Apakah Mungkin…

lengang pangkin malam nan sepi
pungguk merindu di dahan kemboja
apakah mungkin memang begini
kita beraya sebelum berpuasa

bersedih pungguk masih merayu
menagih sayang si bulan terang
apakah mungkin boleh begitu
membayar hutang dengan hutang

bintang terang di malam sunyi
semakin parah rindu si pungguk
apakah mungkin akan terjadi
terlebih kerak daripada periuk

angin bertiup awan berlalu
kasihan pungguk hatinya cemas
apakah mungkin akan berlaku
itik di reban bertelurkan emas

Islam telah memberi garis panduan kepada umatnya dalam segala urusan. Kita sentiasa disaran agar bersederhana dan tidak boros berbelanja. Sifat yang sedemikian akan dapat membantu kita menjadi hamba Allah yang dekat padaNya, seterusnya diberkati. Mengawal nafsu berbelanja dapat mengelakkan kita dari keseronokan sementara dan kesengsaraan yang berpanjangan.

TehrDemikian kisah 'Apakah Mungkin…' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun