Bagaimana Hidup Ceria Cara Sederhana

Lagu Melayu paling popular dalam minggu ini di rumah aku ialah lagu Putih-Putih Melati. Tapi hanya bahagian korus yang dinyanyikan. [Bahagian ini saja yang aku tahu.] Menyanyi sekadar mengusik dan menceriakan suasana. Sebabnya tak lain tak bukan, sekarang dah musim hujan. Suhu di awal pagi memang dingin.

putih-putih melati
merah-merah delima
siapa tak mandi pagi
pasti tak ceria

“Bang, hujan baru je berhenti.”
“Yups, baru kejap tadi.”
“Tak payah la nyanyi lagu.”
“Apasal?”
“Nanti hujan turun lagi.”
“Biar la hujan.”
“Makin sejuk la budak-budak tu nak mandi.”

air dingin

Begitu la budak-budak. Payah nak mandi pagi bila hari hujan. Main hujan tak pula mereka rasa sejuk.

Ada cadangan untuk kuruskan badan dengan mandi banyak-banyak seawal jam 4 pagi. Berkesan atau tidak untuk bakar lemak dan kuruskan badan aku tak dapat nak komen banyak. Lagi pun badan aku tak gemuk. Tak banyak lemak.

Tapi jangan salah anggap ya, aku tetap mandi pagi. Dah jadi tugas seorang suami. :D

Menteri bukan sebarang menteri,
Menteri pertama Dato’ Sri Najib;
Mandi bukan sebarang mandi,
Yang paling utama mandi wajib.

Pucuk petola di dalam raga,
Rumput gajah ada di pangkin;
Hidup bahagia cara sederhana,
Cukup nafkah zahir dan batin.

bunga bawang

Usik-mengusik membawa bahagia, membawa suasana ceria dalam rumahtangga. Tapi usikan tu tak la boleh berlebih-lebih, kan? Lain pula jadinya nanti.

Hidup perlu ceria biar pun cara sederhana. Suami isteri mesti berusaha untuk dapat mandi pagi. Maksud aku mandi wajib. Hujan ke, sejuk ke, tak larat ke, mesti ada usaha dan ikhtiar untuk dapat mandi pagi-pagi sebelum subuh.

Kata orang dulu-dulu, ini adalah salah satu cara dan petua untuk terus sihat zahir dan batin. Untuk hidup selamat sebagai umat yang mendapat rahmat.

TehrDemikian kisah 'Bagaimana Hidup Ceria Cara Sederhana' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. Index Apk says:

    baguslah pantun itu…hahahayyy
    Index Apk baru je tulis kisah Download BBM Untuk Android v1.0.0.72 TerbaruMy Profile

    1. hafizmd says:

      mmg terbaik sokmo…puas hati
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #48 Macam Comel Jer…..My Profile

  2. dja@sishaza says:

    Nak kena tengok musim dan cuaca jugak ke ‘mandi pagi’ ni ? Hihi :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah MEKANISME PEMBIAKAN KUMANMy Profile

    1. hafizmd says:

      cikgu…silakan jawab…terima kasih
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #48 Macam Comel Jer…..My Profile

  3. Hafizul says:

    Emm hari cuti pun mandi pagi gak ke???hahaha…
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #74 – CDI Spring Test RepairMy Profile

    1. hafizmd says:

      lagilah… =)

      bangun pagi gosok gigi
      jgan lupa mandi sekali
      segar diri solat pagi
      hati senang murah rezki
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #48 Macam Comel Jer…..My Profile

      1. Hafizul says:

        Perghhhh..dah mantap deme nih berpantun ekk…sedap saya bacanya..hehe
        Hafizul baru je tulis kisah Aku Jadi Hantu Villa NabilaMy Profile

  4. hujan tak hujan bro..gua tka kira..tapi sebelum solat subuh gua kena mandi..lau tak rasa lemah je badan ni
    blogger lelaki baru je tulis kisah Cinta Satu AnugerahMy Profile

  5. hafiz says:

    Mesti dingin tempat tu sedingin namanya
    hafiz baru je tulis kisah Wordless Wednesday 33 : Nasi Ayam BBQ Old townMy Profile

  6. Mak Lagenda says:

    Ha ha ha..mandi tetap mandi woo. Cumanya, ia berbeza sama ada ia wajib atau x berapa nak wajib je.

    kihkihkih
    Mak Lagenda baru je tulis kisah MY COFFEE BAR OPENING FOR BUSINESS.My Profile

  7. Mohd Shubhi says:

    Mandi awal pagi lebih kerap lebih bagus!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Bagaimana turunkan paras gula pesakit diabetesMy Profile

  8. UmmiKami says:

    Padi diketip terbelah tangkai,
    Diselak nyonya sekam bercampur;
    Mandi wajib kenalah tunai,
    Kelak ditanya di dalam kubur.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bergambar Diam Kasih Kehidupan….My Profile

  9. bagus info ini

    menabung vdi sini
    noormalashahar baru je tulis kisah Selera mi panjang umurMy Profile

  10. betul kata bro. bila hidup sederhana.. hati akan ceria…
    sebaliknya bila hidup mengejar kesempurnaan.. hidup akan stresss..
    Hairul Hissam™ baru je tulis kisah Cara Beli Online & Bayar Guna Debit Card dan Credit Card. Baru Mudah Beli Produk HairulMy Profile

  11. papa mifz says:

    hidup sederhana itu lebih baik…
    papa mifz baru je tulis kisah Nasi Arab Damsyik Memang SodapMy Profile

  12. kakiblog says:

    dah nama mandi wajib ..mesti mandi maa..
    kakiblog baru je tulis kisah Menjadikan Kontes Sebagai Lubuk DuitMy Profile

  13. Ismail N says:

    Mmg popular lagu tu. Masa graduasi budak pra-sekolah di tempat kawe, ada budak pra-sekolah nyanyikan lagu tu. Cute wehhh..
    Ismail N baru je tulis kisah Cochineal – Have You Been Served With Bugs In Your Food?My Profile

  14. Lyn™ says:

    Ahaks, tekak pahit hari ni.
    Lyn™ baru je tulis kisah Blogwalking cara akuMy Profile

  15. akubiomed says:

    Kitalah hendak menceriakan. Kalau bukan kita siapa lagi.
    akubiomed baru je tulis kisah Cuci mata di KL International Motor Show 2013My Profile

  16. Suami isteri mesti berusaha untuk dapat mandi pagi. Maksud aku mandi wajib. Hujan ke, sejuk ke, tak larat ke, mesti ada usaha dan ikhtiar untuk dapat mandi pagi-pagi sebelum subuh.

    nah ini yang paling terkadang susah karena mandi shubuh itu dingin sekali
    Pengobatan Hepatitis baru je tulis kisah Pengobatan Hepatitis Alami dan Terbukti AmpuhMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun