Bejimat Ka Driba Ba Jalai Alun

Salam semua. Moga-moga perjalanan kami ke Sibu hari ini akan selamat dan dilimpahi rahmat. Sudah lama juga rasanya tidak membuat perjalanan dengan bas sejak berkenderaan sendiri.

dari kuching ke sibu dengan basBerjimat ka driba ba jalan alun bermaksud berhati-hati memandu di jalan raya. Saya sendiri kurang pasti samada ia adalah satu ayat yang baik dan betul. Dah lama tak gunakan bahasa Iban ni. :D Kalau salah saya minta maaf. Harap-harap ada yang dapat membetulkannya.

Perjalanan ke Sibu akan mengambil masa lebih kurang 7 jam dengan dua tempat persinggahan. Menurut maklumat yang saya dapat, keadaan jalan juga adalah kurang baik berbanding dengan jalan raya di Semenanjung. Mungkin juga akan lebih sunyi dan jauh dari kampung.

Tetapi suatu yang pasti, anak-anak saya buat pertama kalinya akan dapat melihat dengan mata sendiri nanti rumah-rumah panjang yang terkenal di Sarawak sepanjang perjalanan nanti.

Kami akan bertolak dari terminal Bas Batu Tiga pada jam 9 pagi dan dijangka tiba di Sibu pada jam 4 petang. Semoga perjalanan kami selamat. Jauh dari segala kesukaran dan dihindari Allah dari sebarang kecelakaan. Insyaallah.

TehrDemikian kisah 'Bejimat Ka Driba Ba Jalai Alun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. kakyon says:

    semuga perjalan tehr dan keluarga selamat..Amiinn..

  2. mie says:

    eh!!
    entri kali ni xde pantun…
    moga selamat sampai dan selamat pergi
    mie baru je tulis kisah Bilakah Umur Ideal Untuk BerkahwinMy Profile

    1. tehr says:

      sesekali je, mie
      tukar selera

      1. gayahspears says:

        haha..betoi tu sekali sekala, dua kali, berkala2,

        1. mie says:

          ye ke!!!
          xpe, mood bercuti perlu diteruskan..
          hehee
          mie baru je tulis kisah Mobile Template!! Special Untuk BloggerMy Profile

  3. Cik Siti says:

    lepas ni bolehlah buka kelas bahasa sarawak..
    Cik Siti baru je tulis kisah Selamat BertunangMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya dah hampir lupa bagaimana mahu cakap bahasa iban

  4. kaizen says:

    dah agak dah sarawak… hehehe
    kaizen baru je tulis kisah 2 NeGeRi TeRSuBuR Di MaLaYSia DaN JuGa YaNG TeRMiSKiNMy Profile

    1. tehr says:

      masih tak sempat ke sabah
      harap2 akan ada peluang nanti

  5. dnoBiz says:

    beruntung la anak anak bro, dapat ayah yang mesra alam dan boleh menghabiskan masa bersama mereka
    dnoBiz baru je tulis kisah Makhluk Hitam – Yang bakal Mecabar Jo- Miji dan AkuBiomedMy Profile

    1. tehr says:

      sebolehnya memang nak jadi mesra alam untuk semua, dB
      insya allah

  6. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..pandai juga
    cakap iban bro kita
    ni yak..?selamat berjalan-jalan
    jauh berjalan,luas pandangan..
    zulkbo baru je tulis kisah C-I-N-T-A Suri Cahaya CintaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      dah hampir lupa sebenarnya
      dalam bas tadi, bila dengar mereka bercakap, rasa sukar nak faham

  7. padin says:

    semoga semua berjalan lancar seperti yang di rancangkan tehr, hehee
    teringin nak mintak ole2.. keh3

    1. tehr says:

      semua lancar, bro
      alhamdulillah

  8. bisk says:

    hurmm..hari nih memang takde pantun ek..rasa pelik lak.

    sy ramai kawan kat sibu..

    1. tehr says:

      saja tukar selera, bisk
      sesekali :D

  9. Ladfe Amir says:

    7 jam perjalanan. mmg seksa rasanya. adoi.

    1. tehr says:

      sangat meletihkan
      tambahan pula tidak dapat berhenti rehat sesuka hati

  10. bluedianthus says:

    Wah…sedang bercuti-cuti malaysia rupanya tehr ni..Selamat melancong ye..:)
    bluedianthus baru je tulis kisah Tahniah untuk adik bongsu tersayang!My Profile

    1. tehr says:

      yups, sedang bercuti-cuti malaysia di sarawak
      sis blue tak ambil cuti2 malaysia ke? :D

  11. gayahspears says:

    Selamat pergi selamat kembali ya bro Tehr~
    jgn lupa bg ole2 utk Gayah..hahahaha

    1. tehr says:

      gayah nak pesan apa? :D

  12. sangilapi says:

    tiba-tiba aku teringat kembali kenangan lalu :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      aku gagal mengesan sekolah lama aku antara Julau dan Bintangor
      rupanya bas melalui jalan lain

  13. Ali ridha says:

    setiap kami semua berjimat.
    Ali ridha baru je tulis kisah Tukar tema wordpress ke premiumMy Profile

  14. Ali ridha says:

    rumah panjang aku pernah
    tengok kat TV je.
    Ali ridha baru je tulis kisah Tukar tema wordpress ke premiumMy Profile

  15. akubiomed says:

    7 jam memang meletihkan kena selalu gerak-gerakkan badan kalau tidak terkena gejala ‘deep vein thrombosis’ atau DVT akibat darah beku kerana kurang bergerak
    akubiomed baru je tulis kisah Persiapan persekolahan abang NgahMy Profile

  16. zik says:

    semoga selamat semuanya…. jauh perjalanan tuh…
    zik baru je tulis kisah Kucing paling garang !!My Profile

  17. Norgadis says:

    Saya belum pernah ke Sibu, teringin juga melihat sendiri rumah panjang yang terdapat di sana…

    Moga perjalanan tehr sekeluarga dipermudahkan semuanya…
    Norgadis baru je tulis kisah Hari Pertama Bercuti Di Kota KinabaluMy Profile

    1. tehr says:

      rumah panjang sekarang dah moden
      siap dengan tv dan internet
      rumah juga telah dibina dengan simen

  18. Mus says:

    wah.. hebatnya bro berbahasa iban..
    Mus baru je tulis kisah Saya Suka Sayur-Sayuran KampungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun