Avatar/Gravatar Dan Banner Penghargaan

Harap-harap tak ada yang keliru dengan tajuk entri kali ini. Tujuan utama saya hanyalah mahu memberi penghargaan kepada kawan-kawan blogger Teh Ramuan sahaja. Tarikh 10hb. memang selalu saya ingat kerana pada 10.10.10 saya dengan rasminya menggunakan blog wordpress. :D

pengomen dis10

Pengomen Terbanyak Disember 2010

Ruangan Penghargaan Teh sudah wujud di blog ini sejak dua bulan lepas dengan link dan image kawan-kawan blogger yang banyak meletakkan komen di blog ini. Saya menggunakan image dari avatar/gravatar pengomen untuk tujuan ini. Jadi apabila pengomen menukar avatar/gravatar mereka, image pada blog Teh Ramuan ini juga akan bertukar. (Hanya ‘gayahspears’ dan ‘cik siti’ nampaknya belum membuat avatar/gravatar).

Ada image baru yang saya buat hari ini iaitu Banner Sahabat Dan Penaja yang terletak di bawah iklan Nuffnang. Saya memilih tiga subscriber pertama blog ini untuk diletakkan banner blog mereka. Seperti yang anda sedia maklum, blog Teh Ramuan ini baharu sahaja menyediakan kotak subscriber untuk melanggan entri terkini melalui email. :D Seperti yang anda sedia maklum juga, hosting dan domain blog ini ditaja sepenuhnya oleh Sangilapi, jadi banner Rezeki Murah juga berada di ruangan ini.

trafficdaun sireh dipetik benggali
untuk dijual di kedai nyonya
terima kasih si bunga keladi
hamba ucapkan untuk semua

kampung tenggelam bah melanda
runtuh jambatan dan juga titi
bukannya hadiah emas permata
hanya senyum sebagai pengganti

Walau pun trafik Teh Ramuan ini tidaklah begitu banyak, tetapi komen-komen yang saya terima sangat memberi semangat dan perangsang kepada saya untuk terus berblog. Tambahan pula, trafik melalui enjin carian semakin meningkat dan menggembirakan saya.

TehrDemikian kisah 'Avatar/Gravatar Dan Banner Penghargaan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


54 Comments

  1. cik tom says:

    tahniah ye tehr :)
    sudah berdomain dan hosting…
    cik tom baru je tulis kisah Just A Quick UpdateMy Profile

    1. tehr says:

      hadiah dari rakan blogger je, cik tom :)

      1. dnoBiz says:

        tarih dia sama nga tarikh lahir aku hahah
        dnoBiz baru je tulis kisah Anak Durhaka – Buang Ibu demi Kekasih AsingMy Profile

        1. tehr says:

          selamat hari lahir, bro
          panjang umur, murah rezeki, selalu diberkati

  2. matahari says:

    aku salu singgah sini tpi baca dengan diam :P
    matahari baru je tulis kisah melihat dari perspektif kasut tinggiMy Profile

    1. tehr says:

      diam itu juga banyak faedahnya
      tapi, sekali sekala perlu juga buka mulut, kan? :D

  3. kaizen says:

    wow!!!! heheh terkejut tengok banner tuh~ hehe tengs2….
    kaizen baru je tulis kisah FiRST aTTeMPT IIUM BLoGGeR GaTHMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 tengs :D

  4. deCrewz says:

    Errr.. Apa nak komen..? Tahniah jugak la…he3
    deCrewz baru je tulis kisah Facebook Ditutup Sebab Kena HackMy Profile

    1. tehr says:

      dah dikira komen juga ni, bro
      hahaha

  5. padin says:

    hehe tehramuan sedang bergerak maju, ayuh bro..
    jangan toleh belakang lagi, hee..

    terima kasih tentang banner tu, hehee..
    padin baru je tulis kisah Konsep SabarMy Profile

    1. tehr says:

      asal jangan hanya ‘maju’ kat perut je dah la :D

  6. sud@is says:

    tahniah pencapaian meningkat yang semakin hebat
    sud@is baru je tulis kisah Rosak Persahabatan Kerana BusinessMy Profile

    1. tehr says:

      harap2nya macam tu la, sud@is

  7. mie says:

    bertuah tu..
    bila pula gue nak tersenarai..
    ehehehee
    mie baru je tulis kisah Maher Zain Live Concert In MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      ada masa tu nanti, mie

      1. mie says:

        itu la..
        tunggu masanya saja…
        ehheee
        mie baru je tulis kisah Hard Rock Hotel Penang DiterjahMy Profile

        1. tehr says:

          dok tunggu ni, mie
          jangan ambil masa lama sangat

  8. Cik Siti says:

    okey… sahut cabaran… nanti Cik Siti godek cam ne nak buat ye…
    Cik Siti baru je tulis kisah Bila kemampuan anda dipandang sebelah mataMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah
      dah berjaya tu, cik siti

  9. sangilapi says:

    singgah mengucapkan terima kasih di atas banner tu :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      terima kasih juga, bro :D

  10. MDHAFiZ.NET says:

    tahniah teh…trafik tinggi tu..
    teruskan menulis.. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah How Targetted Traffic- Can Boost Your IncomeMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih, hafiz

  11. RedBoys says:

    beruntungnya mereka. untung juga bro tehr. ada blogger yang mahu menaja domain dan hosting. majulah. blog ini diyakini akan berjaya. Amin.
    RedBoys baru je tulis kisah Senarai Pemenang AJL25 TV3My Profile

  12. akubiomed says:

    Terima kasih, Bro Tehr kerana meletakkan Gravatar saya. Tidak perasan pun sudah berpindah ke hosting dan mengunakan nama domain sendiri. Tanniah bro semoga 2011 memberi harapan baru :-)

  13. bisk says:

    gimana mau buat imej pada gravatar tuh tehr?dah reg dah gravatar,sori aku nih tak mahir sangat benda2 nih.
    bisk baru je tulis kisah keterasinganMy Profile

    1. tehr says:

      pilih je mana2 gambar dalam komputer, bisk
      login > my account > add an image

  14. Hadi Rofiee says:

    Alhamdulillah, semoga terus maju di dunia blog ini. :-)

    1. tehr says:

      alhamdulillah

  15. Cik siti says:

    masa untuk menambah ilmu….
    Cik siti baru je tulis kisah Bila kemampuan anda dipandang sebelah mataMy Profile

  16. suri says:

    suka blog ini sebab lain dr lain :)

    1. dnoBiz says:

      betul tu suri Blog ni lain dari yang lain :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Keras Kepala – Sikap pelajar ‘kepala batu’My Profile

    2. tehr says:

      suka juga :)

      1. suri says:

        hee..harap bro kekalkan apa yg sedia ada..

        ps:dri pgi tadi dok klr masuk blg ni nak tinggalkan komen tapi asyik tak leh jer..dia ckp duplicate komen huuu..

        1. tehr says:

          duplicate? saya pun biasa jumpa
          minta maaf la, suri
          tak tahu nak selesaikan macam mana

  17. zik says:

    penghargaan buat semua blogger yang sudi memberi banner percuma dan juga apa2 yang bernilai, syukran2..
    zik baru je tulis kisah Air mata seorang hambaMy Profile

    1. tehr says:

      syukran2

  18. dnoBiz says:

    ada dalam senarai gak aku nampaknya :D
    Thanks Tehr :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Kekejaman Ibu tiri – Budak Mati ada 73 kesan DeraMy Profile

    1. tehr says:

      tempat ketiga tu, bro
      tahniah

      1. dnoBiz says:

        tu pun sebab blog ni menarik untuk dikunjungi :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Wayang Kulit – Wayang Kulit Di MalaysiaMy Profile

  19. uchi kay-f says:

    emm….lame dah tak ke sini…

    1. tehr says:

      sama la kita uchi
      dah lama juga tak ke sana :(

  20. Ismail N says:

    Hajat hati mahu jugak tersenarai tapi susah betul nak lawan org-org muda yg banyak masa dan kurang time layan budak2.. he he. :D
    Anyway, tahniah kepada yg muka hensem2 masing dapat tersenarai di blog popular ini. well done. cemburunya aku…

    1. tehr says:

      orang muda2 memang banyak masa luang, bro
      payah nak kalahkan mereka :D

  21. gayahspears says:

    sob2 samelah kita bro.. tarfic tak begitu banyak tp aku pentingkan komentor2 tegar cam bro..huhu

    maaf lambat terjah, baru balik cuti2 malysia ni..huhu

    1. tehr says:

      sama2
      cuti2 malaysia kat mana, gayah?

  22. Norgadis says:

    Salam dan tahniah atas pencapaian yang semakin meningkat. Saya kalau ada masa terluang memang suka datang kat blog ni, pantun yang dihidangkan hampir setiap entri cukup menarik…
    Norgadis baru je tulis kisah Pelacaran Avon GC 2011 Outspoken Party By FergieMy Profile

  23. Hafizul says:

    Ha ah..take apa la kan trafic sikit pun..asal hubungan sesama kita terus berkekalan..perghhh mcm tu statistik pun masih sikit ek?
    Hafizul baru je tulis kisah Teknik Penulisan Yang Betul Untuk Buat DuitMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun