Bagaimana Nak Karang Pantun 6 Kerat

Macam mana cara aku menulis pantun korang semua dah tahu, kan? Aku tulis maksud pantun terlebih dahulu. Tak kira la pantun 4 kerat, pantun 6 kerat atau pantun 8 kerat. Caranya sama sahaja, tulis maksud pantun dulu.

nekbatKali ini aku tunjukkan bagaimana cara aku karang pantun 6 kerat. Ingat. Tulis maksud pantun terlebih dahulu iaitu baris ke 4, 5 dan 6. Pembayang pantun akan ditulis kemudian. Aku ambil tema bazar ramadhan.

1 – x
2 – x
3 – x
4 – Setiap hari ke bazar ramadhan,
5 – Membeli kuih membeli juadah,
6 – Buat hidangan waktu berbuka.

Begitu contoh maksud pantun yang mahu dibuat. Perhatikan rima akhir pada baris ke 4, 5 dan 6 di atas. Ada bunyi ‘_an‘, ‘_ah‘ dan ‘_ti‘. Sekarang apa yang perlu ialah kita bina baris pertama, kedua dan ketiga yang ada rima akhir yang sama dengan baris keempat, kelima dan keenam.

Isi cerita pembayang pantun boleh dipilih ikut suka hati korang. Tapi semoleknya dari unsur alam. Begitu kata pendeta lama. :D

Rumpun keladi di sudut taman,
Pokok sirih junjungnya patah,
Bunga kantan cantik berseri;
Setiap hari ke bazar ramadhan,
Membeli kuih membeli juadah,
Buat hidangan berbuka nanti.

Sekarang korang tahu bagaimana cara menulis pantun 6 kerat. Rima pantun enam kerat ialah a, b, c; a, b, c seperti pantun 4 kerat yang biasa juga.

Selamat berpantun, selamat berbuka dan selamat beramal untuk semua.

TehrDemikian kisah 'Bagaimana Nak Karang Pantun 6 Kerat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. suri says:

    susahnya cikgu aduh garu kepala terus-terus ini

  2. suri says:

    saya suka rima hujung semua sama..

    menjahit baju bersenam si kaki
    sekali tekan mesin laju bukan main lagi

    atau ada hujung rima dia berselang2 heee

    suri suka makan ayam
    makan ayam menyorok dalam almari
    bapa aku bukan tokeh jual bayam
    tapi kalau buat gorengnya bayam enak sekali

  3. suri says:

    sori ar cikgu nampak gayanya exam pantun 6 kerat paper kali ini gagaL lgi huaaa.. :”(

  4. onlajer says:

    Nak kena asah juga lah buat pantun nih hehe
    onlajer baru je tulis kisah Kadar Zakat FitrahMy Profile

  5. dja@sishaza says:

    Angkat bendera putih awal2 lagi…somehow kelas belajar berpantun mcm ni elok juga diadakan,sekurang-kurangnya tak le buta pantun nanti :)

  6. Zuan says:

    laaaa trick dia kena tulis maksud dulu ke? dari dulu aku tak paham2 macam mana diorng buat pantun.. eh kalau pantun secara spontan? tengok ramai terer bab tu
    Zuan baru je tulis kisah Nostalgia Kerepek Pisang YatiMy Profile

  7. daddydee says:

    Terima kasih cikgu.
    Saya dari budak sampai loni dok belajar pantun tapi tak reti. Jeles juga tengok cikgu dan ummi dok pantun je….
    daddydee baru je tulis kisah Belajar SEO : Tak Tahan Godaan Kitab SEO Merah JambuMy Profile

  8. cikgu naman says:

    Pergi ke pasar mencari sukun
    Sukun dijual di kedai Mek Som
    Tak lupa dibeli sepapan petai
    Kalau hendak belajar berpantun
    Datanglah ke tehramuan dot com
    Santai habis in sha Allah pandai

    Berapa markah saya dapat cikgu???hihi
    cikgu naman baru je tulis kisah Melayu BolehMy Profile

  9. akubiomed says:

    Pantun 6 kerat. Setakat ini pantun 4 kerat tak lepas lagi malu sungguh untuk diri sendiri.

  10. titan says:

    hoho..macam-macam jenis pantun ekkk..
    titan baru je tulis kisah Apa itu MyKad Smart Shopper?My Profile

  11. tentu kreatif betul org dulu2 yg memulakan pantun nie..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Nak Hadiah & Duit Raya Tak? Jom Sertai Kuiz ‘Saya suka baca blog hairul.com kerana…….’My Profile

  12. Hafizul says:

    Emm bro ni cikgu pantun ke?nampak mcm cikgu pantun pulak..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Tips Semasa – Cinta Itu Luar BiasaMy Profile

  13. babycomel says:

    Dah lama tak berpantun 6 kerat. yang 4 kerat pun terangkak-rangkak lagi =) sat nak fikir jap pantun pe nak buat ni
    babycomel baru je tulis kisah Baju Melayu Aaron Aziz Di Jakel Seluruh MalaysiaMy Profile

  14. Dah lama dah tak berpantun ni, nanti kena ambik masa dulu untuk berfikir, sekarang ni hari-hari penat bekerja.
    Obsolete Coin baru je tulis kisah British Trade Dollar HistoryMy Profile

  15. de engineur says:

    tapi dlm pirpng tu ada 5 bijik aje? hehehe
    de engineur baru je tulis kisah 5 Tips for Securing Your Wireless NetworkMy Profile

  16. AUC says:

    hisss memang bukan jiwa AUC tapi suka baca :)
    AUC baru je tulis kisah Malaysia vs Chelsea 2013 Live StreamingMy Profile

  17. eiela says:

    pantun enam kerat agak fail sikit, kot 4 kerat senang sikit. kena asah balik memori nih dah lama tinggal belajar.
    eiela baru je tulis kisah Kelebihan Kitab Teknik Seo Merah JambuMy Profile

  18. Lynn says:

    Ramadan menjejak minggu ke dua
    Tarawih datang, singgah dan lalu
    Ingatlah budi, ingatlah hati, ingatlah mati
    Pembayang moden menceria suasana
    Laman tehramuan.com selalu mengamit rindu
    Mencari kualiti disekian banyak kuantiti
    Lynn baru je tulis kisah AnisRahim cari Lynn Munir di Google PlusMy Profile

  19. Ismail N says:

    Mau kerat dengan pisau ker bro? :wink:
    Ismail N baru je tulis kisah Sabah State Library E-BooksMy Profile

  20. luthfi says:

    menurut saya bagus yang 4 kerat,
    luthfi baru je tulis kisah Kegiatan untuk demensiaMy Profile

  21. QZ92 says:

    Menarik. sekarang baru tau camne nak karang pantun 6 kerat. dulu main taram je asalkan boleh jalan
    QZ92 baru je tulis kisah Senarai Jawapan Guess The EMOJIMy Profile

  22. umi says:

    Sakit kepala pikir pasal pantun 6 kerat..aduiii
    umi baru je tulis kisah Set Penyusuan Shaklee Terlajak LarisMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun