Bahaya

AWAS! ALAM BENGKANG BENGKOK

Usah berangan nak jumpa kenyataan tu kat mana-mana. Memang tiada! Itu hanya sekadar rekaan Mr Tehr sahaja. Cuti penggal persekolahan minggu lepas, Mr Tehr ada mamandu hingga ke Melaka, banyak papan tanda jalan raya yang Mr Tehr jumpa untuk mengingatkan pemandu agar sentiasa berwaspada. Di internet ni payah pula Mr Tehr nak jumpa sebarang papan tanda.

pandu cermat di jalan rayabahaya
malang tiba amaran tiada
berhati-hati di alam maya
syaitan bisu boleh berkata

di jalan raya kita memandu
usah nanti terlanggar lembu
di alam maya mencari ilmu
waspada bila bertanya guru

banyak musuh di jalan raya
copet ragut pembunuh juga
banyak hiasan di alam maya
untung tiba rugi menjelma

Keasyikan dan kelekaan menjadikan alam maya sama bahayanya dengan jalan raya malah mungkin lebih bahaya. Ada yang kerugian wang ringgit, harta benda dan kehilangan maruah diri kerana penipuan di internet. Tertipu dengan email, mesej dan berbagai kenyataan yang kabur. Rugi kerana masa yang terbuang begitu sahaja jangan nak cerita lagi. Memang banyak.

Tak salah kalau berfacebook tetapi segala tugasan perlu disiapkan terlebih dahulu. Juga tak salah online sepanjang hari tetapi solat perlu disegerakan. Pendek kata segalanya perlu ada jadual, perlu ikut jadual. Perlu ada peraturan dan perlu ikut peraturan. Tak gitu ke?

TehrDemikian kisah 'Bahaya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


41 Comments

    1. tehr says:

      ramai yang ada jadual, tapi tak ikut
      memang cari masalah tu

  1. wadud says:

    hehehehe..
    hebat.. menarik pantun ko bro..
    tak slaah ber facebook.. ^_^

    1. tehr says:

      memang ak salah
      asal saja tahu kat mana pagar
      dan kat mana lubang
      hehe

  2. ghost writer says:

    samseng jalanan mungkin masih wujud lagi..kena lebih alert dengan persekitaran jalanraya..silap langkah jadi mangsa.
    ghost writer baru je tulis kisah utilitarianMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      terutama sesiapa yang suka buat perjalanan sebelah malam
      kalau nak berhenti rehat tu, tengok2 tempat la, kan?

  3. Macamana nak buat papan tanda di alam maya ni Tehr?
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Tips to get adsense approved in one dayMy Profile

    1. tehr says:

      ntah le, sis
      kat mana la nak pacak tiangnya :(

      1. Ingatkan Tehr tau…. hihiihi…. :D
        Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Copypaste BloggerMy Profile

        1. tehr says:

          saya ni,
          kadang2 tahu tulis je, tak tahu baca
          kadang2 pulak tahu baca, tak tahu tulis :D

          1. yusri says:

            wah apa maksudnya
            tahu tulis tak tahu baca
            tahu baca tak tahu tulis tu?
            yusri baru je tulis kisah Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1MalaysiaMy Profile

            1. tehr says:

              aku nak tulis macam ni tadi…
              kadang2 kita sendiri gagal memahami apa yang kita tulis
              ada ketikanya pula kita gagal menulis kembali apa yang kita faham/baca
              hehe

  4. shameel says:

    paling berbahaya ialah kesesatan yg disebarkan di alam maya( terutamanya facebook). Rahsia Tarikh Lahir yg bercanggah dgn akidah disebarkan atas alasan suka-suka
    shameel baru je tulis kisah Wordless Wednesday- Bot NelayanMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, shameel
      situasi suka2 memang banyak yang merosakkan
      lepas tu cakap pulak jangan percaya
      dah jelas salah, kan?

  5. jangan berumah di tepi pantai
    kalau takut dilambung ombak
    diri khuatir menjadi lalai
    sebab tu facebook TE tak bukak

    (ops sori rosak pantun he)
    tengkorak emas baru je tulis kisah Windows 8 on Windows XPMy Profile

    1. tehr says:

      dipukul ombak perahu ke lombok
      patah dayung hanyut ke muara
      aku memang mempunyai facebook
      membukanya hanya sekali sekala

  6. zulkbo says:

    salam..
    setuju sangat..
    berpadalah dan bersederhanalah
    dalam segala urusan anda..moga
    di permudahkan..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Penyakit Jantung – Petua Ringkas Menghindari Serangan Jantung Pada LelakiMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      amin. amin

  7. padin says:

    hanya sekadar memeriahkan je alam maya ni
    kalau terlalu ghairah padah nanti hee

    1. tehr says:

      memang akan jadi parah, bro
      kat internet ni macam2 ada :D

  8. sayacomel says:

    banyak betul ye jalan bengkok-bengkok nih..hehe..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Sangat – Aksi beruang panda comel dan kiutMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      memang berliku dan banyak lubang

  9. kaizen says:

    memang bahaya kalau tak control~ hehe
    kaizen baru je tulis kisah BeBeRaPa PeRKaRa YaNG aKu TaK PeRNaH FaHaM PeReMPuaNMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      mesti tahu tekan brek juga tu

  10. Cik Siti says:

    dalam tersurat ada tersirat… kalau salah lorong tidak kira di mana saja malah dalam kehidupan pun kita boleh accident…
    Cik Siti baru je tulis kisah Berbanggalah dengan diri sendiriMy Profile

    1. tehr says:

      ada yang accident dengan diri sendiri
      memang parah :D

  11. akubiomed says:

    Pergi ke kedai membeli kari
    Kari dibeli bersama beras
    Lebuh raya maya sangatlah deras
    Silap dedah tergadai diri

    Rajuk diri membawa ke Lombok
    Barang yang hilang tiada pengganti
    Galak sangat bermain Facebook
    Tiada lampu merah untuk berhenti
    akubiomed baru je tulis kisah Keputusan Maharaja Lawak AkhirMy Profile

    1. tehr says:

      barang hilang tiada kembali
      cubalah cari barang baharu
      lampu merah kena berhenti
      jangan hanya tahu nak laju

  12. Setuju dgn semua kata-kata dan pantun-pantun di atas bro…. well said!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Malaysia Lwn LubnanMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 tak ada yang salah
      atau salah faham

  13. Mus says:

    dahulukan mana yang wajib dahulu…
    Mus baru je tulis kisah Wow! Kereta Myvi BaruMy Profile

    1. tehr says:

      betul3X

  14. Mr Rileks says:

    sokong2… skrg nie mmg bahaya.. tepuk dada tya selera…

    p/s: 1st terjah kat cni… :)
    Mr Rileks baru je tulis kisah Kedai 1 Malaysia Jual Spender 1 MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      terlalu ikut selera memang bahaya tu, bro

      selamat berkenalan :D

  15. Chipcoklat says:

    Pergh…dah rase macam ade kat zaman Hang Tuah pu ade.. dah berpantun2 plak ni..chip tak pandai la nak pantun2..

    ape yang chip bleh cakap.. Berhati2 lah kedua2 alam tersebut. Alam nyata ngan alam Maya.. Jangan jd dua alam sudah..
    Chipcoklat baru je tulis kisah Transfomer GirlMy Profile

    1. tehr says:

      tak tau pantun pun tak apa, chip
      redah je :D

  16. Hadi Rofiee says:

    Pengaruh FB sangat kuat. Kadangkala hendak kemaskini blog juga boleh terganggu.

    Namun begitu, blog mesti didahulukan. Alasannya mudah, jika orang melakukan carian di enjin pencari, adakah FB yang akan ditemui?

    Semoga jawapan ini memberi semangat kepada para rakan blogger. ;-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Menulis matlamatMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, hadi
      kadang2 kita jadi keliru mana yang perlu didahulukan
      memang perlu awas selalu

  17. Ali ridha says:

    Tahun lepas ada ambil orang suruh buat
    rekabentuk tema wordpress premium.hingga
    ke hari ni tak siap.bila intip di facebook bukan
    main lagi tulis pada dinding setiap masa.

    1. tehr says:

      wah, dah lama juga tu, bro

  18. bEe says:

    Kreatifnya cikgu tehr beringat2 dlm pantun :-)
    Mcm mana ek nak dpt ilham mcm cikgu ni??? bEe tak dpt nak buat pantun walau dlm seminit pun… huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun