Bagaimana Mahu Tukar Unit Ukuran Dalam MS Word

Bila Microsoft Word 2007 memaparkan ukuran seperti margin, saiz imej dan saiz muka surat dalam inci, masalah mula timbul. Senyum pun dah nampak kelat.

Bagaimana mahu menggunakan MS Word dalam ukuran metrik?

Kaedah ukuran dalam MS Word ini boleh ditukar dengan mudah. Jangan susah hati. Hanya dengan beberapa kali klik sahaja, kita sudah boleh senyum berbunga-bunga.

Cara Tukar Unit Ukuran Dalam MS Word

margins, image size, page size


word-options

Langkah 1

Buka Microsoft Word dan klik pada butang Office, di sudut atas kiri tetingkap aplikasi dan klik butang Word Options.


advanced

Langkah 2

Pilih Advanced daripada kotak dialog “Word Options” yang terbuka.


measurements-units

Langkah 3

Scroll ke bawah untuk paparan kumpulan dan klik pada menu drop-down dilabel “Show measurements in units.” Klik butang kecil dan buat pilihan yang dikehendaki sama ada unit Inches, Centimeters, Milimeters, Points atau Picas.


Siap dan klik “OK” untuk menetapkan pilihan.

Burung tempua berkejar-kejar,
Turun berlaga di Padang Kota;
Orang tua kembali nak belajar,
Ilmu yang lama banyak terlupa.

Ada rakan-rakan guru yang melanjutkan pelajaran dan mahu buat tugasan dengan ukuran dalam unit sentimeter, bukan dalam inci. Harap-harap mereka dapat menukar unit ukuran pada komputer masing-masing mengikut apa yang dikehendaki.

Selamat belajar.

TehrDemikian kisah 'Bagaimana Mahu Tukar Unit Ukuran Dalam MS Word' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. hafiz says:

    Jarang buat ni dalam words…
    hafiz baru je tulis kisah Rujukan peperiksaan online PTD 2014My Profile

    1. suri says:

      selalu guna excel sahaja. boleh rupanya
      suri baru je tulis kisah Ada Hantu Bungkus Sayur Dalam Peti Ais Kami? Tidak!!My Profile

  2. titan says:

    dah lupa la plak.

    selalu main congak-congak aje..
    titan baru je tulis kisah Komisen ketiga dari MobicowMy Profile

  3. ringantangan says:

    Setting begini kekadang meraba-raba tercari-cari macamana nak buat, sebab jarang buat, lalu terlupa.
    Terima kasih kerana mengingatkan. :)
    ringantangan baru je tulis kisah Kepulangan Jemaah HajiMy Profile

  4. Bertahun lama guna Word tak pernah tahu pun. Terima kasih bro
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Jadual PIKOM PC Fair 2014 Siri 3My Profile

  5. Cik Siti says:

    Dah lama En Tehr menyepi…

    pembelajaran yg berguna… Terima Kasih

    Tanah dibendang menanam huma,
    Tempat burung saling memikat,
    ilmu baik dikongsi bersama,
    Kian manfaat kian berkat.
    Cik Siti baru je tulis kisah Tutorial Blog: Assalamualaikum di setiap postMy Profile

  6. Lyn™ says:

    Saya kena bookmark entri yang ni. Terima kasih cikgu.
    Lyn™ baru je tulis kisah Tersampuk trend abang sadoMy Profile

  7. akubiomed says:

    Lebih suka guna ukuran metrik SI. :)
    akubiomed baru je tulis kisah Cara pantas setting modem tp-link tdw8961ndMy Profile

  8. Hero Borneo says:

    .terima kasih kerana berkongsi..biasanya jarang guna
    Hero Borneo baru je tulis kisah Tip Mudah Menerbitkan Entri BlogMy Profile

  9. suri says:

    baik cikgu kami sedia catatkan
    suri baru je tulis kisah Kecantikan Kerana Maruah Dan Hujung KainnyaMy Profile

  10. suri says:

    tak pernah masuk kelas atau kursus excel masa belajar sendiri sahaja masuk kolej baru belajar lebih sikit rasa ilmu perlu tingkatkan sekarang bila sudah tahu kita tak ada rasa malu lagi
    suri baru je tulis kisah Ada Hantu Bungkus Sayur Dalam Peti Ais Kami? Tidak!!My Profile

  11. dja@sishaza says:

    Perkara yang mudah tapi memang tak ketahui jika kita jarang berhadapan dengan masalah berkaitan .
    dja@sishaza baru je tulis kisah REDIANZE LAH PULAK !My Profile

  12. owh ada rupanya camtu ya. terima kasih atas info. selalu guna excel je kalau nak buat camtu.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Cara Semulajadi Tegangkan Kulit MukaMy Profile

  13. Adam says:

    OK, tak pernah ambik port pun sebelum ni. Dah terbiasa dengan inci kot.
    Adam baru je tulis kisah Asal Usul Tepuk PengakapMy Profile

  14. baru tahu caranya.. bljr ms word tp nak guna pun masih hentam kromo lagi hihi :)

  15. Manan Qayyim says:

    biase la tu… ilmu Tuhan tu kn luas.
    tak kira umur, semue boleh belajar…
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Jom Undi Manan dalam Papa John’s Pizza Box CompetitionMy Profile

  16. sobri mansor says:

    hehehe. saya hentam je. tak tengok ukuran ape. janji jalan terus. hehe
    sobri mansor baru je tulis kisah 5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizilMy Profile

  17. Hafizul says:

    Hahahaha..terbaiklah…saya sendiri pun tak pandai nak tukar dalam ni..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan ke-18 Panduan Menjahit BajuMy Profile

  18. Saimi Ramlan says:

    Perkongsian terbaik. Saya selalu main godeh-godeh sampai berhasil.
    Saimi Ramlan baru je tulis kisah Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  19. kusnendar says:

    Assalamualaikum Wr Wb, salam kenal dari saya :-). Thanks you for article
    kusnendar baru je tulis kisah Cara Membuat Logo Desain Stempel di MS WordMy Profile

  20. Alongxp says:

    walaupun saya orang IT, pandai buat laman web, pandai edit video, pandai photoshop, agak pandai linux, tapi bila sampai kat microsoft office, saya angkat bendera putih… ngaku kalah hehehe
    Alongxp baru je tulis kisah kenapa lelaki susah nak minta maaf ?My Profile

  21. muliani says:

    terima kasih atas ilmu yg disampaikan..

  22. MDHAFiZ.NET says:

    dah lama hidup mcm ni pun aku baru tau..adehh.
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Final Piala FA 2015 Kelantan Vs Lions XIIMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun