
    eiela baru je tulis kisah Gatalnya Eczema NihMy Profile

    1. Mus says:

      mudah-mudahan begitu..

  15. yas says:

    Alhamdulillah…rezeki buat para2 guru…
    mungkin dgn isu ni dpt menarik lbh ramai minat remaja skg memilih kerjaya guru sbg sandaran utama mereka….
    yas baru je tulis kisah Blog Anti Islam Islam dihina lagiMy Profile

  16. dnoBiz says:

    Jangan pula nanti bila dah dapat banyak kelebihan maka muncul golongan yang menjadikan kerjaya perguruan ni semata mata tempat mencari duit atau hanya lubuk perkerjaan yang mengasilkan pendapatan lumayan…
    Ps : Guru adalah satu kerjaya yang amat mulia dan guru (guru jadian) juga boleh menyebabkan kemuliaan itu terhakis
    dnoBiz baru je tulis kisah Harga Minyak – Mengapa Harga Minyak Kita mahal Sedangkan Kita Pengeluar MinyakMy Profile

  17. Mus says:

    beruntung yang menjadi guru.
    cabarannya.. mereka sahaja tahu
    Mus baru je tulis kisah Calendar Of Event – June 2011- Sabah Tourism BoardMy Profile

  18. ghost writer says:

    beruntunglah para guru yang sentiasa mendapat prihatin dari kementerian dan kerajaan…
    ghost writer baru je tulis kisah jiwa milik tuhanMy Profile

  19. zik says:

    nak jadi cikgu…tapi macam dah terlambat jer… takpelah ceburi bidang yang sedia ada jerla…. tugas guru bukan mudah…. walaupun cuti sabtu dan ahad… kadang2 ada kursus, macam2 kerja lah nak kena buat..
    zik baru je tulis kisah Imam muda 2- 2011 minggu ke5 hendonismeMy Profile

    1. Mus says:

      itulah cabaran pendidik anak bangsa..tak kira masa dan waktu

  20. Gayahspears says:

    Bestlah guru2 yg tetap.. macam mane pula dgn GSTT macam kami??? huhu :(
    Gayahspears baru je tulis kisah Tak ade tajuk!!!My Profile

    1. Mus says:

      harap ada berita yang mengembiarakan bagi GSTT

  21. bali villa says:

    guru memang yang terbaik…!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun