Bagaimana Mahu Berucap Depan Khalayak

Bukan senang untuk berucap depan orang ramai. Kalau tak kuat semangat, tak cukup ilmu dan pengalaman memang boleh menitik peluh jantan dan boleh sakit perut. Mendengar orang berucap pula memang biasa bagi kita. Ada yang menarik dan ada yang boleh buat kita tidur lena!

Sebenarnya teringin juga aku nak dapat peluang mendengar ucapan dalam bentuk rangkap, pantun atau syair. Adakah? Kalau ada, aku rasa menarik juga. Macam ni… [contoh je ni]

Assalamualaikum dan selamat pagi
tuan yang duduk serta yang berdiri
hadirin perempuan mahu pun lelaki
yang datang berkereta atau jalan kaki

Masa kecil kita disuruh belajar
patuh dan taat bukannya engkar
dah tua begini kita mesti sedar
dunia dan akhirat mahu dikejar

Mencari pengalaman serta ilmu
perlu berhadapan dengan guru
mesti taat kepada ayah dan ibu
patuh perintah Allah Yang Satu

Setelah berjaya kita bersyukur
tidaklah boleh bersikap takbur
ingat juga yang hidup kebulur
jangan hanya kita selesa tidur

Para ladies dan para gentleman
pada tuan-tuan pada puan-puan
kehidupan kita satu perjuangan
mesti direbut segala kesempatan

Dalam kita mencari rezeki
bukan boleh bergoyang kaki
perlu bergerak kanan dan kiri
mesti yakin dan mesti berani

Sekali tewas terus mencuba
sekali jatuh bangunlah segera
sekali rugi janganlah kecewa
berkali gagal bukan selamanya

Rezeki berada di mana-mana
hanya perlu rajin dan usaha
kemudian kita berserah sahaja
terima takdir dari Yang Esa

dan seterusnya… hingga letih. :D

para hadirin yang saya sayang
tak mahulah saya berucap panjang
tengahari makin menjelang petang
sekian sahaja, jumpa di lain peluang

kelab pidato perdanaSiapa yang berminat dengan pengucapan awam, molek sangat kalau dapat menyertai Kelab Pidato Perdana untuk menambah ilmu dan pengalaman. Tak rugi belajar. Aku juga masih belajar, tapi hanya untuk berucap depan budak-budak sekolah sahaja.

Dan siapa yang mahu menulis entri mengenai pengucapan awam, boleh ke blog Hidup Ringkas. Ada hadiah menarik untuk peserta.

TehrDemikian kisah 'Bagaimana Mahu Berucap Depan Khalayak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. hu3..kalau tak biasa..silap2 tak keluar suara nak bercakap
    blogger lelaki baru je tulis kisah 7 Tahun KemarauMy Profile

  2. Mohd Shubhi says:

    Terima kasih kerana turut serta…unik!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Usahawan perlu rebut peluang terbaru dari PUNBMy Profile

  3. profhariz says:

    Ada pertandingan rupanya. Patut ramai yang kongsi artikel berucap depan khalayak ramai.
    profhariz baru je tulis kisah Audit Diri Sebelum Mengurangkan Berat BadanMy Profile

  4. papa mifz says:

    oh kira contest la nih yer , semoga berjaya buat cikgu…!!!
    papa mifz baru je tulis kisah Kek Coklat Smarties by Mama Mifz BakeryMy Profile

  5. Hafizul says:

    Hehe..saya agak terhibur dengan artikel ni..selamat maju jaya bro..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Blogger Yang Berani Untuk BerjayaMy Profile

  6. titan says:

    fuhh..mengigil nak cakap kat depan nih..ramai sangat awekk..
    titan baru je tulis kisah Spek mata kacak Fokus Point.My Profile

  7. Mak lagenda says:

    Ada pertandingan rupanya ya..so, gud luch tehr!! Tp rasanya kalo kija cikgu2 ni, dorang dah terbiasa wat pengucapan awam ni…kan?
    Mak lagenda baru je tulis kisah SET COFFEE,SUGAR & TEAMy Profile

    1. suri says:

      ramai sudah ambil port kita sahaja belum done hurm..semoga berjaya
      suri baru je tulis kisah Job Di Rumah Lawan Suri Rumah PemalasMy Profile

  8. mohdridzwan says:

    Wahh…terbaik la bro. Wan pun minat dalam bab-bab mcm nih.
    mohdridzwan baru je tulis kisah Segmen Aku Tanya Dia JawabMy Profile

  9. suri says:

    mesti berani dan yakin heee kalau tak susah nak harung masa yg panjang depan stage nanti
    suri baru je tulis kisah Aku Frust GilerMy Profile

  10. pahan says:

    aku boleh je berucap tapi lepas tu kena angkut aku balik umah la. pensan lagi.haha
    pahan baru je tulis kisah Semua perlu kau tahu tentang Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)My Profile

  11. mrhanafi says:

    semoga bro berjaya dalam kontes ini..
    mrhanafi baru je tulis kisah 7 Rahsia Untuk Menjadi Pemidato Yang HebatMy Profile

  12. hafizmd says:

    terbaik!

    mmg belum pernah lagi jumpe sesi ucapan awam dalam pantun semuanya kecuali sesi berbalas pantun…hihi

    bestlah cikgu!
    hafizmd baru je tulis kisah Giliran Pahang vs Sarawak!My Profile

  13. hafiz says:

    Lumayan peraduan ni, good luck bro
    hafiz baru je tulis kisah Panduan buang lemak pantasMy Profile

  14. suri says:

    ucapan yang penuh dengan tarikan hee.tapi selalu ayat formal di gunakan aik.bukan mudah nak tawan pendengar
    suri baru je tulis kisah Pokok Bunga Ros Ada Ulat Gonggok ?My Profile

  15. eridy says:

    Pandai buat pantun , ada jiwa taman nie.. hehe
    eridy baru je tulis kisah Aku dan pengucapan awamMy Profile

  16. azura says:

    dulu kena public speaking nerves betul haha…selamat sudah

  17. hafidz says:

    Ada juga pengalaman berucap dikhalayak ramai.
    gugup memang gugup, tapi kena tetap teruskan juga.
    Malu juga ya huhuhu :P
    hafidz baru je tulis kisah Nuffnang CPUV (Cost Per Unique Visit) Campaigns 13My Profile

  18. zool says:

    memang unik ni.. guna pantun tu..
    memang hebat2 persaingan
    zool baru je tulis kisah Menulis untuk jadi penulisMy Profile

  19. onlajer® says:

    hehe aku kurang reti berucap dekat khalayak ramai, setakat 2,3 orang ok lagi kot
    onlajer® baru je tulis kisah Apa yang Patut Ada Dalam Tool BoxMy Profile

  20. adikensem says:

    Haish..tak jadi nak hantar sebab yang hantar semua hebat-hebat belaka..huhu
    adikensem baru je tulis kisah Mari Cuba Buit Duit Dengan IklanSticky.ComMy Profile

  21. Lyn™ says:

    Teringat saya satu waktu dahulu
    Peserta pidato dari Sekolah Menengah Rimba Terjun
    Berpantun berseloka seperti cikgu
    Penonton yang tidur terus bangun

    Songkok terletak siapan Johor
    Sampingnya bukan dari pelikat
    Hadirin terus segar tak jadi tidur
    Kerana intronya pun sudah memikat

    Di akhir pertandingan dialah juara
    Ramai yang berkerumun mengucap tahniah
    Saya teringin nak berkenalan juga
    Malangnya mak we dia kat sebelah.
    Lyn™ baru je tulis kisah NurulMy Profile

  22. suri says:

    cakap jangan malu-malu kita belasah sahaja asal ingat fakta dan berani.. mesti yakin kalau gugup susah whoo..
    suri baru je tulis kisah Tips Rumahtangga Bahagia Kaedah Asmara MataMy Profile

  23. wazy says:

    Selamat berjaya,sama-sama kita meriahkan contest ni
    wazy baru je tulis kisah Teknik Pengucapan Awam Yang TerbaikMy Profile

  24. ahmad azhari says:

    Kepelbagaian teknik ucapan. Teknik berpantun adalah antara teknik yang berkesan dan mampu menarik minat pendengar. Tahniah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun