Bagaimana Mahu Tukar Unit Ukuran Dalam MS Excel

Sebelum ini Mr Tehr ada melepaskan entri Bagaimana Mahu Tukar Unit Ukuran Dalam MS Word. Dalam entri kali ini kita akan sama-sama belajar Bagaimana Mahu Tukar Unit Ukuran Dalam MS Excel.

Cara yang hampir sama dengan MS Word.

Kaedah ukuran dalam MS Excel ini juga boleh ditukar dengan mudah. Kalau anda telah melakukannya dalam MS Word, maka menukar dalam MS Excel pasti tidak menjadi masalah lagi.


Cara Tukar Unit Ukuran Dalam MS Excel

word-options

Langkah 1

Buka Microsoft Excel dan klik pada butang Office, di sudut atas kiri tetingkap aplikasi dan klik butang Excel Options.


advanced

Langkah 2

Pilih Advanced daripada tetingkap “Excel Options” yang terbuka.


measurements-units

Langkah 3

Scroll ke bawah untuk mencari paparan Display. Klik pada menu drop-down dilabel “Ruler units.” Klik butang kecil dan buat pilihan yang dikehendaki sama ada Default Units, Inches, Centimeters atau Milimeters,

Sudah menetapkan pilihan klik “OK” di sudut kanan bawah. Tetingkap “Excel Options” akan tertutup dan anda boleh meneruskan kerja.


Bunga kemboja tumbuh sejajar,
Bunga balung tumbuh merata;
Sampai ke tua seronok belajar,
Banyak untung tiada ruginya.

Mr Tehr lebih banyak menggunakan MS Excel berbanding MS Word dalam urusan kerja sehari-hari. Banyak pengiraan yang nak dibuat di sekolah atau di rumah. Sampai sekarang Mr Tehr masih lagi belajar MS Excel.

Jom sama-sama belajar.

TehrDemikian kisah 'Bagaimana Mahu Tukar Unit Ukuran Dalam MS Excel' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


8 Comments

  1. akubiomed says:

    Ilmu baru. terima kasih berkongsi.
    akubiomed baru je tulis kisah Brush disc blade untuk mesin rumput sandangMy Profile

  2. Hero Borneo says:

    Cantik burung si mergastua,
    Sayangnya tertangkap dalam jerat;
    Jom belajar hingga ke tua,
    Penuhkan ilmu dunia akhirat.
    Hero Borneo baru je tulis kisah Blog Review Iryantyahamad.blogspot.myMy Profile

  3. ilmu baru ni, thanks
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Mengapa Anda Perlukan SuplemenMy Profile

  4. mula mula belajar dulu igt xde kepentingan..setelah berkecimpung dlm oil n gas ni…jadi planner mmg memerlukan excel haha
    Belang tarung baru je tulis kisah Punca, Anatomi dan Teori Nahas Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh Rusia atau UkraineMy Profile

  5. suri says:

    ilmu dalam word excel bagus asah kembali lama belajar makin lupa hu..
    suri baru je tulis kisah Borong Kain Mudah Tutorial Jahit Baju Kurung, Baju Melayu Seluar Dan JubahMy Profile

  6. Bagus juga ni, MV pun dah lama meninggalkan dunia Excel…
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Mengapa Vitamin C Sesuai Untuk Melawan Jangkitan Resdung?My Profile

  7. Idea Berita says:

    Bagus juga ada tips maklumlah ilmu baru dan lama tak pakai XL
    Idea Berita baru je tulis kisah Jadual Peperiksaan Awam 2016 SPM, UPSR, PT3, PAV Dan STAMMy Profile

  8. Fatin says:

    Hari ni belajar sesuatu yang baru tentang excel file
    Fatin baru je tulis kisah Review Pince & Pints Lobster @ Bangsar, Kuala LumpurMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun