Apabila Isteriku Tertawa

Lagu Kalau Berpacaran yang disampaikan oleh Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet [miming oleh Cikgu Shida] bukan sahaja sedap didengar malah mempunyai mesej yang sangat jelas. Hidup dilamun cinta sama ada muda-mudi atau sesiapa sahaja sangat memerlukan kawalan dan mesti mengikut aturan yang ditetapkan.

Apabila Isteriku Tertawa

7

aku sering dilanda kerinduan
pada keamanan pada kedamaian
namun semua gelora hilang entah di mana
apabila isteriku tertawa

aku risau memikirkan harga rumah
makin melambung tinggi
langsung tiada batasnya
namun segala risau
terus hilang ke mana saja
apabila isteriku tertawa

ketawanya pendek sahaja
bagaikan sengaja direka
namun penuh bermakna
lantas mengubat segala duka

aku sering memohon pada Dia
agar aku dan isteri sentiasa bersama
kerana semua derita hilang entah ke mana
apabila isteriku tertawa

Antara lagu dendangan Sohaimi yang sangat sesuai dimainkan sambil minum secawan teh bersama isteri dan anak-anak terutama ketika dalam mood riang. Kalau dalam mood konfrantasi memang tak menjadi punya. Ha ha ha.

apabila isteriku tertawaawan berlari puncak kinabalu
hadir pelangi menjelang senja
senyum isteri semanis rindu
ketawa suami macam garuda

Tahniah kepada saudara Zulkbo dan Mie yang berjaya meneka dengan tepat Cuba Teka 7 semalam. Sebenarnya ada clue [sedikit maklumat] dalam baris-baris pantun yang ditulis. Ada empat [4] tajuk lagu nyanyian Sohaimi iaitu Semalam Aku Terfikir Sesuatu, Sandarkan Resahmu Di Bahuku, Misteri Cinta dan Sedari Dulu diselitkan di situ.

TehrDemikian kisah 'Apabila Isteriku Tertawa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


55 Comments

  1. kan betul..TE lambat sikit..keh3

    jalan-jalan melawat tugu,
    terbinanya tugu kekal misteri,
    berapa lama mau ditunggu,
    bila TE nak dapat isteri

    xD
    tengkorak emas baru je tulis kisah Design Exhibition Part 15 Glory Movie PosterMy Profile

    1. tehr says:

      berapa lama mau tunggu
      sampai bulan jatuh ke riba
      sakit hati menanggung rindu
      nak kawin entah kan bila :D

  2. adah says:

    tak tepat…kehkehkeh
    adah baru je tulis kisah MembisuMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa, adah
      lain kali cuba lagi

      1. Mus says:

        beriya-ia menggoogle.. dah ada jawapan orang lain dah jawab.. simpan jerlah..
        Mus baru je tulis kisah Gambar Jalan Di Sebuah KampungMy Profile

  3. Cik Siti says:

    tahniah kepada yang berjaya meneka….
    Cik Siti baru je tulis kisah Rakan sekelas yang mencuit hatiMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah untuk mereka berdua

  4. padin says:

    aiyooo.. aku tau tajuk lagu dia
    “suatu hari nanti” tu je yg tau kih3

    1. tehr says:

      sohaimi memang lama berehat
      rasanya +- 23 tahun

      1. Ismail N says:

        tu yg buat hilang dari memori.. he he.. kawe cuma ingat lagu hit dia : Epilog Cinta Dari Bromley
        Ismail N baru je tulis kisah Garden of Eden Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

  5. sud@is says:

    lagu2 ciptaan dan dendangan Sohaimi penuh makna dan nasihat
    sud@is baru je tulis kisah Gelagat SyaitanMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      aku memang suka lirik lagu2nya
      memang tak main gaya jiwang2 ni

  6. nurida ardy says:

    my mom suka betul dengan lagu Kalau Berpacaran nih..hukhukhuk..:)
    nurida ardy baru je tulis kisah Membaca Buku Amalan MuliaMy Profile

    1. tehr says:

      sambil2 nak nasihatkan anak2 tu, nurida :D

  7. zulkbo says:

    salam..
    kena dengan klu tu..
    he he..saya memang suka
    lagu-lagu Suhaimi Meor Hasan
    ni..ermmm..thanks dapat lepak
    seminggu dua di kotak iklan..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Selena Gomez VS Justin BieberMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      tahniah2
      bro memang pandai baca klu :D

    2. Norgadis says:

      Tahniah! Nampaknya bolehlah jadi nujum teka mata ni…
      Norgadis baru je tulis kisah Anak Aku Dapat Tawaran Masuk KUISMy Profile

  8. ghost writer says:

    mantap tul zulkbo ngan mie meneka.aku pulak macam mau mengali harta karun di bawah bangunan daya bumi.
    ghost writer baru je tulis kisah chermin-apa ada di sebaliknyaMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, ghost
      bro zulkbo dengan mie memang pandai cari klu

  9. shameel says:

    Tahniah kpd yg berjaya.

    Saya meminati lagu2 puisi dari Suhaimi meor hassan. Tapi lagu kalau berpacaran agak lari dari lagu puisi tapi tetap sarat dan padat dgn mesej yg amat berharga.
    shameel baru je tulis kisah Kematian Itu Satu TemujanjiMy Profile

    1. tehr says:

      lagu kalau berpacaran masih juga menarik
      sesuai sangat untuk sampaikan mesej kepada remaja terutamanya
      beliau juga bijak memilih rakan duet

  10. IM sempat tengok artis nyanyikan lagu ini ditv sambil menari-nari lelaki dan perempuan penuh. terfikir IM, tau ke apa maksud lirik lagu tu?
    insan marhaen baru je tulis kisah Langit Tidak Jadi Hujan PetirMy Profile

    1. tehr says:

      mereka layan rentak je, IM
      bukan layan lirik :D

  11. benjy says:

    Tak sangka pula Tehr, Mie dan Zulkbo ni peminat sohaimi mior hasan … patutlah KACANG je diaorang jawab …. kalau c Mie tu b3njy dah agak dah … bagi b3njy, b3njy dah bagi gelaran pada nya … nak tahu apa gelaran b3njy pada Mie tanya je dia … (boleh tak sesiapa band je c Mie ikut contest ni … hehehehe … jangan marah saja gurau) … Apa2 pun tahniah kepada Zuikbo dan Mie T. P. terima kasih dan salam hormat.
    benjy baru je tulis kisah B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7MMy Profile

    1. mie says:

      alamak!!
      jangan banned gue…

      p/s: berjaya conquer semua segmen kat blog ni.. hahahaaa
      mie baru je tulis kisah Macarons From Angel Cupid KitchenMy Profile

    2. tehr says:

      yang pasti aku tak pecah rahsia klu tu
      haha
      mereka memang ada belajar ilmu pak belalang :D

  12. mie says:

    gue tau lagu misteri cinta je..
    yang lain was was skit..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Macarons From Angel Cupid KitchenMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah2
      asal tau je, mie
      yang penting kena dan 2 orang pertama :D

      1. mie says:

        itu la!!
        tau2 la skit…
        mie baru je tulis kisah Perang Promosi Dan KFC Voucher OnlineMy Profile

    2. Norgadis says:

      Tahniah! Hebat… tekaan yg tepat.

  13. LiFe KaMi says:

    kami pun suka lagu kalau bepacaran tu..
    isteri lah tempat kita mengadu dan mencari ketenangan, tapi ada juga org yg tidak menghargainya..
    bro ni mesti sporting kan..:)
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Stroller Atau Baby CarrierMy Profile

    1. tehr says:

      memang ada yang tidak pandai menghargai, LK
      sedih bila baca berita

      aku sendiri terkadang hilang kawalan juga :D
      [mengaku aje]

  14. zik says:

    alah asik lambat jer….. dah tuh asik salah…. adoi2…
    zik baru je tulis kisah Ikan laga dan cara penjagaanMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa, zik
      tq

  15. titan says:

    hoho..tak penah lagi nampak isteri ketawa. sebab belum kahwin..
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat Duit dengan YMadsMy Profile

    1. tehr says:

      agaknya bila tu, bro? :D

  16. Oh,ingatkan buat entry tentang isteri, tn blog dah kahwin.
    Pemerhati Dunia baru je tulis kisah Kembalikan Sinar Islam Di Negara Yang Paling Banyak Menentang IslamMy Profile

    1. tehr says:

      dah
      anak2 pun dah besar panjang
      hehe

  17. kakyong says:

    memang suka dgn laju suhaimi meor hassan.. membesar dengan lagu2 nya…
    kakyong baru je tulis kisah Akhirnya ade juga gambor ibu dan 3 anakMy Profile

    1. tehr says:

      cara dia memang lain dari yang lain
      kan?

  18. dyea says:

    iye pabila isteri ketawa…moodnya baik..gembira..maka suaminya dan anak2 dapat mkn sedap sbb smgt orng happy selalunya lain macam..hehhehe..tp biasanya bg sorng suami cukup dgn melihat senyuman si isteri pun sudah membuatkan jiwa nya tenang dan bahagia

    1. tehr says:

      secawan teh bersama sekuntum senyum
      haha

  19. puteri says:

    kadangkala
    tak perlu tertawa
    senyuman sudah memadai..

    :)
    puteri baru je tulis kisah cintakuMy Profile

    1. tehr says:

      awas juga, puteri
      usah ketawa berlebihan
      lari nanti si suami kerana takut :D

  20. Mus says:

    klu tu aku google terus ada jawapan.. sayangnya org lain dah teka dulu..
    Mus baru je tulis kisah Aksi Baring- Potong & TangkapMy Profile

    1. tehr says:

      nak buat macam mana, mus
      biasanya entri teka ni jam 6.00 petang jumaat

  21. adele says:

    bila isteri tertawa,
    tehr rasa bahagia.

    moga berbahagia selalu :D

    1. tehr says:

      amin
      moga2 bahagia akan bersama adele juga nanti
      bila tu? :)

      1. adele says:

        ehem..xtaulah lg abg tehr..jauh lg perjalanan hdup ni..sob2..eh,tiba2 lak rsa sedih.apesal :D

  22. wah best la sajakny tehr…:) bertuah isteri tehr …:)
    Fantastic Ajane baru je tulis kisah Kerajaan Tidak Takut Penulis BlogMy Profile

    1. tehr says:

      amin2
      moga2 tuahnya sampai ke anak cucu

      bukan saya tulis, FA
      lirik lagu sohaimi ni

  23. bEe says:

    Apabila isteri tertawa
    Dunia adalah syurgawi
    Yg memberi nafas dlm kehidupan
    Yg memberi sembagat & ispirasi…

    Cewah!!!! Berpuitis pulak da :-)

    1. tehr says:

      tak apa2
      blog ni menerima segala jenis puisi dan pantun
      hehe

  24. hafizmd says:

    tahniah utk mereka berdua….cekap betul!

    lagu kalau berpacaran mmg ada isinya…sedap lagunya :D
    hafizmd baru je tulis kisah Misteri kebun Pak Din dan ganjaran USD 1…My Profile

  25. zik says:

    lepas nie kena standby awal2 kalau ada macam nie… tapi masa online tak samalah.. huhu…
    zik baru je tulis kisah 11 tips mengatasi masalah kenaikan harga barangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun