Bazar Buluh Kubu

Musim cuti sekolah yang telah bermula minggu ini memberi peluang kepada ibu bapa mengambil peluang bercuti bersama anak-anak. Saya menerima kunjungan dua orang kakak yang telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur bersama keluarga. Sesekali mereka ke Kelantan, dapat juga mengambil peluang menjadi pemandu pelancong. :)

bazar buluh kubumembeli belah di kota bharu
bukan tempat menjual bubu
bukan juga menjual budu
mesti ingat selalu

bazar buluh kubu
banyak menjual kain baju
batik sepasang bukan berkayu
model lama fesyen baru

bazar buluh kubu
letak di bandar kota bharu
istana balai besar setia di situ
bank pitis masih membatu

bazar buluh kubu
jauh dekat datang bertamu
kalau berbelanja mengikut nafsu
tiada cukup duit beribu

Selain kain, baju dan batik, Bazar Buluh Kubu juga menjadi tumpuan kepada peminat barangan kraf seperti kasut buatan tangan, replika alat muzik miniature, wau yang berwarna-warni, beg-beg, barangan perak dan tembaga, aksesori dan pelbagai jenis barangan yang lain. Jemput singgah kalau ke Kota Bharu. Bawa duit banyak-banyak. :D

TehrDemikian kisah 'Bazar Buluh Kubu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. Cha'on says:

    hahha.. berbelanja biar cermat. tak pasal2 nanti habis macam tue je.. mase cuti sekolah nie biase la.. orang nak jalan2 merata.. selamat menjadi pemandu pelancong.. :)
    Cha’on baru je tulis kisah Keputusan Shout! Award 2010 Mengikut KategoriMy Profile

    1. tehr says:

      yups, selamat semuanya
      alhamdulillah

  2. zulkbo says:

    salam..
    akan ke sana juga bila
    berkesempatan nanti..
    insyaallah..
    zulkbo baru je tulis kisah Hari Tandas SeduniaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      bila berkesempatan, insyaallah

  3. etomyam says:

    lama tak sampai ke bazar tu..musim cuti sekolah ni harga pun ada naik sket hehehe
    etomyam baru je tulis kisah php flush Percepatkan Page LoadMy Profile

    1. suri says:

      barang naik bro tapi gaji ttp kat tingkat tu juga hooo….terus ingat kenaiakn bonus plak heee

      1. tehr says:

        bonus dah lari, tak mahu jenguk muka lagi la, suri

    2. tehr says:

      dah memang macam tu, bro
      musim cuti je peniaga naikkan harga :(

  4. Latifah says:

    entah bila akan sampai ke Kelantan lagi, tapi harap2 dapat pergi sana bila2 ada masa nnt. =)
    Latifah baru je tulis kisah sampaikanlahMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah, kesempatan tu akan segera tiba :)

  5. sangilapi says:

    dari sini ke situ beribu batu,
    entah bila dapat bertamu,
    aku pun tak tahu :)
    sangilapi baru je tulis kisah rezeki satu perkenalanMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun tak tahu
      berserah je… kalau ada rezeki, tak ke mana perginya

  6. padin says:

    ahah.. bila2 ada rezeki ke kelantan,
    boleh juga minum kopi dengan tehr,wakakaa
    padin baru je tulis kisah Blogku- RumahkuMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah, minum dan makan juga :)

  7. Mohd Hafiz says:

    selamat bercuti…. seghonoknye….. :-)
    Mohd Hafiz baru je tulis kisah Make Money Online – Advertlets Give Me RM 20 for FreeMy Profile

  8. Ladfe Amir says:

    kelate adalah tmp kelahiran aku.tp aku membesar sepenuhnya di perak. InsyaAllah..nanti akan berpeluang lg ke sana.

    1. suri says:

      hujung tahun terus ingat mega sale heee..pasti sahabat tehr leh buat seloka/pantun ttg mega sales pulak heee..

      1. tehr says:

        insya allah, akan dicuba

    2. tehr says:

      oghe klate rupanya :)

  9. gayahspears says:

    Salam… wah menarik ni.. ley suping2 kat sane..huhu
    nty ade mase nak g klate la.. pernah dtg sekali ja bro…huhu
    tu pon mase sepupu kawen….
    gayahspears baru je tulis kisah Kembali…My Profile

    1. tehr says:

      nanti datang lagi sekali
      bawa duit banyak2 :D

  10. suri says:

    salam kawan..
    wah meriah sungguh..
    bt masa ni hajat nak beli itu ni tpksa di bekukan..apa yang penting budget utk si kecik mesti d utamakan huuu..

    1. tehr says:

      betul3x
      dahulukan yang lebih utama

  11. base klu pi bzar paling byk bawak duit pun 100 hinggit je taklah sampai beribu tehr..=)
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah KwajaleinMy Profile

    1. tehr says:

      bawa sikit dapat sikit
      hehehe

  12. kakyong says:

    tak pernah ke bazar buluh kubu ni
    kakyong baru je tulis kisah Pokok Anggur hampir berputus asa untuk membesarkan kamuMy Profile

    1. tehr says:

      ada masa ada peluang, singgah le nanti, kak yong

  13. zik says:

    bazar buluh kubu.. unik namanya…. harap dapat singgah ke sana..suatu hari nanti….
    zik baru je tulis kisah Dimensi dunia fotografi di malaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun tak tahu, dari mana datangnya buluh tu :D

  14. werdah says:

    Sa;am tehr

    Baru pertama kali dengar tentang bazar ni… insyaAllah jika ke KB bolehlah singgah…
    werdah baru je tulis kisah Bahasa apa yang kita guna semasa solat – SambunganMy Profile

    1. tehr says:

      ya, singgah2
      kain batik banyak kat bazar ni, werdah

  15. kulanz says:

    mudah-mudahan ada rezeki boleh sampai Kelantan nanti..
    kulanz baru je tulis kisah The Social Network Punya CeritaMy Profile

    1. tehr says:

      mudah2an, tak akan lama tu…

  16. sud@is says:

    Tunggu biro lawatan buat program, last kesana 2 tahun lepas
    sud@is baru je tulis kisah AWARD dari Shaza dan SyafiqMy Profile

    1. tehr says:

      jangan buat hujung tahun, sud@is
      hujan dan banjir :D

  17. tiefazatie says:

    ifa xpenah lg g kelate nie..hihi..lalu je ada la..neway..bestnye berpantun..ifa xpandai..hihi..hentam2 pandai la..
    tiefazatie baru je tulis kisah 2nd hari raya aidiladha part 2My Profile

    1. tehr says:

      nanti ada masa singgah :)

      pasal pantun ni, hentam je dulu
      lama2 nanti pandai la
      ada panduan yang saya telah buat, cuba la baca

  18. Ismail N says:

    Syoknya pi Bazar… tapi kalau posting tempat shopping ni, bagus kalau ada byk gambar sikit, so senang nak hayati… Lama kawe tak pi Kota Baharu.. mcm seumur hidup rasanya.. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Hoki Sukan Asia 2010 – Malaysia Tewaskan India 4 – 3My Profile

    1. tehr says:

      yang satu ni pun kawe google je :D

  19. Cik Siti says:

    tak pernah pegi… cam nak gi

    1. tehr says:

      jemput singgah
      tapi sekarang musim hujan

  20. ghost writer says:

    tahun 1999 aku pernah berada di sini.itu adalah tahun pertama aku berada di kota bharu.juga pertama kali ke sana.
    ghost writer baru je tulis kisah masih lagiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun