Badminton Perseorangan Kalah Siapa Salah

lee chong weiTak ada siapa boleh nafikan, dalam beberapa tahun kebelakangan ini Malaysia hanya ada Datuk Lee Chong Wei sahaja untuk perseorangan lelaki. Selamanya kita hanya tumpang seronok dengan kejayaan Chong Wei.

Malaysia gagal lahirkan pemain pelapis yang bagus.

Semua gagal! Pemain gagal, jurulatih gagal, pegawai gagal, presiden gagal dan BAM gagal.

Dalam 100 orang pemain perseorangan lelaki BWF World Rankings pada 07.08.2014 hanya 9 sahaja dari Malaysia.

Kalau korang dan BAM nak tahu, India ada 10 orang pemain perseorangan lelaki yang masuk senarai 100 ni.

Aku cakap sekali lagi. 10 orang!

RANK PEMAIN MATA
1 LEE Chong Wei 98681
18 Wei Feng CHONG 44579
47 Daren LIEW 28793
59 Mohamad Arif ABDUL LATIF 25910
63 Chun Seang TAN 24840
65 Misbun Ramdan MOHMED MISBUN 23520
74 Zulfadli ZULKIFFLI 21660
85 Kwong Beng CHAN 19860
94 Iskandar Zulkarnain ZAINUDDIN 17980

sukan komanwel berlalu sudah
tanpa chong wei hilang meriah
badminton bergu dapat menyerlah
tapi perseorangan ternyata kalah

kecoh pula bila balik ke rumah
sindir-menyindir sergah menyergah
berpusing mencari siapa salah
penerbit pelakon atau pengarah?

nak cari silap bukannya payah
enak ditunjuk ke mana-mana arah
jaga nama jaga ego jaga maruah?
pahit nak ngaku sendiri bermasalah

***

pekung di dada jangan terdedah
cakap elok-elok jangan nak marah
bisul membengkak kalau berdarah
tanda dah teruk ditimpa musibah

pekung sj penyakit kulit yg teruk seakan­ akan bisul yg sangat besar dan berbau busuk, cabuk; membuka ~ di dada = meraih ~ ke dada prb mendedahkan keburukan diri, sengaja mencari malu (kesusahan); berpekung berpenyakit pekung. Kamus Dewan Edisi Keempat

Sebenarnya aku tak suka tengok adegan tunjuk-menunjuk dan tuding-menuding antara kita. Semua tu tak molek.

Tak baik untuk kesihatan. :D

TehrDemikian kisah 'Badminton Perseorangan Kalah Siapa Salah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. Rokiah says:

    semua saling salah menyalah.. player India bersorak gembira
    Rokiah baru je tulis kisah Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?My Profile

  2. akubiomed says:

    Kena cepat sebelum DLCW bersara secara rasminya.
    akubiomed baru je tulis kisah AniManGaki 2014 pertemuan cosplay MalaysiaMy Profile

  3. Lyn™ says:

    Kena cari lah pelapis baru. Tak boleh nak diharap Chong Wei seorang,
    cukup masa beliau akan bersara. Kalau tak jumpa hero baru badminton alamat semakin kelam la penonjolan Malaysia dalam arena ini.

  4. kakyon says:

    Datuk Lee Chong Wei belum ada tandingannya..
    kakyon baru je tulis kisah perkampungan fridge megnetsMy Profile

  5. Kamil Salleh says:

    Apa terjadi telah terjadi,
    Yang kalah tetap kalah,
    Jangan pandai menuding jari,
    Buat kesimpulan tanpa gundah.

    Berat mata peminat memandang,
    Berat lagi pesatuan memikul,
    Jangan hanya kalah memanjang,
    Cari strategi lebih menonjol.

    Apa nak jadi dengan sukan,
    Sering kalah sebelum berjuang,
    Persatuan sukan harus lakukan,
    Pendekatan yang lebih gemilang.
    Kamil Salleh baru je tulis kisah Jadual Perlawanan Dan Keputusan Penuh Piala Malaysia 2014My Profile

  6. Ismail N says:

    pekung di dada jangan terdedah
    cakap elok-elok jangan nak marah
    Ini sudah jadi soal maruah
    Bertindak segera sebelum parah
    Ismail N baru je tulis kisah Marvelous New Marvel Universe Movie : Guardians of the GalaxyMy Profile

  7. Faizal Nizam says:

    Player muda-muda training tak cukup kuat ni. Tak ambil contoh dari Lee Chong Wei.
    Faizal Nizam baru je tulis kisah Manchester United BPL 2014/2015 Fixture August 2014My Profile

  8. sud@is says:

    kalau kalah tuding menuding
    kalau menang masing-masing nak nama

    Malaysia kena tampilkan banyak pelapis

  9. Menang kalah adat permainan
    Ubat yang pahit menjadi penawar
    Agen berkait mainkan peranan
    Sebelum hati kami semua tawar

    Salam pantun
    Tudung Labuh Online baru je tulis kisah Beli Tudung Online Raudhah Soft Awning BerdaguMy Profile

  10. Hafizul says:

    Yup..betul tu..tak baik untuk kesihatan…bila dah merebak susah nak rawat nanti..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Top Komen Julai 2014 – Review Blog JuaraMy Profile

  11. onlajer says:

    rupanya bawah 10 lee chong wei sorang jer
    onlajer baru je tulis kisah Suasana Marhaban Aidilfitri 2014 Di Kampung SayaMy Profile

  12. hafiz says:

    kalau takde pelapis ni silap dlam ranking 100 terus kena ketis…
    hafiz baru je tulis kisah Panduan menjaga keretaMy Profile

  13. Nurul says:

    Kena mula cari dari sekolah lagi…ambik pelapis baru
    Nurul baru je tulis kisah Ujian Untuk Ibu Yang MenyusuMy Profile

  14. Hero Borneo says:

    badminton merupakan sukan yang berpotensi untuk meraih emas di olimpik..jadi sangat rugi jika tak memfokuskan sukan ini
    Hero Borneo baru je tulis kisah Cara Terbaik Boikot Produk IsraelMy Profile

  15. Bahrain says:

    Benda ini kena bawa bincang bersama tak boleh nak tuding menuding saje. takkan jalan punya.
    Bahrain baru je tulis kisah Malaysia Bakal Dilanda Tornado?My Profile

  16. LCW memang terbaik. Teringat zaman hebat coach dia dulu Rashid Sidek dan abang2nya. Malaysia banyak potensi, cuma perlu gilap dengan baik dan jauhi politik/rasuah dalam sukan.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Suplemen Fitosterol vs MakananMy Profile

  17. hafidzramli says:

    Salam.

    Kadang terlalu harap sangat chong wei pun payah jugak.
    hafidzramli baru je tulis kisah Hot WheelsMy Profile

  18. Tak boleh nak salahkan satu pihak je. Semua sekali kena duduk semeja bincang balik dan cari mana yang silap.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Keputusan Kursus Lead Auditor QMSMy Profile

  19. titan says:

    salahkan pemain.

    simple.

    nak salahkan orang lain buat apa?
    titan baru je tulis kisah Nak buat duit dengan affiliate, kena ada trafik banyak ke?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun