Apabila Tuhan Memberi Hibur

semesta alam ini
tuhan jadikan penuh seni
seketul hati ini
tuhan berikan bersih suci

orkid

apabila tuhan memberi hibur
warna pelangi hadir berjalur
sayup suara burung tekukur
dibawa senyum ke dalam tidur

apabila tuhan memberi hibur
wajah bersih si kecil tidur
ayah di laman ibu di dapur
seikhlas terima tiada takbur

apabila tuhan memberi hibur
langkah terus bukan berundur
riang takdir diterima jujur
sepenuh hati melimpah syukur

baby-tidur

mengapa kamu
selalu engkar kepada pencipta
mengapa nafsu
selalu diangkat menjadi raja

TehrDemikian kisah 'Apabila Tuhan Memberi Hibur' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. ghost writer says:

    hiburan memang sangat mengasyikkan..tuhan memang sengaja mencipta kesemua tuh untuk melihat sejauh mana hamba-NYA menghadapi ujian.

    dan aku salah satu yang terasyikkan hiburan.
    ghost writer baru je tulis kisah para-laraMy Profile

    1. tehr says:

      aku juga, ghost
      walau pun aku tahu, hiburan sebenarnya ada dalam diri sendiri

      1. Mus says:

        manusia memang tak dapat lari dari hiburan..
        Mus baru je tulis kisah Desa Cattle Farm Umpama ‘New Zealand’ MalaysiaMy Profile

  2. apabila Tuhan memberi hibur
    menadah tangan penuh bersyukur
    pelangi datang dari dapur
    baru sudah makan cucur

    pantun hentam saja laa tajuk diberi..

    sgt tenang bila dpt lihat muka baby tidur lena :)

    1. tehr says:

      pantun cucur ni, rain :D

      cucur bukan sebarang cucur
      cucur dibuat di dalam dapur
      syukur bukan sebarang syukur
      syukur nikmat dalam berhibur

  3. nurmisnan says:

    tidak salah untuk berhibur tapi berpada2 saja..

    Comel sungguh tgk si kecil tdo berpelukan bantal… kuit
    nurmisnan baru je tulis kisah Dinding diri, keluarga dan harta dengan surah YaasinMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      buat apa2 pun biar berpada
      dan pilih yang halal

      1. Mus says:

        memang brtu tu bro..
        adakalanya isu halal haram pulak terlepas pandang..
        Mus baru je tulis kisah Mat Kelapa – Antara Kelapa Muda Paling Mahal Di MalaysiaMy Profile

  4. yas says:

    Aku ni nak kata taksub sangat pd hiburan tak juga…tp bab2 lagu yg boleh masuk ngan jiwa aku mmg aku layan…tp tak penah le sampai aku terlebih2 sehingga melalaikan..

    Mmg hiburan dlm Islam ada hadnya…supaya manusia tidak leka dibuai mimpi2…supaya manusia tidak melebihi nafsu dr segalanya…
    yas baru je tulis kisah 10 Perkara yang Yahudi tak Nak!!!My Profile

    1. tehr says:

      hiburan sebenarnya banyak, yas
      ada orang boleh berhibur dengan menikmati keindahan alam, serangga atau unggas
      hiburan dari tuhan untuk kita
      moga2 kita mengenali diri sendiri

      1. surihati_ku says:

        byk cbran dlm hiburan kena pilh mana yg baik..sllu yg kurg elok tu wjib d kurangkan hee…
        surihati_ku baru je tulis kisah Petua Melembutkan Jemput-JemputMy Profile

        1. tehr says:

          betul tu
          usah terikut dengan cara orang
          kita ada cara kita sendiri yang telah ditetapkan

          1. Mus says:

            dugaan juga,
            kita sekarang disaji dengan banyak hiburan terutama di tv
            Mus baru je tulis kisah Seram Sejuk!! Jumpa Budak Dalam Hutan!!My Profile

          2. surihati_ku says:

            bro mus tehr ckp pasal tv mmg byk tv 3 tuh dah rancvangan mentro di tukar pada vokal plk..ei meluat tgol rancangan hiburan bgtu..tiada ilmiah langsung..
            surihati_ku baru je tulis kisah GirlfriendMy Profile

  5. surihati_ku says:

    hiburan saya bila balik amaik ank kt umh pgasuh heee..rasa suka dan tak sabar jumpa dia..

    sllu pas hantar dan masa dlm pjlanan nak amik anak kami sllu ctr pasal gelagat anak.apa yg dia pandai, kata2 dia kami ajuk sesama sndi hee..
    surihati_ku baru je tulis kisah Petua Melembutkan Jemput-JemputMy Profile

    1. tehr says:

      itulah maksud saya, suri
      hiburan ada di rumah dan dalam diri kita sendiri

      1. surihati_ku says:

        benar tu bro rasa nak tmbh2 lagi ar plk hiii..
        surihati_ku baru je tulis kisah Kenali Obor-Obor Part IMy Profile

  6. surihati_ku says:

    ank bro tehr ke? pinjm blh buat teman ank saya haaa.. comel dia tdo..
    surihati_ku baru je tulis kisah Doa Pelembut Hati AnakMy Profile

    1. tehr says:

      anak sedara ni :D

      1. surihati_ku says:

        hoo. sy suka tgok anak2 tdo rasa damai je hati..syok dia tdo smbil pelok bantal busuk..pastu hujung2 bantal2 tu dia gente2l..heee
        surihati_ku baru je tulis kisah Peka Dengan KesilapanMy Profile

  7. sayacomel says:

    alalla..comelnya dia tidor..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Sangat – Saya tak bersalah!My Profile

    1. tehr says:

      yups
      memang comel sangat2 :D

      1. surihati_ku says:

        klo org tua , dwsa tdo mmg tak comel dah
        surihati_ku baru je tulis kisah Peka Dengan KesilapanMy Profile

        1. tehr says:

          orang tua tidur, berkerut je dahi
          dok pikir hutang :D

          memang tak best

  8. padin says:

    memang indah pantun ni, tehr..
    padin baru je tulis kisah Semasa Lah SangatMy Profile

    1. tehr says:

      thanks
      kadang2 aku sendiri tak suka baca apa yang aku tulis
      ada yang sangat mengarut :D

      1. surihati_ku says:

        haaa. benar ke bgtu?
        suri plk harni pos pastu sblum nak komen suri akan baca apa yg suri tulis..rasa lawak bila baca hasil tulisan sndri.entah org paham ke idak tak tahu le..

        urm…
        surihati_ku baru je tulis kisah Jeritan Penghuni Kubur Akibat Tidak BersuciMy Profile

  9. toyol says:

    wah..
    sedapnya si boy tu tido..

    mr. tehr apa khabar..
    toyol baru je tulis kisah RASAMy Profile

    1. tehr says:

      sedang mimpi apa la agaknya :D
      saya sihat2 saja
      alhamdulillah

      moga2 tk juga sihat bersama rahmatNYA

  10. chii says:

    berhibur x salah sebab hiburan tu sendiri indah..tp bila berhibur dgn keterlaluan sehinggakan lupa semua perkara..tu yg xmau tu

    alahai,,comelnya si kecik tdo..eheh
    chii baru je tulis kisah Berkongsi KasihMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, chii
      biar berpada dan halal

  11. zulkbo says:

    salam..
    lena nya tidur si kecil
    seronok melihat kanak-kanak
    tidur begitu..nampak naif
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Jenazah Allahyarham Muammar Gaddafi Presiden Libya Di Tembak MatiMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      bila si kecil tidur lena
      mak ayah memang sangat bahagia

  12. akubiomed says:

    Sehatnya anak saudara bro Tehr. Bukan main lena lagi tidur
    akubiomed baru je tulis kisah Sekitar konvo UniselMy Profile

    1. tehr says:

      memang sangat lena, bro
      orang keliling bising pun dia tak sedar :D

  13. zik says:

    suka tengok buadak kecik tuh tidur.. syoh2.. kalau ada nyamuk datang nih…
    zik baru je tulis kisah Piala VFF 2011( keputusan terkini malaysia U23 vs uzbekistan U23My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      tidur siang ni, bro
      tak ada nyamuk :D

  14. Pacifista says:

    suka dengar lagu raihan tentang hiburan ni :)
    Pacifista baru je tulis kisah Pemenang Contest Review Alexa @ Pacifista.myMy Profile

    1. tehr says:

      hiburan yang membina
      sayang mereka kurang aktif sekarang

  15. Mus says:

    bila nafsu menjadi raja,
    maka hancurlah segalanya
    Mus baru je tulis kisah Desa Cattle Farm Umpama ‘New Zealand’ MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      nafsu dalam diri kita
      sepatutnya kita yang menjadi raja

  16. mijie says:

    yang pastinya sifat manusia itu memang sukakan hiburan..dan di situ kita akan lihat apakah hiburan yg kita ada itu dalam kawalan ataupun luar kawalan
    mijie baru je tulis kisah Dari puteri resort melaka ke klinik bukit changgangMy Profile

    1. tehr says:

      masa muda2 dulu selalu juga tergelincir ke luar kawalan
      sekarang aku dah baik dah… :D

  17. hafizmd says:

    indahnya rangkap2 yang en tehr titip…

    kagum saye dibuatnya

    bila nafsu beraja dihati
    hati yang suci tiada lagi
    hafizmd baru je tulis kisah Ukhwah blogger & Tahniah kepada jurukomen ke 10,000!My Profile

    1. tehr says:

      bila nafsu beraja dihati
      hati yang suci tiada lagi
      kerana mati adalah pasti
      tiada bekal untuk kembali

  18. ohcikgu says:

    itulah yang jadi bila ikut nafsu..
    ohcikgu baru je tulis kisah Penangan Upin dan Ipin di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      usah biarkan nafsu menjadi raja

  19. bEe says:

    Hiburan yg diberi oleh Allah, hanya utk memberi ketenangan kpd manusia. Tp, manusia byk yg terleka kan cikgu!

  20. bEe says:

    BTW, comelnyer bb yg tido tu. Nak gigit pipi boleh? ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun