Apabila Jejari Mula Menari

bila jejari melangkah tari
lompat kanan lompat ke kiri
memilih huruf gambaran hati
menyusun kata pancaran seni

bila jejari melompat-lompat
antara dapat antara sempat
berani tanggung berani buat
aturan budi titisan keringat

bila jejari diangkat letak
tiada berdiri selayak budak
bukan pekerti kata terlajak
jujur hati ikhlas bertindak

Dalam hidup ini, seorang anak, ibu, abang, kakak atau siapa sahaja perlu mempunyai tanggungjawab. Begitu juga dengan seorang blogger, penulis malah wartawan. Apa yang ditulis oleh jari-jemari adalah lahir dari gambaran fikiran dan hati sendiri. Dalam pada mencari kepuasan untuk hati sendiri, hati orang lain juga perlulah dijaga.

TehrDemikian kisah 'Apabila Jejari Mula Menari' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun