Bagaimana Nak Saman Ekor

Sebahagian dah lepas, tinggal sebahagian lagi perlu dihadapi. Perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia menang 3 gol. Perjalanan penyokong pergi balik ke stadium pun rasanya baik-baik saja tanpa apa-apa berita kemalangan serius. Atau ada yang dapat surat saman? Cuba-cuba la periksa, mana tau dah dapat saman ekor pula.

Cuti-cuti Malaysia kami di Sarawak juga sebahagiannya dah berlalu, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kembali ke kampung halaman. Sesi persekolahan 2011 pun akan bermula beberapa hari lagi.

jauh perjalan luas pemandangan
banyak membaca luas pengetahuan
ramah dan mesra bertambah kawan
sertakan manis di dalam senyuman

tiada nombor pendftran
saling berkunjung itulah adat
saling berziarah itulah ibadat
berkirim salam kiranya dekat
kalau dah jauh berkirim surat

garisan kembar tiga
tegur menegur amalan mulia
caci mencaci sikap yang hina
sentiasa berpesan sesama kita
sifat berdengki jangan dicuba

Perjalanan kami pulang ke Kuching dari Sibu tidak lagi menggunakan bas. Kami menaiki Innova yang dipandu oleh Shima, anak kedua kakak ipar aku. Biar pun umur masih muda tetapi sudah boleh diharap dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Maklumlah bakal seorang juruterbang. :D Insya Allah.

Gambar hiasan yang disertakan aku ambil sewaktu perjalanan kami dari Sibu ke Kuching. Sebuah lori tanpa nombor pendaftaran dan garisan kembar tiga pada sebatang jalan. Nak saman ekor macam mana kalau tak ada nombor pendaftaran? Nampak macam tak ada ekor pulak. :D

TehrDemikian kisah 'Bagaimana Nak Saman Ekor' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


44 Comments

  1. cikmin says:

    bakal juruterbang lagi tu…salute lah! teh ada beli terubuk sarawak untuk cikmin tak?
    cikmin baru je tulis kisah Pancake Coklat HersheysMy Profile

    1. akubiomed says:

      Pasal pilot teringat naik twin otter semasa di Sarawak boleh nampak pilot handle cockpit
      akubiomed baru je tulis kisah Cokelat sedapMy Profile

      1. tehr says:

        pengalaman yang mengecutkan perut tu
        aku paling kecil naik foker f50 [kalau tak silap]

        1. hafizmd says:

          aku mmg tak sanggup naik yg kecik2 ni…yg besar2 tuh ok…
          hafizmd baru je tulis kisah 10 fakta menarik Malaysia lawan Indonesia…My Profile

          1. suri says:

            teringin naik naik kapal tebag..ikutkan tiap2 mgu slu ke klia teman en suami amik pkja asing..

            hai bilalah dpt naik huuuu

            1. tehr says:

              eh, elok sangat dah tu
              naik je pergi p.pinang ke, kota bharu ke :D

    2. tehr says:

      belum beli satu apa pun lagi, cikmin :D

    3. gayahspears says:

      hahaha.. cimin sempat lagi tu :( nk ikan terubuk jugak…

  2. etomyam says:

    lori hantu menghantui jalan berhantu kot huhuhu
    etomyam baru je tulis kisah Senarai Filem Melayu 2011My Profile

    1. tehr says:

      tak tau la lori tu dari mana nak ke mana
      dari lubuk antu?

  3. akubiomed says:

    Lori hantu raja jalanan. Tak kira apa kenderaan semuanya kerdil bagi mereka
    akubiomed baru je tulis kisah Cokelat sedapMy Profile

    1. tehr says:

      jenis yg tak makan saman ni

      1. hafizmd says:

        itulah.kalau jenis tak makan saman..mmg susah nk saman ekor…hehe
        hafizmd baru je tulis kisah 10 fakta menarik Malaysia lawan Indonesia…My Profile

        1. tehr says:

          ekor pun tak ada
          nak saman macam mana, bro? :D

  4. zulkbo says:

    salam..
    nampak klasik je
    jalan di sana ye..?
    zulkbo baru je tulis kisah Penyakit Sendi KesihatanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      jalan yang masih sempit dan berliku
      tapi tak juga teruk sangat

  5. Afiq Bukhari says:

    1st time tengok line kembar tiga haha
    Afiq Bukhari baru je tulis kisah MALAYSIA BOLEH! 3-0!My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, afiq
      nasib juga sempat capai kamera
      apasal la mereka letak 3 line

      1. sangilapi says:

        syhhh….3 line cakap slow-slow sikit :)

        tertanya-tanya jugak,dorang silap buat ke?
        sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

        1. tehr says:

          memang sangat menghairankan :)

  6. belalang says:

    brani betul lori tue x de nombor plat…
    mcm dah biasa jer?
    belalang baru je tulis kisah Final AFF Suzuki 2010 Ke-2 Tetap Di IndonesiaMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      jalan raya aku yang punya

  7. mie says:

    eh!!!
    xde no pendaftaran…
    ide ybg baik utk elak disaman..
    heheee
    mie baru je tulis kisah Ujibakat Akademi Fantasia 9My Profile

    1. tehr says:

      kalau saman ekor, memang boleh lepas, mie

  8. Norgadis says:

    Tak dapat nak saman ekor, kita saman kepala je lah hehehe…
    Norgadis baru je tulis kisah Reunion Ex-SMK Labuan 1988My Profile

    1. tehr says:

      ekor lembu dimasak sup
      kepala kambing masak kari
      bayar saman duit tak cukup
      rela terpaksa sakitnya hati

  9. Ali ridha says:

    untung naik kapal terbang
    tak kena saman.
    Ali ridha baru je tulis kisah Tukar Permalink ke SEO htmlMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      jangan2 juruterbang lagi teruk kena saman :D

  10. Ali ridha says:

    sifat pentingkan diri sendiri
    semasa memandu.
    Ali ridha baru je tulis kisah Tukar Permalink ke SEO htmlMy Profile

    1. tehr says:

      kebiasaan orang2 kita :)

      1. suri says:

        dah tergadah barulah sedar.. tu smeua tak berguna lagi..

  11. padin says:

    keh3 betul jugak kan, xde no plat, camne nak saman ekor keh3..
    lori hantu camni memang banyak agaknya di sana..
    padin baru je tulis kisah Entry TerbaikMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya tak banyak, bro
      sepanjang perjalanan dari sibu ke kuching kami hanya jumpa yang ini je
      tak tahu datang dari mana :D

  12. Cik Siti says:

    bahayanya lori tanpa plat… kalau nak buat aduan pun tak boleh… nak saman pun tak tahu apa no plat dia
    Cik Siti baru je tulis kisah Belajar PetuaMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak boleh disaman jenis yang tak makan saman

  13. suri says:

    apalah dema ni byk cam jln raya dia punya jer.. dema mmg tak patuhi undang2 lansung huuu..

    adakah undang2 jln raya kita tidak ketat?/

    1. tehr says:

      ikut tempatkah?

  14. Ismail N says:

    Ni baru betul2 lori hantu. Nombor pendaftaran pun tiada. Gile betul!

    1. tehr says:

      kalau hantu tengok pun hairan :D

  15. sud@is says:

    lori hantu?…
    line kembar tiga pun ada? ..
    1st time aku tengok ni….
    kat sini ada ka…
    sud@is baru je tulis kisah Cara Memberi Salam Yang BetulMy Profile

    1. tehr says:

      macam2 benda pelik ada dalam malaysia kita ni…

  16. gayahspears says:

    ehem2.. nk buat pengakuan berani mati nie.. kadg2 Gayah pon camni jugak tp tgk la jalan tu kalo byk kenderaan tak berani nk potong double line..huhu

    1. tehr says:

      jangan buat kerja bahaya tu, gayah

  17. decrewz says:

    Saman ekor ni kadang2 problem jugak bila org lain yang guna no kita..ades..

    p/s : dengar citer, saman ekor akan dimansuhkan. betul ke?
    decrewz baru je tulis kisah Buffered Earning Yang ke-4My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun