Awas! – Jalan Berliku

berhati-hati bila berlenggang
jangan lalai walau nak cepatjalan terus
silap langkah jatuh longkang
sakit dapat malu pun dapat

berhati-hati kalau bertutur
tajam lidah menghiris rasa
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata buruk padahnya

berhati-hati menjamu selera
jamuan siang jamuan malam
bukan dipilih enaknya sahaja
perlu dipasti halal dan haram

berhati-hati memilih kerja
usah diharap tingginya gaji
bahagia bukan kerana harta
tenteram ada di dalam hati

berhati-hati mencari pasangan
memilih satu sudah pun cukup
tersilap pilih menanggung beban
seperti mendukung biawak hidup

TehrDemikian kisah 'Awas! – Jalan Berliku' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. hafizmd says:

    As salam Cikgu,

    Jalan-jalan cari makan
    Pantun berisi penuh pedoman
    Tiada pegangan dalam kehidupan
    Bak kapal tiada haluan
    hafizmd baru je tulis kisah Ambil kesempatan atas kesempitanMy Profile

    1. tehr says:

      berjalan jalan mencari makan
      mencari pantun nak buat order
      kejayaan sendiri kita tentukan
      tawakkal juga pada yang esa

  2. sud@is says:

    berhati hati dalam berkata
    jangan sampai kawan terasa
    sud@is baru je tulis kisah Sultan Kedah – Yang di-Pertuan Agong ke-14My Profile

    1. tehr says:

      betul2
      kadang2 salah senyum pun ada yang terasa

      1. surihati_ku says:

        wah berat sungguh salah berkata
        berkat lagi klu susuh nak pujak alahai…

        baik fikir sblum mengeluarkan bicara..
        surihati_ku baru je tulis kisah Makanan Merangsang Seks_18sxMy Profile

        1. tehr says:

          yups, betul tu suri
          fikir itu pelita bagi hati

  3. tidak ada jalan terus? apa makna sebnar di sebalik sign board tu sebenarnya
    sabree hussin baru je tulis kisah Setiap Bulan Ada Buat Saving Tak?My Profile

    1. tehr says:

      aku pun pelik mulanya
      maksud dia, laluan tu jalan sehala
      huh

  4. yas says:

    Waaa…first time tgk signboard macam ni…sapa punya kejer la ehhh…hehehehe
    yas baru je tulis kisah Nikmat duduk di First Page – Bagi Seorang Blogger.My Profile

    1. tehr says:

      satu2nya di dunia :D

      1. surihati_ku says:

        ia mengingatkan sy satu kedai di ampang KL heee
        surihati_ku baru je tulis kisah Makanan Merangsang Seks_18sxMy Profile

  5. titan says:

    ada juga ye signboard macam tu. kali pertama aku nampak ni..itupun dalam blog ko. haha..
    titan baru je tulis kisah Komisen pertama dari AddMathTambahan.bizMy Profile

    1. tehr says:

      papan tanda yang sangat kacak
      satu2nya di malaysia

  6. eiela says:

    tidak ada jalan terus boleh jadi jugak tu jalan mati.
    eiela baru je tulis kisah Wordless Wednesday : BusyMy Profile

    1. tehr says:

      ya la
      boleh jadi juga tanda bagi jalan mati

  7. kalo ada yg spray atau tutup perkataan “terus”
    tinggal lah “Tidak ada jalan”, lagilah pening kepala..he.he.he

    sungguh mendalam maksud pantun tu..
    tersalah pilih bini/isteri, mau hari2 makan hati berulam jantung…
    Petua Emak Hot baru je tulis kisah Petua mengelak kulit dari melecur menggunakan lemak ayamMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tersalah pilih
      hati akan diulit sedih

      isteri atau suami sama je
      banyak2 berdoa minta petunjuk

  8. ghost writer says:

    ramai orang sekarang main lepas jer cakap.
    ghost writer baru je tulis kisah yang tidak dijelaskanMy Profile

    1. dnoBiz says:

      betul tu Ghost..
      alasanya sebab tak mahu hipokrit… boleh ke ???
      dnoBiz baru je tulis kisah Jom Ke KL – Bukan bercuti Tapi Kerja YopMy Profile

      1. tehr says:

        meraka membesar2kan perkataan hipokrit tu
        tapi budi bahasa mereka buat2 lupa je
        huhu

  9. ohcikgu says:

    jarang nampak benda nih..
    ohcikgu baru je tulis kisah Pemuda PAS kata Kontrak Baru Beban 8,000 Guru GSTTMy Profile

    1. tehr says:

      memang payah nak jumpa ni :D

  10. Norizwan says:

    tengok signboard tu rasa meremang bulu roma pula huhu….
    Norizwan baru je tulis kisah Polis Wanita Pertama Bertudung Di SwedenMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      lariiiii…

  11. dnoBiz says:

    Papan tanda kat mana tu Tehr…
    dnoBiz baru je tulis kisah Buta Agama – 4 tahun habuan Mat RempitMy Profile

    1. tehr says:

      dekat p.pinang ni, bro

  12. fiezaradzi says:

    dukung biawak hidup, tak sanggup…

    tapi sekarang ramai tak jaga mulut.. kdg2 susah hati, takut anak terjebak sama wpun kita tak penah sebut… huhu… pengaruh..

    dan hati kawan sendiri pun kdg2 dipandang rendah jer.. huhu
    fiezaradzi baru je tulis kisah Imunisasi BayiMy Profile

    1. tehr says:

      pengaruh orang sekeliling ni payah juga nak dikawal
      kita hanya perlu banyak beri contoh yang baik pada anak2

  13. nurmisnan says:

    hik3.. kalau masa dukung tiba2 biawak hidup
    mau lari 100 meter..
    nurmisnan baru je tulis kisah Sup ketam penawar demam denggiMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      lari tak cukup tanah :D

  14. kakyong says:

    n3 blog juga harus berhemah
    agar tiada terguris rasa mudah pula putus ukhuwah
    kakyong baru je tulis kisah Novel Bicara Hati onlineMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      semoleknya begitu la, kakyong
      biar hidup aman damai je

  15. zulkbo says:

    salam..
    ukur baju di badan sendiri..
    mencari jodoh biarlah sepadan
    jangan jadi hamba isteri..
    begitu juga sebaliknya..
    pasangan melengkapkan
    bukan mengurangkan :)
    zulkbo baru je tulis kisah Pakej iPhone4S Oleh Maxis : Menarik!My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      harapan kita begitulah hendaknya
      tapi kalau ada apa2 terkurang
      masih boleh diusahakan untuk hidup gembira juga

  16. akubiomed says:

    Kenapa papan tanda tersebut tidak di tulis jalan mati sahaja. :-)

    1. tehr says:

      mungkin sekali yang membuatnya bukan orang yang fasih bahasa melayu
      nak buat macam mana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun