Api Kemarahan

Angin menderu langsir berlagu
Daun kenanga gugur ke bumi
Bertenang bersabar dengan marahmu
Limpahkan senyuman di pinggir hati

Awan berarak mendung menjelma
Di hujung senja suria bermuram
Berlapang dada menerima kecewa
Bermanis mulut membalas geram

Bulan purnama bermohon diri
Pungguk bermuram di dahan kenanga
Undur ke belakang punca di cari
Walau pun mungkin mangambil masa

Hujan teduh kucing bersuara
Cengkerik berbunyi di tepi bangsal
Berikan mulut kepada telinga
Berikan hati kepada akal

Ayam berkokok di hujung dahan
Suria tersenyum di hujung rindu
Bertukar angin mencari pilihan
Siramkan amarah secangkir madu

Kalau berdiri mintalah duduk
Kalau berbicara mintalah senyap
Padamkan amarah di dalam wuduk
Tenangkan hati di dalam solat

Marah juga adalah makhluk yang dijadikanNya untuk bersama kita.

TehrDemikian kisah 'Api Kemarahan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun