Bagaimana Letak Avatar Pengomen Terbanyak

hari ni ada satu ceritatehr
hanya kisah biasa-biasa
tapi bukan membuka rahsia
pakaian wanita menjolok mata

Cerita avatar lagi ke Mr Tehr? Ala… boring la. Tak ada kisah lain ke?

He he he. Cerita avatar kali ni sememangnya cerita lain walau pun bukan cerita dalam kain. Korang semua dah tahu bagaimana nak buat avatar. Korang juga dah tahu bagaimana nak tukar avatar. Nak punyai beberapa avatar juga korang dah tahu semuanya. Kan? Kan?

Dah tu, buat cerita avatar lagi ni apa halnya, Mr Tehr?

avatar ini empunya cerita
kerana ada sahabat bertanya
takkan nak sorok dari mereka
kerana ilmu allah yang punya

Korang selalu nampak kan avatar Pengomen Paling Aktif kat blog ni? Kan? Gambar tu adalah gambar avatar mereka yang sedang aktif. Bukan gambar yang aku save dan uploadkan semula. Tak ada apa-apa plugin pun. Kalau mereka tukar avatar mereka, apa yang ada kat sidebar itu juga turut bertukar. Apa yang aku buat ialah dengan meletakkan id avatar mereka pada kod image. Aku ambil contoh avatar dnoBiz:

<a href=”http://dnobiz.com/” target=”_blank” title=”dnobiz”><img src=”http://www.gravatar.com/avatar.php?gravatar_id=b0ae8f6d4a0046dd87bec06f73211fe3&size=75&default=” border=”0″ alt=”dnobiz” /></a>

Ambil satu widgets Text dan letakkan kod kat atas tu. Korang tukar la id avatar dnoBiz yang warna merah tu. Saiz juga korang boleh tukar mengikut kesesuaian blog masing-masing. Aku hanya guna saiz 75 je. Itu je la apa yang aku buat. Cerita dah pun tamat dan korang boleh komen kat bawah. :D

UPDATE:
Kod di atas tidak sesuai untuk pengguna blog blogspot, tapi korang jangan bimbang kerana kita boleh guna cara yang sedikit berbeza. Aku dah test dan memang boleh gunakan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah copy dan paste kod di bawah dan tukarkan id avatar pengomen yang berwarna merah tu.

<a href=’http://www.tehramuan.com/’ target=’_blank’><img src=’http://1.gravatar.com/avatar/9b610df25900396a61c806d4cc40c743?s=132&d=&r=g’ width=’75′ height=’75′/></a>

TehrDemikian kisah 'Bagaimana Letak Avatar Pengomen Terbanyak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


41 Comments

  1. padin says:

    hehe menarik sikit kan, sebagai penghargaan pada pengomen

    aku dulu guna disqus punya, tapi dia hanya papar
    pengomen yg berdaftar dgn disqus aje..so dah tak letak dah :D
    padin baru je tulis kisah Total KolesterolMy Profile

    1. tehr says:

      aku guna id avatar agar ianya akan bertukar sekiranya pemilik/pengomen menukar avatar mereka

      1. dnoBiz says:

        rasanya penggunaan avatar lebih mesra alam dari banner :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Iklan Umpan – Awas anda mungkin TerkenaMy Profile

        1. b3njy says:

          yer betul tu .. dah tu banyak kerja pula buat banner … rasanya nak buat banner bersih part 2 pula dahhh
          b3njy baru je tulis kisah WE ARE UNITED … !My Profile

  2. baru perasan. muka tehr macam bro sop .. ni pandangan mata rain yang kurang makan carrot hehe.
    rainbowcloudy baru je tulis kisah sonia, jangan tinggalkan aku!My Profile

    1. tehr says:

      ya ke, rain? :)

  3. akubiomed says:

    Kesan sampingan apabila meletakkan avatar komentator ia akan menjejasakn kelajuan blog.

    1. tehr says:

      betul tu, aku memang setuju

    2. dnoBiz says:

      ya tak ya jugak tu…, agaknya kalau guna gambar yang disimpan pada storage seperti photobucket pun sama ke kesan dia…
      dnoBiz baru je tulis kisah Sejarah Hitam – Marco Simoncelli Korban Pertama Litar Sepang [Video]My Profile

      1. tehr says:

        apa yang aku tahu, memang macam tu, dno
        lebih laju kalau gambar ada di hosting sendiri tapi bandwidth pula akan bertambah

  4. yas says:

    Untuk w/p ke ni bro…b/spot bole guna gak ker?
    yas baru je tulis kisah Crash Test Paling laju dlm Dunia – Ford FocusMy Profile

    1. tehr says:

      yups, untuk wp

      tapi aku dah update kod untuk blogspot [hanya sedikit berbeza]
      ada kat atas tu.

  5. titan says:

    hehe..bagus ni. leh cuba. :)

    1. tehr says:

      cuba, bro
      jangan tak cuba :D

  6. nurmisnan says:

    bagus juger letak.. iyalah nanti aku isi yer..
    nurmisnan baru je tulis kisah Get him to the GreekMy Profile

    1. tehr says:

      sekadar satu penghargaan, nur

  7. ghost writer says:

    aku nak kekalkan seperti biasa aku gunakan.
    ghost writer baru je tulis kisah khayalan tingkat tinggiMy Profile

    1. tehr says:

      memang lebih baik kalau dikekalkan
      tak boleh selalu ditukar

      1. b3njy says:

        biasalah mr. ghost cosevertif + mystery + abstrak …. terbaeikkkk dari mr. ghost
        b3njy baru je tulis kisah WE ARE UNITED … !My Profile

  8. adele says:

    simple..tp pengertian besar utk pembaca :)
    adele baru je tulis kisah Every Husband Should Read TheseMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      macam hadiah juga la, kan? :D

  9. ruti says:

    terima kasih ,boleh cuba nanti
    ruti baru je tulis kisah Lagi budak di langgar di ChinaMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih juga kerana singgah
      macam pernah jumpa je blog rutikeben ni

      1. padin says:

        hehe, aku perasan dulu Ruti ni menyepi lama,
        alih2 dah bergiat aktif semula :D
        padin baru je tulis kisah Total KolesterolMy Profile

  10. chii says:

    um..bleh digunakan sebagai penghargaan buat pengunjung setia ni..nampak nya chii nak kena renovate sket umah lama chii ni..eheh..terima kash ya untuk perkongsian =)
    chii baru je tulis kisah Kekasih GelapMy Profile

    1. tehr says:

      saya dah lama juga guna cara ni
      seronok tengok avatar sahabat pengomen :D

  11. Mus says:

    idea bagus ni..
    lepas ni nak menempek muka aku di ruangan tu..
    Mus baru je tulis kisah Misi Menawan Bukit Tengkorak, Semporna Telah Berjaya!My Profile

  12. LadyBird says:

    kalau xltk gambar avatar keluar ape mr tehr?
    LadyBird baru je tulis kisah Si Budak Kecil & Sepohon EpalMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tiada avatar
      yang keluar adalah huruf ‘G’ mendongak, bergantung pada setting sesebuah blog

  13. dnoBiz says:

    aku guna cara ni untuk letak benner pengomen, tapi dari banner, avatar lebih manarik…
    Ps : nak guna avatar gak lepas ni heheh
    dnoBiz baru je tulis kisah Harga Tiket Piala Malaysia – Terengganu subsidi 50 peratus harga tiket Piala MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      banner pun ok juga, bro
      aku ada letak gak untuk top referrer

  14. caliph says:

    nice sharing tehr :)
    caliph baru je tulis kisah wordless wednesdayMy Profile

    1. tehr says:

      aku ni bukan pandai banyak mana pun, bro
      sikit2 je

  15. b3njy says:

    tip ni boleh diguna dalam blogspot ke ? … cam susah je nak add-on tu …. tergeliat mata ku melihat kod HTML yang macam bentuk roti jala tu …. goreng pun sodapppp !!!!
    b3njy baru je tulis kisah WE ARE UNITED … !My Profile

    1. tehr says:

      boleh bro
      ada aku update kod untuk blogspot
      bezanya sikit je

  16. zulkbo says:

    salam..
    ermm..nape tak keluar-keluar
    avatar saya di sana lagi nih..?
    tak tersenarai..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Si Cantik Anya Ann Corke Yang Kecoh Satu MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      ada masa tu nanti, bro
      tq

  17. Harum semerbak bunga mekar
    Ditanam orang atas pembentong
    banyak sungguh ilmu diajar
    boleh jadi panduan diblog

    rasanya kalau letak kat blog aku takut jadi lembab pulak karang….

    berat blog aku kalau nak loading

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip pentingnya nama pemandu kedua dalam insurans kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      memang akan ada sedikit kesan pada kelajuan blog, bro
      kena fikir2kan juga

  18. hafizmd says:

    Alhamdulillah

    dulang tembaga berisi sireh
    sireh dijunjung buat hantaran
    tiada yang lain selain terima kasih
    tips diberi buat rujukan
    hafizmd baru je tulis kisah Final Piala Malaysia 2011 & Tiket MahalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun