Bagaimana Lelaki Kacak Memikat Isteri

gambar lelaki kacakAda orang kata, lelaki kacak tak buat apa-apa pun untuk memikat hati wanita atau sesiapa. Hanya cukup dengan tayang muka dan wajah kacak je. Betul ke? Aku memang tak percaya kerana bila aku cuba-cuba fikir, sebenarnya banyak juga cara yang telah digunakan oleh lelaki kacak memikat hati wanita, lebih-lebih lagi hati isteri.

Lelaki kacak kuat ingat tarikh. Tarikh hari lahir isteri, hari lahir anak, tarikh nikah, tarikh bertunang malah tarikh berkenalan dan tarikh jatuh cinta, semua mereka ingat. Dah tu ringan pula mulut mengucapkan tahniah dan pandai memilih masa yang sesuai untuk mengucapkannya. “Selamat Hari Lahir, sayang.” Fuh, cair…

Lelaki kacak seorang yang pemurah. Tidak kedekut macam Haji Bakhil. Sama ada pada hari lahir isteri tersayang atau hari-hari biasa, tidak menjadi hal. Pemurah selamanya…
‘Bang, sayang nak guna duit la minggu ni.’
‘Ya? Nak buat apa pulak tu? Nak berapa?
‘Hajat tu nak tukar langsir la… Bukan banyak pun, bang. Seribu je. :D’
‘Banyak juga tu seribu. Mmm kalau abang bagi dua ribu, cukup?’

Lelaki kacak ringan tangan. Bila isteri ke dapur, tahu dan pandai pula nak tolong buat apa yang patut. Tak pandai tu belakang kira kerana lelaki kacak berani untuk gagal. Nak cuci pinggan la, nak potong sayur la, nak siang ikan la, nak tolong tumbuk sambal la… Mesti ada saja cari jalan hendak ringan tulang. Bukannya ringan tangan pukul isteri. Yang ni lelaki kacak tak buat!

Sebaliknya pula, lelaki kacak sangat berat kaki. Tak suka jalan-jalan tak tentu hala atau melebihkan kawan-kawan sekerja. Mereka lebih suka berada di rumah. Layan isteri bersembang ke, temankan isteri tengok drama Korea ke… Sambil tu dapat juga makan cupcake buatan sendiri.

Suami lelaki kacak juga berat mulut. Sesekali isteri berleter, komplen atau apa sahaja rungutan, mereka diam sahaja. Memang nampak macam orang bisu dan pekak. Tapi jangan risau, dia sedang mendengar tu. Bukan sahaja berat mulut, lelaki kacak juga tak suka komplen. Masakan tak sedap ke, rumah berselerak ke, mereka senyum sahaja dalam syukur. Kerana lelaki kacak sedar, memasak dan mengemas rumah bukannya tugas isteri.

Aku percaya banyak lagi cara lelaki kacak yang budiman buat dalam hal pikat-memikat isteri ni. Korang yang kacak-kacak yang sedang membaca ni pasti tahu bab ni, kan? Korang mesti ada rahsia memikat yang pernah korang buat. Tak mahu berkongsi ke? Bolehlah nanti kita sama-sama menjadi lelaki kacak Malaysia. Paling tidak pun menjadi lelaki kacak di mata isteri sendiri. :D


Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Mrs.Yie, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net, LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com, Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

TehrDemikian kisah 'Bagaimana Lelaki Kacak Memikat Isteri' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


60 Comments

  1. sud@is says:

    macam2 lelaki kacak buat ya..
    tapi betul ka ..kadang tu ada udang sebalik batu..
    sud@is baru je tulis kisah Gantikan dengan maduMy Profile

    1. tehramuan says:

      rasanya tak salah ada udang di sebalik batu atau sebalik mi
      asal saja untuk kebaikan bersama

      1. iza says:

        Kalau ada udang di sebalik batu nak bagi madu, tak ada maknanya kebaikan bersama…hehe..
        iza baru je tulis kisah Tragedi Di Himpunan Sejuta Belia.My Profile

        1. tehramuan says:

          bukan yang itu, iza
          kalau nak bagi madu, tu bukan kebaikan bersama tu
          hanya kebaikan sebelah pihak je
          kan? kan? :D

        2. hafizmd says:

          Pantang benor yer pasal madu…hehehhee :D
          hafizmd baru je tulis kisah Utusan Maharaja RomMy Profile

      2. hafizmd says:

        Jgn kita fikir negatif, aura negatif mungkin akhirnya memakan diri =)
        hafizmd baru je tulis kisah Utusan Maharaja RomMy Profile

        1. chii says:

          betul2…nnt semua perkara x jadi sebba dok pk yg negatif je..skali skala kena bersngka baik kan :)

  2. shraqs says:

    Jangan banyak mengarah,.. nak itu nak ini,.. tukarkan kepada nada bertanya, seolah2 tanya pendapat) atau bergurau. Kalau kena caranya,.. tak perlu suruh memang diorang akan meng”offer”kan diri utk buat apa2 pun utk lelaki kacak (si suami) :)
    shraqs baru je tulis kisah Cara – Cara Mengambil Screenshot Di Samsung Galaxy Note ICS 4.0My Profile

    1. tehramuan says:

      betul2
      tak perlu arah apa2
      memang lebih bagus dengan cara bertanya

      1. brulah aman rumah tangga :)
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Realisasi Kenderaan ElektrikMy Profile

    2. chii says:

      itu dia..salah satu tips dari jejaka kacak =)

  3. adele says:

    sewonoknyew dpt suami kacak..

    “bang, beras dah habislah”

    “apa,dah habis?? abg belikan laptop apple ok tak?”

    ok,takde kaitan.angan2 je ni.
    adele baru je tulis kisah Safa dan Marwah (1)My Profile

    1. tehramuan says:

      beras dah habis? kita makan kat kedai je nanti
      epal? nanti la kita beli sekilo kat TESCO
      haha

      1. hafizmd says:

        hehehe…sampai sekilo…terbaik!
        hafizmd baru je tulis kisah Utusan Maharaja RomMy Profile

    2. chii says:

      heheh..adeih..jauh sungguh kaitan antara beras ngan laptop..ke si suami ada masalah pendengaran :p

  4. iza says:

    Assalam..
    Bab ingat tarikh tu memang betul la…
    Wanita ni sukakan kejutan tapi jangan la buat kejutan yang melukakan hati, nak buka cawangan lain..hehe..
    Pemurahnya lelaki kacak tu..boleh mintak selalu la kalau macam ni..
    iza baru je tulis kisah Tragedi Di Himpunan Sejuta Belia.My Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      memang kena tulis la kat mana2
      takut2 terlupa apa2 tarikh penting :D

      1. hafizmd says:

        setuju sgtlah…

        mmg isteri suka suami yg ingat semua tarikh2 penting…jadi pepandailah buat suprise walaupun hanya beli cupcake coklat =)
        hafizmd baru je tulis kisah Utusan Maharaja RomMy Profile

        1. tehramuan says:

          kadang2 tak beli apa2 pun tak jadi hal, bro
          asal ingat je, mereka tak kisah pun :D

          1. iza says:

            Wanita memang baik hati, tak kisah pun ada hadiah atau tidak, asalkan sayang selalu, cukup la..
            iza baru je tulis kisah Pemilik www1 Sudah Diketahui.My Profile

  5. nurmisnan says:

    hoho… karaktor lelaki kacak tuh ada pd mr. hubby..
    memang suka duduk rumah layan keluarga.. Boring2
    keluar buat aktiviti riadah + tgk movie..
    nurmisnan baru je tulis kisah AuthorMy Profile

    1. tehramuan says:

      alhamdulillah
      moga2 kekal bahagia selamanya, nur

  6. Azuan says:

    Fuhhh.. makin byk entri pasal lelaki kacak ni… :)
    Azuan baru je tulis kisah Lelaki Kacak – Antara Persaingan Dan PermintaanMy Profile

    1. tehramuan says:

      Haha
      Memang tak mahu ketinggalan, bro
      Dapat page 10 pun dah ok

  7. padin says:

    hehehe kumpul tips dulu… :D
    padin baru je tulis kisah Ramuan 3 Dalam 1My Profile

    1. tehramuan says:

      Yups
      Aku juga masih kumpul tips sampai sekarang ni
      Memang tak pernah habis

      1. hafizmd says:

        terima kasih Cikgu kongsi tip2 ni. Rasanya senarai ni dah boleh bikin isteri tambah sayang sama suami. =)
        hafizmd baru je tulis kisah 5 Entri Pilihan Katakunci Lelaki KacakMy Profile

        1. tehramuan says:

          moga2 kita semua dalam rahmat-Nya

  8. ProfHariz says:

    Bagi Lelaki Kacak yang bujang kacak terhadap keluarga pun ok jugak kan cikgu
    ProfHariz baru je tulis kisah Blog Hariz Berwajah BaruMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu
      Memang ok sangat2

  9. bang, nak rantai emas. buat melabur masa cemas!
    rainbowcloudy baru je tulis kisah syurga bahagiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      rantai?
      tak payah laa…
      berat nanti bila berenang
      bahaya!

      1. hafizmd says:

        keh3…ko tukar ayat lain

        “bang nak beli jongkong emas…” hehehe
        hafizmd baru je tulis kisah 5 Entri Pilihan Katakunci Lelaki KacakMy Profile

        1. tehramuan says:

          haha
          jongkong batu bata ada la kat depan rumah :D

  10. titan says:

    hehe..best apa jadi lelaki kacakk..
    titan baru je tulis kisah Mencintai Ain Maisarah – Part 1My Profile

    1. tehramuan says:

      hanya siapa yang dah kahwin je yang tahu :D

  11. Lain org lain caranya.. lain bini pun lain cara layannya.
    Namun suami yg bertanggungjawab dan sentiasa cuba memahami isterinya, insya-allah disayangi bini sampai akhir hayatnya :D
    Plus, dlm perkawinan – komunikasi itu penting. Kalau ada breakdown dalam communication.. hmmm payah jadinya.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Amendment to Section 114(a) of the Evidence Act 1950My Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu
      apa2 hal pun kena jelaskan dan kena faham elok2

  12. cik tom says:

    mmg ciri3 lelaki kacak mithali..

    1. tehramuan says:

      harap2nya macam tu la, ciktom

  13. hafizmd says:

    Teringat kata ustaz hari tu…seorang sahabat Nabi mengangap leteran isteri sebgai satu bentuk hiburan. Tak pernah jemu mendengar =)
    hafizmd baru je tulis kisah 5 Entri Pilihan Katakunci Lelaki KacakMy Profile

    1. tehramuan says:

      terbaik!
      leteran tu bukannya isteri marah
      tandanya dia sayang tu

      dengar baik2 dan lepas tu jangan buat lagi :D

    2. Norizwan says:

      sama la kita…teringat masa kat surau ada cerita yang sama…:)
      Norizwan baru je tulis kisah Lelaki kacak VS Lelaki Tidak KacakMy Profile

      1. tehramuan says:

        tips dari surau tu la yang terbaiknya

  14. onlajer says:

    siapa lagi kalau tak bilang lelaki kacak kalau bukan si isteri
    onlajer baru je tulis kisah Musholla Dan Bilik AirMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      sebab tu la dia kawin dengan kita
      dan kita kawin dengan dia
      hehe

  15. Ladfe Amir says:

    beri ucapan dan sokongan padu kepada insan tersayang pun akan lebih dihargai oleh pasangan kita bila mereka memerlukannya berbanding hadiah yang mahal2
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Ulang Tahun Perkahwinan Satu DekadMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul sangat tu, bro

  16. cikgu naman says:

    semestinya cikgu tehr ni lelaki kacak yang pandai memikat isteri ;)
    cikgu naman baru je tulis kisah Himpunan Jutaan Belia Habis, Kembali AmanMy Profile

    1. tehramuan says:

      sebenarnya masih sedang belajar ni, cikgu :D

  17. zulkbo says:

    salam..
    yang ringan tangan tu ada 2 jenis..
    jenis ringan naik ke muka isteri..
    PAYAH jadinya..
    zulkbo baru je tulis kisah Video Dan Gambar Kemalangan Drag Race Himpunan Sejuta Belia 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      memang sangat tak kacak tu kalau selalu naik tangan

  18. eiela says:

    kalau lelaki kacak, ringan tangan lagi bagus.
    eiela baru je tulis kisah BismillahirrahmanirrahimMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la yang sedang belajar ni, eiela
      moga2 dapat :D

  19. suri says:

    lelaki kacak sllu memahamiku …alhamdulillah
    suri baru je tulis kisah Lagak Temuduga Ada Bermacam RagamMy Profile

    1. tehramuan says:

      alhamdulillah
      aman selamanya

    2. chii says:

      beruntung suri “)

  20. kakyon says:

    lelaki kacak ku seorang pemurah..
    kakyon baru je tulis kisah tak nak marahlah..My Profile

  21. Kacak sungguh :)
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Murah dan Murah!My Profile

  22. chii says:

    kalau dia dpt menemani dan jadi teman berbual..bleh dikatakan kacak juga :) kadng2 x semua mampu lakukan..lebih2 lg cerita yg dianggap remeh kan =p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun