Baju Tak Ada

lelaki
bila dia kata
baju tak ada

maksudnya memang nyata

bajunya tak ada
atau dia cari tak jumpa
dalam almari atau di dalam raga

wanita
bila dia kata
baju tak ada

maksudnya berbagai cerita

baju batik berbunga tak ada
baju sesuai untuk majlis tak ada
baju sama warna beg tangan tak ada

atau mungkin saja hatinya sedang berkata
baju baru tak ada!

TehrDemikian kisah 'Baju Tak Ada' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. onlajer® says:

    oh baju takdelah nak pakai buat dating malam ini hehehe
    onlajer® baru je tulis kisah Kerajaan Kempen Anti Rokok Mu GagalMy Profile

  2. kikiki…

    lelaki kalo cakap baju takde, maksudnya malas nak carik…

    perempuan kalo cakap baju takde maksudnya memang takde!

    haha!
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah Ini boyot bukan pregnantMy Profile

  3. titan says:

    tu lah. orang perempuan..susah betul nak percaya..

    dah kata tak ada, tak ada la..
    titan baru je tulis kisah Rabbit comel.My Profile

  4. Betul tu, saya setuju. Kalau laki baju takda memang betul-betul takda sebab tak basuh lagi.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Hutang Majlis Kahwin, Antara Adat dan DarjatMy Profile

  5. maza says:

    wakakaka. . .

    memang sebonarnyo lah.. hahaha

    wanita, banyak sangat maksud tersirat eh…
    maza baru je tulis kisah Sup Telur dan Aiskrim KacangMy Profile

  6. akubiomed says:

    Kalau baju batik tak jumpa macam mana tuh bro Tehr?
    akubiomed baru je tulis kisah Churpremiere menonton Walking With Dinosaurs 3DMy Profile

  7. papa mifz says:

    den biasa cari baju kadang2 tak jumpa , berulang cari tak jumpa…bila isteri tolong carikan jumpa pulak…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Tempat Menarik di TerengganuMy Profile

    1. suri says:

      itu tanda suami dan anak nak bermanja dan minta perhatian..sedangkan masing masing sudah dewasa tahu jer nak cari heee
      suri baru je tulis kisah Hadiah Menyegat Cara Membuat Bun Pau Dan Pizza Dengan Selamber JerMy Profile

  8. suri says:

    dah biasalah carikan baju atau seluar kecik ahaks
    suri baru je tulis kisah Check OutMy Profile

  9. hafiz says:

    Betullah kata bro tu macam saya juga hihihi
    hafiz baru je tulis kisah Komisyen pertama dari AshadeeMy Profile

  10. Rina says:

    Hihihi… saya senyam senyum sendiri membacanya..
    Bagi wanita jika bilang baju tak ada sama dengan minta belikan baju baru :)
    Rina baru je tulis kisah Basic Tutorial : PHP If Else Statement With Multiple ConditionsMy Profile

  11. dja@sishaza says:

    Ahak ahak ahak …… saiz bertambah, memang laa baju tak ada :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah BORANG PERMOHONAN BR1M 2014My Profile

  12. Hafizul says:

    Hahahaha..sama lah ngn my wife nih..kahkahkah
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Kelima Dari Panduan Menjahit BajuMy Profile

  13. ajumohit says:

    heheheh realiti kehidupan, asam garam yang menyerikan keharmonian rumahtangga

  14. kakiblog says:

    wah!..saya suka entri begini..
    kakiblog baru je tulis kisah Review Blog Khairulasrol.comMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Dari Terengganu melulu ke mana,
      Mendung menanti hujan menitik;
      Entri Cikgu selalu bermakna,
      Terkandung inti maknanya cantik.
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Suami…..My Profile

  15. Lyn™ says:

    Cari dalam bakul baju, confirm ada dan masih belum berlipat haha.
    Lyn™ baru je tulis kisah Soldier of fortuneMy Profile

  16. AUC says:

    yg sengaja cari masalah
    sengaja buka baju
    x pasal2 dapat kad :)
    AUC baru je tulis kisah Ayah Perokok, Si Anak Bakal Mengidap Penyakit KeturunanMy Profile

  17. UmmiKami says:

    As salam Cikgu, tak jumpa seminggu… :)

    Tauhu dijaja limau digalas,
    Stokin berbunga bunga seroja;
    Tidak mahu sengaja atau malas,
    Mungkin juga hendak bermanja.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Suami…..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun