Bayi Ayam Cedera Main Mercun

berita di tv hari ini
masih ada lagi rupanya pembunuh bayi

bau busuk ke seluruh kampung
kerajaan kata bagi mati hukuman gantung

lain dari cerita semalam
ada muncul aduan kenaikan harga ayam

pengguna pula dah bising
harga barang mahal kepala tambah pening

kalau cerita di Jasin Melaka
bazar ramadhan runtuh ada mati serta cedera

katanya dipukul ribut
pengunjung peniaga semuanya lari kelam kabut

apa pula cerita besok
mungkin ada lagi barang yang disorok-sorok

atau cerita biasa-biasa sahaja
kisah anak dan ayah main mercun bila tiba musim raya

Setiap hari kita dihidangkan dengan berbagai berita dan cerita yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Berita sedih nampaknya mengatasi berita gembira mengalahkan cerita propaganda. Cerita hiburan khayalan masih mengatasi cerita amal kebajikan yang membawa teladan. Apa tindakan yang boleh kita buat?

TehrDemikian kisah 'Bayi Ayam Cedera Main Mercun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun