Bagaimana Cara Ke Kota Bharu

Bagaimana hendak ke Kota Bharu?

Sebenarnya ada banyak cara korang boleh melawat Kota Bharu, Kelantan. Kat bawah ada aku buatkan senarai 5 cara bagaimana untuk ke Kota Bharu. Pilih yang mana sesuai dengan korang.

  1. Paling cepat ialah dengan laluan atas. Guna kapal terbang. Penerbangan ke Kota Bharu akan mendarat di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Tak jauh. Hanya lebih kurang 15 minit sahaja dari Kota Bharu.
  2. Kota Bharu juga boleh dikunjungi melalui jalan raya. Perhentian bas untuk korang di Kota Bharu ialah di pusat bandar dan di Lembah Sireh [tepi sungai]. Korang boleh juga memandu dengan kereta sendiri, menunggang motosikal atau kayuh basikal. Tumpang naik lori pun boleh.
  3. Mengguna keretapi ke Kota Bharu perlu turun di seberang Sungai Kelantan iaitu di Wakaf Bharu. Kemudian menggunakan jalan raya untuk ke Kota Bharu melalui Jambatan Sultan Yahya Petra. Sekarang dah tak sesak, jambatan baru dah pun siap.
  4. Korang juga boleh ke Kota Bharu dengan motorbot atau sampan. Kayuh sendiri dan berhenti di pengkalan pasir dekat dengan Tambatan Di Raja. Bandar Kota Bharu terletak di tepi Sungai Kelantan.
  5. Tentunya boleh sahaja berjalan kaki untuk ke Kota Bharu. Itu pun kalau korang hanya tinggal di Kampung Penambang atau kampung Cina. Kalau dari Kuching, Sarawak rasanya payah nak jalan kaki ke Kota Bharu.

Cuti sekolah kali ni aku tak ke mana-mana. Mungkin tahun depan sempat jalan-jalan lagi.

Dari Tumpat Ke Kota Bharu,
Hajat di hati nak beli kurma;
Kalaulah dapat menyanyi lagu,
Mahu dinyanyi bersama-sama.


Travel Blogging Contest by

HipMomReport.com and Best Western Premier Dua Sentral


Contest SEO Eridy dah ke laut. Jom join ramai-ramai contest ini pula. Hadiahnya sangat menarik. Blog dan blogger hebat dengan contes hebat. Pasti hadiahnya juga hebat. Tak gitu ke?

TehrDemikian kisah 'Bagaimana Cara Ke Kota Bharu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


16 Comments

  1. onlajer® says:

    Nak juga lah pergi kota bahru ni , err kalau naik kapal terbang dekat sana kena sewa keratalah kalau nak bergerak
    onlajer® baru je tulis kisah Memasang Niat Untuk Buat DuitMy Profile

  2. akubiomed says:

    Guna GPS untuk ronda-ronda di Kota Bharu. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Solo outing dengan kamera DSLR di Jonker WalkMy Profile

  3. azura says:

    saya pernah ke Kelantan (Kota Bharu) sekitar tahun 2000, waktu sekolah lagi…adalah dua tiga kali melawat Kelantan ke Rantau Panjang…saudara mara pun memang yang rapat tak ada duduk di sana

  4. dja@sishaza says:

    Oh,entri untuk kontes rupanya. Hairan juga mulanya …zaman sekarang ada banyak alatan canggih. Pasang je dan ikut…tapi saya pun belum pernah sampai heheh
    dja@sishaza baru je tulis kisah 4 STRATEGI HOLISTIK UNTUK KURUSMy Profile

  5. Pernah sampai ke sana tapi sekarang dah lama tak pergi ke sana…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Aurat Ketika Bersalin!My Profile

  6. Kawe cuma boleh ikut laluan udara jer. Ikut darat dari rumah kawe, entah bila mahu sampai :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah TrendSetter Dalam Affiliate MarketingMy Profile

  7. Amran says:

    Dah 3 kali saya sampai KB. Memang terbaik la. Sapa yang dok kata macam2 kat kelantan disarankan tengok sendiri dengan matakepala sendiri.

    Pengangkutan pun dah canggih, rasanya takde alasan nak sampai dan tengok sendiri dari hanya mendengar dan melihat dari satu sumber je kan..
    Amran baru je tulis kisah IBM AS/400My Profile

  8. zool says:

    boleh gi kota bharu untuk honeymoon nanti
    zool baru je tulis kisah Transmisi Meletup Jika Gear UndurMy Profile

  9. belum sampai lagi ke kota bharu.. kalau nak pergi nanti bolehlah guna cara nie… nice info…
    Hairul Hissam™ baru je tulis kisah Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dgn Bisnes Makanan. Kisah Kejayaan Abang Azhar.My Profile

  10. Hafizul says:

    Emm guna keretapi tu yang seronok sikit rasanya..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Harga Baru Panduan JobdirumahMy Profile

  11. titan says:

    tak pernah lagi aku sampai ke sana wehhh..
    titan baru je tulis kisah Mari melancong ke Banting.My Profile

  12. Arman says:

    Negeri di pantai timur memang aku belum jejak lagi. memang teringin hendak kesana. Dengar cerita barang dan makanan harga banyak murah..
    Arman baru je tulis kisah Review Aplikasi Android Denaihati TerbaruMy Profile

  13. reezluv says:

    dah lama tak kesana..nanti nak ke Terengganu nak singgah KB le nampaknya..:D
    reezluv baru je tulis kisah Komisen Ke 19 & 20 Dari KlikjerMy Profile

  14. mai has says:

    teringin nak pergi kelantan utk bercuti.tak pernah jejak lagi…
    mai has baru je tulis kisah Haid Tidak Teratur : Punca dan Cara MenanganinyaMy Profile

  15. Safiya says:

    saya duduk di kota bharu. tapi setiap kali nak travel mesti fikir laluan darat mana yang paling ok..

    contoh nak gi kl, better lalu gua musang ke better lalu terengganu?
    Safiya baru je tulis kisah Khasiat Alfalfa ShakleeMy Profile

  16. Safiya says:

    boleh bagi review jalan darat ke kota bharu?
    Safiya baru je tulis kisah Rheumatoid arthritis: Apa yang anda ingin tahu?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun