Api Oh Api

Dalam seminggu ni, banyak betul kes kebakaran berlaku dalam negara kita. Ada kebakaran hutan, kebakaran belukar, kebararan kereta mewah. Tak terkecuali kebakaran bangunan yang masih dalam pembinaan di Hospital Umum Sarawak. Malah kawasan Gunung Tempurung di Kampar, Perak juga terbakar.

Memang musim kering sekarang ini.

Ada serangkap pantun berkaitan api yang terkenal dan yang aku tahu. Dan rasanya korang juga tahu dan pernah dengar pantun ini. Dah jadi lirik lagu pun…

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Kecil Menjadi Kawan

Api memang tak boleh dibuat mainan. Ketika kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan. Sangat payah untuk diurus dan dikawal bila dah merebak.

Hati dan perasaan juga seperti api. Jangan dibuat main-main. Buruk kesudahannya. Parah akibatnya. Kalau tak kuat iman, memang hancur. Tambah lagi orang muda, darah sentiasa panas bergelora.

Kucing kurus meniup api,
Api tidak mahu menyala;
Badan kurus menahan hati,
Hati tidak mendengar kata.

Nampak berkelip api di kapal,
Api menyuluh muka kuala;
Tidur sebilik berkongsi bantal,
Sedang mimpi berlainan cerita.

Api Oh Api

Api Dan Air

Api yang panas memang kalah dengan air yang sejuk. Dari dahulu sampai sekarang dan sampai bila-bila memang macam tu.

Kata Ustaz, bila ada api dalam hati, bila ada kemarahan, eloklah ambil air sembahyang. Ambil wuduk. Mudah-mudahan hati boleh sejuk. Api kemarahan boleh padam.

TehrDemikian kisah 'Api Oh Api' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


22 Comments

  1. dja@sishaza says:

    Api banyak dikaitkan dengan unsur kejahatan,baik yang nyata atau tersirat sebab itu ada pepatah jangan bermain dengan api, nanti membakar diri …

    1. hafizmd says:

      terbaiklah sis haza…setuju sangatlah…api selalu dikaitkan dengan keburukan..

      api oh api…kecil kawan, besarmu lawan
      hafizmd baru je tulis kisah Bayaran Komisen Pertama Ashadee 2014My Profile

  2. dja@sishaza says:

    Tak ada api bermaksud tak ada elektrik bagi orang utara di sini … :)

    1. suri says:

      lain pula maksudnya tapi itu unik bila ada kawan lain lain negeri
      suri baru je tulis kisah Pin, pin, pon..pon dari myblogsantai.blogspot.comMy Profile

  3. suri says:

    api selalu elektrik padam orang sebut api tak ada.bukan apikan patut sebut elektrik tiada. itu bahasa kampung
    suri baru je tulis kisah 1 Malaysia Book VoucherMy Profile

  4. sud@is says:

    kecik sebagai kawan, bila besar tak terlawan, malah boleh makan tuan…

  5. zara says:

    Pernah jumpa kedai nasi ayam penyet API..saya pun takpasti ape maksud API tu..tp saya agak AYAM PENYET INDONESIA mungkin..

    Nak Jana Pendapatan Tambahan?
    zara baru je tulis kisah Petua Sembuhkan Demam DenggiMy Profile

  6. kakiblog says:

    dengan adanya api kita boleh masak..dan isu kebakaran di HUS memang merisaukan
    kakiblog baru je tulis kisah Kisah Blogger KB Dalam FebruariMy Profile

  7. azura says:

    dok terbakar kat gua tempurung tu dekat no dengan kampung saya cikgu

  8. hafiz says:

    musim panas ni memang senang terbakar
    hafiz baru je tulis kisah Suku akhir kedua Piala FA 2014 Kedah FA vs JDTMy Profile

  9. Lyn™ says:

    Api kecik menjadi kawan.
    Dah besar menjadi lawan.

    Tapi siapa yang ingat Kampung Api-api di Pontian Johor ?
    Lyn™ baru je tulis kisah AFA CELLMAXX dan Adult Stem cellMy Profile

  10. onlajer says:

    tapi jangan jadikan hati seperti tanah gambut , perlu air yang banyak untuk memadam kan tanah yang berbara
    onlajer baru je tulis kisah Minda Seratus Peratus KeuntunganMy Profile

  11. akubiomed says:

    Cuaca panas sekarang ini boleh mengundang masalah kesihatan dan mudah berlaku kebakaran kerana kering.
    akubiomed baru je tulis kisah Tips menghadapi cuaca panas terik yang mengigitMy Profile

  12. UmmiKami says:

    Unggun api makan laluan,
    Menyambar dahan buah pulasan;
    Pantun sepi ku coretkan tuan,
    Agar melebarkan ukhwah insan.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lama…My Profile

  13. hafizmd says:

    Alhamdulillah. Gombak semalam Allah turunkan hujan walau sekejap. Cukup bermakna.
    hafizmd baru je tulis kisah Bayaran Komisen Pertama Ashadee 2014My Profile

  14. api kecil menjadi kawan, api besar menjadi lawan.
    the malay male baru je tulis kisah mengenai baby aina.My Profile

  15. Hafizul says:

    Emm mujur tak jerebu je kan?hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 29 Dari JobdirumahMy Profile

  16. zool says:

    memang banyak kebakaran berlaku kat mana2 sekarang ni..
    kering sangat cuaca
    zool baru je tulis kisah Perabot dan kelengkapan yang ingin dicariMy Profile

  17. titan says:

    betul..jangan main-main dengan cik api..

  18. de engineur says:

    Kalau kat Sabah plak, Api Api tu nama tempat. Nama lama utk Kota Kinabalu.
    de engineur baru je tulis kisah Samsung Galaxy Camera 2 to be available in March 2014 for $449.99(RM1,649)My Profile

  19. Bila bercerita pasal api, aku baru aje lps tgk citer Dokumentari Pondok Pak Ya di Astro…27 syuhada syahid, asrama puteri terbakar tahun 1989…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Kisah OKU Mencari Cinta Sejati (Part 1)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun