Bandwidth Limit Exceeded | Apa Boleh Kita Buat

“The server is temporarily unable to service your request due to the site owner reaching his/her bandwidth limit. Please try again later.”

Beberapa hari lepas Mr Tehr dapat pengalaman pertama memperbaharui tempoh domain dan hosting. Selepas itu dapat pula pengalaman pertama berhadapan dengan Bandwidth Limit Exceeded. Sepanjang setahun bersama WordPress, domain dan hosting berbayar, rupanya banyak pelajaran dan pengalaman baru yang perlu dihadapi. Betullah kata pepatah, kita perlu belajar dari buaian hingga ke liang lahad.

bila bandwidth limit exceeded
bukan kerana tersekat speed
tetapi paparan blog tak terbit
and the money you really need

sedih

Terima kasih kepada saudara Khidhir yang inform Mr Tehr melalui email. Seperti biasa Mr Tehr akan buat carian di internet kalau ada apa-apa benda baru yang dihadapi. Cari idea bagaimana nak selesaikan masalah. Ha ha ha Rupanya tak payah mana pun nak selesaikan masalah bandwidth ni.

Pertama perlu duit. Ada duit semua jadi kata orang. Bandwidth boleh ditopup seperti telefon rupanya. Dalam kes Mr Tehr ni, apa yang perlu dibuat ialah hubungi NetKL untuk tambahkan bandwidth dan bayar. Itu sahaja.

Kedua tunggu masa. Kalau Bandwidth Limit Exceeded muncul pada hari terakhir dalam bulan berkenaan dan hari hampir berakhir [12.00 malam], boleh tunggu dan tunggu sahaja, masuk hari baru dan bulan baru nanti, blog akan dapat dilayari seperti biasa. Bandwidth sudah kembali kosong [reset].

Ketiga tukar plan. Kalau blog semakin berkembang maju dengan trafik yang mencurah-curah masuk, adalah sangat baik untuk menukar plan hosting kepada yang lebih besar. Atau terus sahaja kepada pakej unlimited. Dah tentu masalah Bandwidth Limit Exceeded ini tak akan timbul lagi.

Keempat hosting gambar atau video pada penyedia hosting percuma. Klip video rasanya tak jadi masalah kerana hampir 100% berada di YouTube. Untuk gambar kita boleh cuba kecilkan saiz gambar atau uploadkan ke tempat lain. Mr Tehr sendiri sudah lama menggunakan picasa sebagai host gambar blog ini.

Empat cara yang boleh dibuat setakat yang Mr Tehr temui. Mungkin sekali masih ada langkah-langkah pilihan lain yang boleh dilakukan. Ada rakan blogger nak kongsi pengalaman? Mungkin kita sama-sama boleh mengelakkan trafik jatuh dengan teruk.

jatuh teruk

bandwidth limit tak siapa mahu
membuatkan hati banyak digaru
tetapi petunjuk sudahnya tentu
maksudnya blog semakin maju?

TehrDemikian kisah 'Bandwidth Limit Exceeded | Apa Boleh Kita Buat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


59 Comments

  1. kakyong says:

    yup betul.. itu lah asasnya.. sediakan duit.. bila trafik makin meningkat, tukor jer ke pakej hosting yg lebih besor… ade duit semua jadi.. ;)
    kakyong baru je tulis kisah Blog feed bermasalahMy Profile

    1. tehr says:

      dunia sekarang, kakyong
      semua pakai duit
      huhu

  2. takpe Tehr walaupun kehabisan duit asalkan ia kena dgn minat

    1. dnoBiz says:

      takpe Tehr..
      duit Nuff banyak lagi yang tak claim :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Hina Utusan – Utusan buat laporan Polis terhadap NameWeeMy Profile

      1. tehr says:

        dia dah bagi dah
        cukup2 je :D

        1. Kira self-paid la blog nie..
          Tak rugi ehhhh…. :D
          Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Wordless Wednesday #14 – Fastest Ever?My Profile

    2. tehr says:

      tu la pasal, shameel
      nasib juga sempat minta duit dengan nuffnang :D

  3. padin says:

    hehe bro amik pakej unlimited lah, takyah pikir bandwith limit lagi kui3..
    padin baru je tulis kisah Biarkan Ia BerlaluMy Profile

    1. tehr says:

      huh, rasanya tak sesuai lagi kot
      mahal dan banyak tu
      mungkin membazir saja nanti

      1. nurmisnan says:

        janga bazir bro… pakai mana ada dulu…

        Bro Padin dah makin naik.. hik3

        1. tehr says:

          hehe tu la pasal
          pakai je dulu tengok macam mana jadi

          1. kawe tak percaya bila bab unlimited ni…
            Bagus upgrade plan-plan ehhh.. ikut keperluan. Lagipun kalu company tu offer unlimited badwidht pd ramai pelanggan.. silap2 hangkang server dia.. bagus cari yg tak offer service cam nie.
            Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Why More People Prefer To Work From Home?My Profile

            1. tehr says:

              betul juga tu
              memang kena ambil perhatian ni

  4. Zulkbo says:

    salam..
    ermm..pengalaman mendewasakan..
    yang penting blogging mesti di teruskan..
    he he..
    Zulkbo baru je tulis kisah Obama Fried Chicken : Ayam Goreng ObamaMy Profile

    1. iwan delaroc says:

      traffik mencanak naik….
      iwan delaroc baru je tulis kisah Malaysia tanahair ku : take it or leave itMy Profile

      1. tehr says:

        huh, tak la juga, iwan
        terlebih sikit je tu

    2. tehr says:

      salam kembali
      dah tua2 ni rasa tak terkejar je nak hadapi ilmu baru, bro :D

  5. surihatiku says:

    tak per asal ada duit jgn byk cakp tambah je apa yg patut nti dok rungsing lagi heee..

    tahniah blog semakin maju kedepan.kami turut merasa gembra ;)
    surihatiku baru je tulis kisah Sayang Bertutup Itu Tetap IndahMy Profile

    1. tehr says:

      nuff bagi cukup2 je, suri :D

      1. nurmisnan says:

        Suri boleh sponsor kot… hik3

      2. surihatiku says:

        tehr ha kira dah dpt ar nuff tuh…kita jer lom dpt lagi :(
        surihatiku baru je tulis kisah Manusia Yang Tidak BertanggungjawabMy Profile

        1. surihatiku says:

          nur
          sponser hee..klu ada kuiz sapa yg mng blh gak jadi tukang sponser hee…sob..sob..msh tgu gaji ni nk bgi hadiah pada hot komen hee…

  6. dnoBiz says:

    Tehr..
    blog ni bukan dah tahap kena tukar plan tapi dah tahap wajib tukat dah :D
    Ps : aku rasa blog ni bukan masalah banyak fail yang besar tapi masalah ramai penggunjung
    dnoBiz baru je tulis kisah Hantu Pocong – Kelibat pocong atas bukitMy Profile

    1. Nuar Haruha says:

      Setuju dgn dinobiz wajib di tukar ke pakej yg baru.
      tehramuan.com ranking 779 malaysia :)
      Nuar Haruha baru je tulis kisah Pantun Teka-Teki — Makan Kuat, Kenyangnya Tidak?My Profile

      1. tehr says:

        ranking yang kadang naik, kadang turun
        huhu

    2. tehr says:

      kalau kena lagi bulan ni
      akau akan pikirkan, dno

  7. LadyBird says:

    nak tanya.. kalau blogspot biasa dia ade limit x?
    x phm sebenanrye..
    LadyBird baru je tulis kisah Kepentingan Air Liur Dalam PerubatanMy Profile

    1. Nuar Haruha says:

      @LadyBird – blogspot unlimited bandwith, cuma media storage (upload gambar) limit 1gb.

  8. ghost writer says:

    kurang arif dengan bandwidth limit exceeded.mungkin hanya bagi mereka yang biasa berhadapan dengannya saja.ok jugak untuk ingatan akan datang.boleh rujuk semula ke sini.
    ghost writer baru je tulis kisah representasiMy Profile

    1. tehr says:

      blogspot tak kisah, ghost
      ianya unlimited
      masalah ni untuk hosting berbayar je

  9. dinar says:

    Waah…tehr mmg pakar pantun la….pembayang BI pun jadi… Apa-apa pun tima kasih borkongsi info ini…tgh fikir2 nk pindah ke wordpress>>>

    1. tehr says:

      hehe
      aku guna teknik ‘hentam’ je tu
      nasib la kalau tak sesuai :D

  10. Jai says:

    Aku pernah kena 2 kali.. Pastu serik dah… Upgrade plan je…he3.. Time tu mmg sakit hatilah.. Maklumlah, sehari x jumpa blog macam nka gila.. Tgh bulan habis bandwidth mna tahan nak tunggu lagi setengah bulan baru boleh on9 balik…hu3
    Jai baru je tulis kisah Wordless Monday # TransformationMy Profile

    1. tehr says:

      sesuatu yang perlu dibiasakan, jai
      memang sakit hati dibuatnya

      1. surihatiku says:

        nk cam ner mmg bloh kita kuat makan bandwidth..tu kira mkn dia ar…

        klu kita manusia plk mkn nasi heeee
        surihatiku baru je tulis kisah Cara Menangani Mimpi Yang MenakutkanMy Profile

  11. LiFe KaMi says:

    bab bandwidth over limit ni yang tak best, mula la internet slow mcm siput..
    selalunya bila kami terlebih download.. pakai broadband yg hanya 5G je mmg tak dpt byk kepuasan..
    bila terjadi pada kami tgu le next bil payment..huhu
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Baby Walker CuteMy Profile

    1. tehr says:

      broadband pun boleh jadi juga tu
      aku pernah gak alaminya
      memang mati akal dibuatnya
      huhu

  12. Pacifista says:

    wah…sampai tak cukup bandwidth ko bro?dahsyat…
    Pacifista baru je tulis kisah September 11: 10 Rakan Blogger Pacifista Paling Ramah…My Profile

    1. tehr says:

      terlebih sikit je, bro

  13. adele says:

    yg parahnya kalau exceeded tgh2 bulan..nak tunggu tu yg merana..masa tu lah duit memainkan peranan yg paling penting..huuu..apapun, kita boleh jimat bandwidth dgn mengecilkan saiz apa2 yg patut :D
    adele baru je tulis kisah 5 Benda Yang Aku Nak Sangat Dalam Masa Terdekat NiMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tengah bulan
      memang kena ambil cuti la, adele
      tu pun kalau sanggup :D

  14. faizul says:

    Yang saya pasti, elakkan letak pic yang bersaiz besar dan minimumkan saiz gambar tu. Ataupun guna gambar dari hosting lain mcm yang saudara bgtau di atas tu. Itu je pun yg saya tau.
    faizul baru je tulis kisah Menukar Gambar Moden Kepada KlasikMy Profile

    1. tehr says:

      saya juga baru tahu, faizul
      kalau tak kena, tak ambil tahu pun :D

  15. zik says:

    ada perasan juga hari tuh… nak ke blog nie..tengok2 dah lebih bandwidth …. kalau dah hujung bulan.. tak payah topup lah..tapi kalau baru pertengahan bulan dah limit.. kena topup..
    zik baru je tulis kisah Rusa vs Kucing Vs Anjing (yang tak bersalah)My Profile

    1. tehr says:

      kalau di pertengahan bulan, memang parah la nak tambah duit

  16. akubiomed says:

    Buat masa ini belum pernah mengalami masalah bandwith kerana blog tidak famous pun. Ha..Ha…
    akubiomed baru je tulis kisah Insuran pelik selebriti baratMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun hanya baru sekali je, bro
      mungkin terlebih sikit je tu

  17. eiela says:

    oo patutlah beberapa hari lepas masuk tengok keluar website lain, hilang dan bandwitch dah limit rupanya.
    eiela baru je tulis kisah Awet Muda Dengan SenyumanMy Profile

    1. tehr says:

      itu la yang berlaku, eiela
      satau pengalaman yang amat berguna buat saya

  18. yas says:

    He3x!! Minggu ni dah ader 2 org blogger yg dok terkene ngan isu nih…maknanya bro tehr kene up grade la tu…:)
    yas baru je tulis kisah Teks Ucapan Raja Dr Nazrin – Persidangan Kongres Majlis Agama Islam Negeri 2011My Profile

    1. tehr says:

      mungkin juga, yas
      tapi kena tengok la dulu bulan ni macam mana

  19. Cik Siti says:

    tak pernah kena sebab blog Cik Siti tak ramai yang sudi singgah… blog yang tak beberapa glamer…
    Cik Siti baru je tulis kisah MISS U….My Profile

  20. titan says:

    tak lama lagi leh la apply innity plak. hehe..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 25 dari Paid-to-Promote.netMy Profile

  21. aibat says:

    blogspot pun bandwitdh blh exceed ke ek..x pernah amik tau pun psl benda ni…:)
    aibat baru je tulis kisah Jalan-jalan Di Bukit Tinggi, PahangMy Profile

  22. bEe says:

    Mana2 aje nak kena RM kan cikgu
    hukhukhuk

    takpe, asalkan semuanya okey ;)

    1. tehr says:

      kalau semua kena duit
      lama2 jadi tak ok gak, bEe

  23. Mus says:

    kenapa gambar dalam blog ni ada tanda !
    Mus baru je tulis kisah Nirvana Memorial Park Di Bukit GilingMy Profile

  24. [...] pengunjung, pengomen dan pemberi trafik di blog tehramuan ini. Bulan lepas blog ini mengalami Bandwidth Limit Exceeded sebanyak dua kali. Terima kasih kepada rakan blogger serta pengunjung yang menghabiskan bandwidth [...]

  25. Juan says:

    hari ini saya terkena, dan search kat google jumpa mr tehr punya blog, wah first page tuh, hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun