Banjir Di Tumpat Dan Rantau Panjang

Hujung tahun dan awal tahun baru memang menjadi kebiasaan kepada penduduk Kelantan menghadapi banjir. Beberapa kawasan rendah terutamanya di Rantau Panjang dan Tumpat akan ditenggelami air. Dua sungai utama yang sering terlibat ialah Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang bersempadan dengan negara jiran Thailand.

dari hulu datang ke hilirkeselamatan anak-anak
tanah rendah dilanda air
baik-baik bermain banjir
maut mungkin akan hadir

sungai golok penuhlah sudah
rantau panjang air melimpah
kampung dan bandar kini bah
orang ramai mesti berpindah

ayah ibu asyik berkemas
kain baju perhiasan emas
anak gembira terbiar lepas
mungkin nanti akan lemas

Beberapa buah sekolah mungkin tidak dapat memulakan sesi persekolahan besok [03.01.11] sekiranya masih ditenggelami air. Sekolah-sekolah seperti SMK Rantau Panjang, SK Rantau Panjang, SK Seri Rantau Panjang (1), SK Lubok Stol dan SJK (C) Kay Boon di Rantau Panjang serta SK Simpangan dan SK Bendang Pak Yong di Daerah Tumpat memang biasa ditenggelami air.

TehrDemikian kisah 'Banjir Di Tumpat Dan Rantau Panjang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. belalang says:

    x abis lagi ye bab banjir nih…
    harap akan segera ok…
    belalang baru je tulis kisah Akhirnya Pertemuan itu Menjadi NyataMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya sepanjang januari ni masih bermain air lagi ni, bro

      1. suri says:

        nak main kapal kertas ;)

  2. baru je taw lps baca bite smlm,tak sngka lak banjir lagi kan..
    alexa yussida baru je tulis kisah BA-CMG-kakak-ded marozs storiesMy Profile

    1. tehr says:

      yups, semalam makin ramai yang terpaksa berpindah

  3. alif says:

    ksian dorg blh dikatakan tiap2 thn…sbr ork
    alif baru je tulis kisah Al-Fatihah Faizal YusofMy Profile

    1. tehr says:

      memang setiap tahun
      mereka ni dah biasa sangat
      yang pelik ada juga yang tak suka berpindah, tahan je tinggal dalam banjir

  4. sangilapi says:

    cuaca sekarang pun tak menentu,aku dah bersihkan dan pastikan longkang tidak tersumbat mengelakkan air masuk rumah kalau hujan turun dengan lebat :)

    sekolah cikgu tehr bagaimana pula keadaannya? kena cuti jugak ke?
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      sekolah aku ok, kawasan tinggi
      juga dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir
      [kalau pusat pemindahan sedia ada tak mencukupi]

  5. sud@is says:

    Kelantan dah biasa dengan banjir ni…
    kata kawan2 kat ofis musim banjir meriah macam pesta…betul ke tehr

    tapi kena hati2 juga terutama kanak2…
    sud@is baru je tulis kisah Kalau Hati Dah SukaMy Profile

    1. tehr says:

      memang meriah
      tapi yang memeriahkannya ialah orang yang tak kena banjir
      mereka suka main air :D

  6. Norgadis says:

    Kasihannya… ingatkan masalah banjir dah selesai. Moga mereka dapat bersabar.
    Norgadis baru je tulis kisah Jalan-Jalan ke Chimney Di Kg Tanjung Kubong LabuanMy Profile

    1. tehr says:

      harapnya begitulah
      kesabaran memang sangat dituntut

  7. etomyam says:

    banjir belum reda lagi nampaknya, kenalah tambah lagi cuti seminggu kat mana2 kawasan yg terlibat tu hehe
    etomyam baru je tulis kisah Magicwood 2011My Profile

    1. tehr says:

      minta2 la cuti sampai raya cina :D

  8. akubiomed says:

    Nampaknya ada sekolah tidak dapat dibuka untuk penggal pertama 2011.
    akubiomed baru je tulis kisah Ada apa disebalik tarikh 1111My Profile

    1. tehr says:

      jadi kebiasaan setiap tahun, bro
      memang ada sekolah yang ditangguhkan
      dah terpaksa

      1. dnoBiz says:

        tapi musim banjir sekarang ni dah tak tentu…
        dnoBiz baru je tulis kisah Yang terbaik BagiMu – Kepada Pengulas Yang terbaikMy Profile

  9. adah says:

    sejuk2 je rasa suasana bile banjir dan asyik hujan je…
    adah baru je tulis kisah Bye bye 2010Hai hai 2011Semua orang gembira aku dah tua-pMy Profile

    1. tehr says:

      best sangat kalau dapat melingkar dalam selimut :D

  10. dnoBiz says:

    Sekarang ni bumi seumpama memberontak, banjir dan kemarau tak tentu masa…
    Ps : mungkin itu tanda bumi dah mula bosang dengan akhlak penghuninya ???
    dnoBiz baru je tulis kisah Yang terbaik BagiMu – Kepada Pengulas Yang terbaikMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 bumi tak bosan, dB
      dan kita sentiasa dijauhi bahaya bencana

  11. Ismail N says:

    Simpati saya pada mangsa-mangsa banjir. Harap2 pihak2 tertentu boleh berbuat sesuatu utk perbaiki keadaan. Yg selalu kena ni dah lah susah.. janganlah susahkan hidup mereka lagi.

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      bantuan juga jangan pula dilewatkan
      kesian mereka

  12. suri says:

    kasihanya mereka tak dpt g sekolah..tapi skrg dah 4/1/2011 tentu mereka sdg rancak memulakan hari persekolahan ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun