Batu Kawa, Kuching

Assalamualaikum / Sawadikap.

Akhirnya kami sekeluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak tepat jam 3.00 petang semalam. Kami diisambut oleh kakak bersama salah seorang anak gadis beliau. Syukur alhamdulillah, perjalanan kami selamat dan sempurna. Seperti biasa bila melawat Kuching kami akan tinggal di RPR Batu Kawa.

Kali pertama bersama penerbangan Air Asia terasa ada sedikit kekurangan berbanding penerbangan MAS. Paling ketara ialah semasa hendak menaiki pesawat dan ketika turun. Di Lapangan Terbang Subang, jauhnya kami perlu melangkah untuk tiba ke Balai Ketibaan. Di Kota Bharu dan Kuching, jaraknya tidaklah begitu jauh.

dari kelantan datang sarawakkuching waterfront
bawa hadiah tidaklah banyak
sekadar sahaja jangankan tidak
paling utama wajah ternampak

jauhnya jarak dalam perjalanan
letihnya otak penatnya badan
tetapi banyak nampak keindahan
alam yang cantik ciptaan Tuhan

dua  minggu di sini bukan lama
datang bertamu berziarah juga
bertanya khabar dan juga berita
melepaskan rindu sanak saudara

Pagi ini telah sempat juga ke rumah kawan di Bintawa yang membuat majlis bagi menyambut isterinya. Kawan saya ni bersal dari Sarawak dan telah lama bertugas di Kelantan. Bertemu jodoh dengan orang Perak yang tinggal di Johor dan bertugas di Melaka.

TehrDemikian kisah 'Batu Kawa, Kuching' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


49 Comments

  1. bisk says:

    baru 2x pernah jejak sarawak…riverside majestic menjadi persinggahan pertama.kuching waterfront menjadi tempat melepak…tapi terpaksa bergegas ke pelabuhan sebab sauh sudah mau ditarik.

    selamat bercuti dan mengunjungi sanak saudara tehr.semoga bergembira.
    bisk baru je tulis kisah warriors of the rainbowMy Profile

    1. tehr says:

      tadi sempat singgah kat waterfront
      tapi tak ramai orang sebab hari hujan

  2. MDHAFiZ.NET says:

    wah… kenapa x bgtau sy awal2? kalau x boleh sy jemput di KIA … rumah sy x jauh sangat dr batu Kawa tu.. hahaha… selamat bercuti dan selamat dtg ke Bumi Sarawak Darul Hana … :-)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah The Way To Make Money Online For BeginnersMy Profile

    1. tehr says:

      kali terakhir saya ke sini ialah 5 tahun lepas
      banyak perubahan dah berlaku

  3. abgreds says:

    tertarik dengan cerita kawan tehr tu..
    ragam perantau, jauh berjalan luas pandangan.
    abgreds setakat ni tak di bajetkan ke mana-mana lagi…dok pusing-pusing kat muo ni jer..huhu..
    abgreds baru je tulis kisah Terima kasih Penyair Marsli NOMy Profile

    1. tehr says:

      langkah je selat tu, abgreds
      lepak kat kota singa barang 2 3 malam :D

  4. Norgadis says:

    Sungguh senang rasa dihati
    bertemu keluarga yang dikasihi
    penatnya badan tidak perduli
    asalkan tertunai hajat dihati.

    1. tehr says:

      bertemu keluarga yang dikasihi
      sambil salam bertentang mata
      asalkan tertunai hajat dihati
      letih dan penat tidak terasa

  5. Cik Siti says:

    semoga gembira bertemu dengan keluarga dan sanak-saudara…. ole-ole jangan lupa beli pulak ye
    Cik Siti baru je tulis kisah Malu Bertanya Sesat JalanMy Profile

    1. tehr says:

      tak tau la nak beli apa nanti
      dah pasti kat sini tak boleh nak guna buku 555 :D

  6. ardzham says:

    Bulan lepas adik ipar ada ke Sarawak, bila balik ada ole-ole dari sana. Sehelai kemeja T bertulis Sarawak untuk setiap ahli keluarga saya. Juga cenderahati berbentuk kraftangan serta ikan terubuk masin!
    ardzham baru je tulis kisah Software Blogwalking Mudah Dan PantasMy Profile

    1. tehr says:

      ikan terubuk masin tu yang memang tak akan dilupa
      memang sedap sangat

  7. padin says:

    ahaa.. 2 minggu kira lama juga kan, ye lah
    time cuti ni la nak pergi mana2
    ambil gambar banyak2 tehr, hehee
    padin baru je tulis kisah Tempoh BertenangMy Profile

    1. tehr says:

      masalah2
      kamera sony aku rosak
      mungkin tak banyak dapat ambil gambar nanti :(

      1. suri says:

        alah awat rosak ?? hurm kamera hp kan ada hee..

        jangan jadi cam suri ketinggalan zaman hp suri tak der kemera lee.. huuu..

        1. tehr says:

          masih ada canon yg kurang baik dari sony tu
          tak ada rotan, akar pun berguna, kan

  8. kakyon says:

    Alhamdhulillah..sampai dah ke Kuching..
    kakyon baru je tulis kisah Tempoh bertenangMy Profile

    1. tehr says:

      syukur alhamdulillah

  9. zulkbo says:

    salam..
    selamat berehat sesambil
    mengambil agin dari negeri
    kenyalang..ermmm..mana tahu
    tuah Tan Sri lekat pada anda..
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru Tan Sri Gambar NikahMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      tuah tan sri? yang berita terbaru ni ke, bro?
      hahaha

  10. zulkbo says:

    teringat laksa sarawak..
    dulu ada di jual di klcc
    sekarang dah tutup pulak??
    zulkbo baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru Tan Sri Gambar NikahMy Profile

    1. tehr says:

      laksa sarawak kurang popular
      orang lebih suka laksa penang
      saya pula masih dengan laksa kelantan :D

      1. suri says:

        laksa kelanta sedap juga hu..terliur suri di sinie hee..

        1. tehr says:

          buat kuah dengan belut lebih sedap dari kuah ikan

  11. sangilapi says:

    jauh kali ni bercuti :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      bercuti sambil melawat mertua ni, bro
      bila ada peluang ke sinilah tempat pertama
      kalau sempat ke arah lain, kira bonus la :D

      1. suri says:

        a;ahai bestnya berjalan sana sini .. sesekli meneroka tempat yang dah lama tak pergi pasti akan byk memori yang dpt di kenang bersama2

        1. tehr says:

          kali terakhir 5 tahun lepas saya ke sini
          kekadang isteri dan anak je yg datang

  12. Hadi Rofiee says:

    Teringin nak terbang ke Sabah & Sarawak. :-)

    Berkaitan MAS & AirAsia tu, aku pun ada dengar macam tu juga. Pak Cik lebih suka naik MAS drpd AA. :D
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Pengguna jalan raya yang prihatinMy Profile

    1. suri says:

      penerbangan AA amat menyakitkan mata.. oh tidak… sllu jer pergi lct, klia semua buat mataku silau melau..

      selak sana sini..
      tebas pendek..
      tak takutkah mereka pada dosa itu semua huu.. mrka buat semata2 nak raih pelanggan yang ramai agaknya huuu..

      1. Hadi Rofiee says:

        Betul tu Suri, hanya untuk melariskan perkhidmatan, di dunia ja, akhirat entah macam na.

        Suka ayat ni: tebas pendek. :D
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Pengguna jalan raya yang prihatinMy Profile

        1. tehr says:

          bisnes masyuk tu

      2. tehr says:

        eh, tebas pendek ke?
        tak sempat tengok tengok la pulak :D

  13. Hadi Rofiee says:

    Eh ralat sikit Bro:

    Teringin nak terbang ke Sabah & Sarawak. :-)

    Berkaitan MAS & AirAsia tu, aku pun ada dengar macam tu juga. Pak Cik aku lebih suka naik MAS drpd AA. :D
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Pengguna jalan raya yang prihatinMy Profile

    1. tehr says:

      datang la, hadi
      seminggu berada di sini, takkan boring
      pasal air asia tu, aku hanya penat melangkah… jauh sangat

      1. Hadi Rofiee says:

        Rasa harga AA tu tidak termasuk bayaran cukai & lain2, ya tak? Hmm,..
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Pengguna jalan raya yang prihatinMy Profile

        1. tehr says:

          warrent ticket kami sudah termasuk semuanya
          makan pun juga

  14. gayahspears says:

    menarik…
    kalo tak bwk buah tgn byk pon takpe…
    mertua tetap menanti dgn senyuman…
    mesti x kat sane???
    Gayah lum pernah sampai ke Sarawak lagi….

    1. tehr says:

      lepas salam, mertua bagi ciuman kat pipi
      geli la pulak rasa
      auw….

  15. mijie says:

    seronok nampaknya bercuti kan
    mijie baru je tulis kisah A day in the life of the HTC Desire ZMy Profile

    1. tehr says:

      sesekali berziarah
      kali akhir 5 tahun dulu aku ke sini
      dah banyak berubah juga bandaraya kuching ni

  16. zik says:

    tak pernah jejak kaki disana… dah banyak ya.. perubahan disana …
    zik baru je tulis kisah Kompilasi trick video koleksi terbaik 2010!!My Profile

    1. tehr says:

      datang la nanti, zik
      memang makin meriah kuching ni

  17. Ali ridha says:

    kebas kaki
    lama terbang dari Kelantas
    ke Kuching.
    Ali ridha baru je tulis kisah Tukar tema wordpress ke premiumMy Profile

  18. Ali ridha says:

    mendarat dah ke Bumi Kuching.
    Ali ridha baru je tulis kisah Tukar tema wordpress ke premiumMy Profile

  19. Ali ridha says:

    terhibur la hati sampai
    ke Kuching.

  20. Ali ridha says:

    kami sedia tanya khabar
    gembira.

  21. Ali ridha says:

    jodoh tu tak kemana bro.

  22. Ali ridha says:

    kedua kapal terbang
    aku tak pernah naik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun