Batuk Datuk

Selamat berhujung minggu kepada sahabat yang bercuti hari Jumaat. Moga-moga dalam sihat sejahtera semuanya termasuk anak, isteri, ibu, bapa, nenek dan datuk. He he… Apa kata hujung minggu ini ambil peluang bawa datuk jalan-jalan.

datuk batuk di tepi perigi
mencari timba berikat tali
mengambil air membasuh kaki
berhajat sujud pada Illahi

batuk datuk di penjuru bilik
sekadar duduk di ruang sempit
sujud rukuk sejadahnya carik
ikhlas tunduk belakangnya perit

datuk duduk di kepala tangga
duduk datuk merenung masa
anak isteri cucu di mana
mengapa sunyi alam semesta

Betulkah kata orang datuk dan nenek selalu memanjakan cucu-cucu mereka? Aku sendiri tidak dapat hendak menceritakan pengalaman sendiri kerana aku lahir setelah datuk tiada. Ada sesiapa yang pernah dimarahi datuk? Pernah dihukum oleh datuk? Atau sememangnya selalu terlepas kerana datuk gagal mengejar. :D

TehrDemikian kisah 'Batuk Datuk' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. padin says:

    aku pun sama bro.. lahir2 datuk dah xde, opah je la yg ada
    hee selalu je kena marah, :D

    1. tehr says:

      dah tu lari tepi sawah
      pulang nanti buat muka sedih je :D
      nenek pun dah tak marah lagi…

  2. Tak merasa sangat kasih sayang datuk dan nenek sebab mereka lebih sayangkan sepupu2 yang lain. Cuma bila dorang dah sakit jer baru boleh merasa bersama dorang. :(
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Don’t go to KL on 9 July 2011My Profile

    1. tehr says:

      selalunya yang tinggal dekat je yang lebih rapat

  3. wrizuan.net says:

    batul tuuu datuk dan nenek lain kasih sayangnya dgn cucu mereka, saya sendiri alami di depan mata, anak2 saya bersama nenek & atoknya….hinggga anak bongsunya boleh cemburu laa….hihihi.
    wrizuan.net baru je tulis kisah 9hb Julai 2011 adalah Hari Darurat ?My Profile

    1. tehr says:

      dah jadi kes terlebih berat ni
      macam mana anak dengan cucu boleh cemburu
      hehe

  4. Jai says:

    Batuk dato’ untuk org kaya…he3

    1. tehr says:

      batuk orang kaya minta lalu tu, jai :D

  5. puteri says:

    ye..hujung minggu jalan2.
    ada kelapangan boleh ke KL SOGO
    ada jualan murah offer hingga 70%

    9 julai hari melawat KL
    puteri baru je tulis kisah sebelum ni tak boleh BAJU, sekarang giliran GARAM pulaMy Profile

    1. tehr says:

      melawat KL
      ada apa kat KL, puteri? :D

  6. zulkbo says:

    salam..
    bab Datuk ni memang sayangkan cucu..
    tapi ayah saya ada 16 cucu, dan mereka yang
    terdekat dan selalu jengah itu yang dia
    paling sayang..tak sama semuanya..
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Blogger In Draft Berwajah Baru : Mantop!My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      memang tak sama, bro
      banyak faktor yang mempengaruhinya

  7. belalang says:

    betul datuk dan nenek mmg manjakan cucu…
    belalang dpt lihat hal ini melalui layanan iba bapa belalang kpd anak2 belalang dan anak saudara belalang.

    hee :)
    belalang baru je tulis kisah Keseronokan Menjadi Seorang BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      ken kawal juga tu, belalang
      tak boleh dibiarkan sangat datuk nenek manjakan cucu
      kita sendiri yang susah nanti

  8. ehem ehem ehem….
    Datuk Ismail N baru je tulis kisah Kekasih GelapkuMy Profile

    1. tehr says:

      apasal bunyi semacam je batuknya, bro? :D

  9. Ladfe Amir says:

    mmg betul tu bro. anak sulung aku cukup dimanja oleh orang tua aku masa mereka menjaganya waktu kecil, manakala si Farris pulak sekarang ini dimanja oleh nenek n atuknya (orang tua isteri aku).
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Review Dan Ulasan Filem Transformers 3:Dark Of The MoonMy Profile

    1. tehr says:

      perlu diawasi juga tu
      tak boleh manja terlebih
      payah nanti

  10. ghost writer says:

    datuk2 suka memanjakan cucu2 dowang sebab rindu nak belai kita masa kecik2 dulu…
    ghost writer baru je tulis kisah di sebalik pagar hijauMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, ghost
      dia dah tak selera nak belai anak yang dah berjanggut
      jadinya dibelai cucu saja
      hehehe

  11. sud@is says:

    datuk dan nenek( wan dan tok ikut panggilan utara)
    pengarang jantung ku
    aku dimanja sllu
    marah skali skala
    itu pun x lama
    sud@is baru je tulis kisah Petua Mengukuhkan Rumah TanggaMy Profile

    1. tehr says:

      cucu pula pandai je ambil peluang dan kesempatan
      bila ayah/mak marah, nyorok kat belakang atok atau nenek :D

  12. Mus says:

    kaalu balik kampung..
    aku dan isteri tak dipandang anak-anak..
    memang dorang manja dengan datuk dan nenek dorang..
    Mus baru je tulis kisah Gambar Eksklusif Sekatan Jalan (Roadblock). Nasib Baik Ada Jalan BypassMy Profile

    1. tehr says:

      jangan la pulak mak ayah jeles dengan datuk nenek :D

  13. akubiomed says:

    Betul apa yang diperkatakan. Selalunya cucu selalu dimanjakan oleh Datuk dan Nenek. Ketika kecil saya dimanjakan Datuk dan Nenek. Kemudian gelaran anak saya dimanjakan oleh Datuk dan Neneknya pula :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Dataran Sunway adalah Zon BersihMy Profile

    1. tehr says:

      memang kat mana2 macam tu, bro
      anak2 juga memang suka kalau dapat bermanja dengan mereka
      payah mak ayah nak kawal

  14. zik says:

    masa kecik jerla..dah besar… kena hukum macam biasa…hehe…
    zik baru je tulis kisah Kisah dua ekor anjing yang cuteMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      hukuman juga satu pembelajaran, zik
      perlu menerimanya

      aku juga biasa kena :D

  15. sayacomel says:

    betul sangatlah tu. hoho..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Serius – License to GrillMy Profile

  16. Khidhir says:

    datuk saya nampak alrite n cool je. tapi datuk or nenek mmg sygkan cucu sbnrnya..
    Khidhir baru je tulis kisah Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2My Profile

  17. ohcikgu says:

    benar. atuk saya dulu pun memang manjakan saya. :)
    ohcikgu baru je tulis kisah (Video) Cerita sebenar tentang SuperMokh yang kita tak tahu..My Profile

  18. bEe says:

    Bagi bEe, datuk & nenek ni mmg suka manjakan cucu. Tp cucu yg TERPILIH jer cikgu ;)

    bEe punya pengalaman yg mana cousin bEe sgt dimanjakan arwah nenek. Sampaikan apa aje yg diminta arwah nenek akan belikan utk dia. Bila bEe minta tak dpt…. Maksudnye, bEe ni tak dimanjakan lah… huahuau :-(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun