Apa Yang Dicari Blogger

Dalam dunia internet yang sangat lembap sempit ni, ada banyak perkara yang dicari oleh blogger. Dalam entri ni aku cuba senaraikan untuk kita pakat-pakat baca dan sama-sama fikirkan. Hanya apa yang sempat aku nampak. Setuju atau tidak, korang tulis dalam ruangan komen nanti. Harap-harap tak ada yang marah, ya?

1. Blogger Cari Duit

Blogger yang cari duit ni ramai yang berjaya dan tak kurang juga yang gagal. Ada yang jadikan sebagai kerja sambilan dan ada yang buat sebagai kerja sepenuh masa. Blogger cari duit suka buat entri mengenai cara dapat duit dan tak kedekut memberi tips bagaimana mahu jana pendapatan dengan blog.

2. Blogger Cari Hiburan Dan Seronok.

Blogger yang mencari keseronokan dan hiburan ni aku nampak paling ramai. Ada bermacam-macam cara dan gaya. Entri blogger cari seronok banyak berkisar mengenai diri sendiri, keluarga dan alam. Mereka terhibur dengan blog dan mereka seronok berkongsi pengalaman. Tapi jangan lupa, blogger dalam kategori ini juga boleh jana pendapatan melalui blog. Sambil berseronok, sambil berhibur, sambil dapat duit. Best, kan?

3. Blogger Cari Masalah.

Kumpulan blogger cari masalah nampak makin berkembang biak. Makin hari makin banyak. Mereka jarang ambil tahu mengenai salah atau betul entri yang mereka tulis atau gambar yang mereka paparkan. Mereka gagal mengesan akibat kepada diri sendiri dan kepada orang lain hasil daripada entri mereka. Sensetiviti agama, hubungan kaum, peraturan malah undang-undang negara juga mereka tak peduli. Memang masalah.

4. Blogger Cari Gaduh.

Hampir sama dengan blogger cari masalah tapi blogger cari gaduh hanya menulis mengenai blogger lain. Memang sengaja cucuh api dan tuang minyak ke dalam api yang sedang marak. Blogger cari gaduh, boleh juga dikata blogger cari pasal pandai timbulkan suasana panas melalui entri sendiri atau dengan cara meninggalkan komen pada entri blogger lain. Payah.

5. Lain-lain.

Ada banyak perkara lagi yang dicari oleh manusia yang bergelar blogger bila menulis di blog. Ada blogger cari pengaruh, blogger cari pengikut, blogger cari keredhaan Allah dan lain-lain. Tak nak aku nak tulis panjang-panjang, takut lain pula jadinya nanti. Lagi pun aku juga seorang blogger. :D

Burger ada bermacam burger,
Burger goreng dan burger bakar;
Blogger ada bermacam blogger,
Blogger samseng, patuh dan engkar.

Menulis adalah satu perbuatan diri sendiri dalam keadaan sedar dan diri sendiri juga yang akan menerima hasil dan akibat. Baik atau buruk. Dunia dan akhirat.

TehrDemikian kisah 'Apa Yang Dicari Blogger' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. OH Ping Blog says:

    aku tergolong dlm golongan pertama…
    kihkih
    OH Ping Blog baru je tulis kisah Tahukah ANDA ! Jepun Cipta Minyak Dari SampahMy Profile

  2. hafizmd says:

    3&4 tu mmg kena elaklah…kalau itulah niatnya…takyah buat blog…hohoho
    hafizmd baru je tulis kisah Siri 4:Ambil Kesempatan Atas Blogger Hebat!My Profile

  3. Pada mulanya, memang saya menulis blog bertujuan mencari duit. Tapi, lama kelamaan, ianya mula menjadi minat untuk memperkembangkan bakat dalam penulisan. Padahal masa SPM dulu, subjek Bahasa Malaysia dapat 5C je pun. Hahahaah
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Penjelasan Tentang Bitstrips dalam Facebook dan Cara Untuk BlockMy Profile

  4. kalau tilis pasal politik.. mmg cari gaduh la jawabnya. heee
    Hairul Hissam™ baru je tulis kisah Resepi Cara Membuat Putu Mayam Cicah Kuah Kaya & Testimonial Terbaru Pakej Putu.My Profile

  5. dalam kehidupan pun memang tak elok duk cai=ri pasal nak gaduh dgn orang…aku pula cari ilmu untuk sebarkan ilmu..cari duit sambil-sambilan
    blogger lelaki baru je tulis kisah Peristiwa Di Bulan MuharramMy Profile

  6. mie says:

    dari dulu lagi jadi blogger no.2
    tapi nak cuba jadi blogger no.1
    tapi masih belum kesampaian..
    ehehehehehh
    mie baru je tulis kisah Memborong Cenderahati Di Agung BaliMy Profile

  7. Mohd Shubhi says:

    saya mula dengan blogging politik…biasanya jenre ni suka cari gaduh walaupun tak ada niat tapi orang yang tak sealiran sentiasa ajak gaduh…terpaksa tinggalkan genre politik dan fokuskan pada genre masyarakat
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Bagaimana nak cari dan dapat pekerjaan untuk para graduanMy Profile

  8. Dja@SisHaza says:

    Saya kategori dua alam kot. Emm maksudnya jenis no 1 dan 2 kot hihi… apa2 yang kita tulis , kita perlu bertanggungjawab. Harap apa yang ditulis dapat lebih beri kebaikan kepada yang membaca berbanding keburukan

  9. niat asalnya saja nk cuba berblog mcm org lain..last2 jd minat pulak.. huhu

    nuffnang tu sambil2 je, klu ada rezeki, adalah.
    the malay male baru je tulis kisah baby ainaMy Profile

  10. Bumilangkawi says:

    jgn crik gaduh sudah..hehe

  11. Sya Isya says:

    blogger cari masalah. xde masalah cari masalah. erk… ada ke? :D
    Sya Isya baru je tulis kisah PELUANG BUAT DUIT DENGAN PROGRAM AFFILIATE KOMISEN 2 LEVELMy Profile

  12. Hafizul says:

    Alamak mintak jauh lah blogger yang cari gaduh dan masalh tu..hahaha
    Hafizul baru je tulis kisah Salam Maal Hijrah Daripada Pondok KecilMy Profile

  13. Zuan says:

    den carik duit, tapi secara sambilan la :)
    Zuan baru je tulis kisah Kesan Apabila Kad Komuter 1Malaysia Tidak Lagi Boleh DigunakanMy Profile

  14. hafiz says:

    Saya dalam kategori ke 2, tapi bila nak naik ke kategori pertama tu
    hafiz baru je tulis kisah Tips untuk memilih jantina bakal anakMy Profile

  15. cik tom says:

    mmg mcm jenis n byk ragam blogger…hrp dpt elak dr jd blogger bermasalah…
    cik tom baru je tulis kisah Pokok Periuk Kera di Teratak RusnahMy Profile

  16. wazy says:

    Dalam dunia blogging ni memang banyak cabarannya
    wazy baru je tulis kisah Salam Maal Hijrah 1435HMy Profile

  17. pahan says:

    bro ialah blogger paling sempoi aku tengok.hehe.. tengok kanan bawah, best pantun.hehe
    pahan baru je tulis kisah Kata-kata pahit ditelan, manis dimakan #1My Profile

  18. Rasanya ramai yang cari duit kot kan. Hehe.. Blogger cari trafik ke.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435HMy Profile

  19. zool says:

    cari duit dan cari kawan2 cam tuan tehramuan ni.. mana tau nanti boleh jumpa ngeteh ke
    zool baru je tulis kisah Senarai Pemenang Trofi Liga Malaysia 2013My Profile

  20. kakiblog says:

    sekarang ini nak jadi blogger cari duit..mana tau ada tersangkut!
    kakiblog baru je tulis kisah Tulis Idea Dan Dapat DuitMy Profile

  21. fendy says:

    cari duit dan suka2…
    fendy baru je tulis kisah Tonton Love You Mr. Arrogant Episod 24My Profile

  22. Pendekar says:

    aduhai… pernah jadi semua tu dulu…
    sekarang ni dah slow…
    malas nak ambil port sangat…

    makin lama makin slow…
    kubur dah panggil mari…

    salam ziarah dari blog ke blog…
    lama tak menyinggah ke teratak blogger TehR yang otai… hehe….
    semoga sihat selalu bro…
    Pendekar baru je tulis kisah Keputusan PRK Dun Sungai Limau – Pengajaran. cc @NajibRazakMy Profile

  23. Ismail N says:

    Blogger cari glamer he he… Kawe ketegori blogger bidang terjun..cari entah apa ler..
    Ismail N baru je tulis kisah Formula One Is Getting Boring But Don’t Blame Vettel For ItMy Profile

  24. akubiomed says:

    Selagi nama seorang insan ada masalah yang ditimbulkan cuma pada platform yang berbeza.
    akubiomed baru je tulis kisah Celup celup di Sungai ChilingMy Profile

  25. Qashmere says:

    Macam-macam yer kalu jadi blogger ni.

    Tapi saya ni nak menulis je.. tapi ada peluang cari duit. Boleh lah campor dua dua sekali. Hahaha
    Qashmere baru je tulis kisah Makan Lagi Di Restoren Haji Shahrin Grand Low – Authentic Chinese Muslim CuisineMy Profile

  26. papa mifz says:

    lately terbaca di beberapa entry ada beberapa blogger yang suka cari pasal…hoho
    papa mifz baru je tulis kisah Pertama Manis Kedua PedasMy Profile

  27. den cari orang je haha :)
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Wordless Wednesday 94 : Space Saving DesignMy Profile

  28. titan says:

    biasalah tu. nama pun blogger..
    titan baru je tulis kisah Daftar Second CRM OYB WorkshopMy Profile

  29. sensasi2020 says:

    Blogger syok sendiri

    Buat entri publish hari-hari,
    Pelbagai karenah ditulis dikarang,
    Blogger ini syok sendiri,
    Apa dibuat tunggang-langgang.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Ucapan Salam Maal Hijrah Atau Awal Muharam 1435H / 2013 | 2014 MasihiMy Profile

  30. artikel yang menarik, goal seorang blogger traffic = uang. semua berlomba untuk mendapatkan traffic dari internet, agar informasi yang kita buat bisa dilihat orang sedunia
    OBAT GINJAL AMPUH baru je tulis kisah Penyakit Ginjal-Apa Itu Penyakit Ginjal Dan Apa Yang Harus Dilakukan?My Profile

  31. Lyn™ says:

    Susah juga jadi blogger ni ya cikgu ?
    Kadang tulis pengalaman sendiri dikatanya kita syok sendiri
    Tapi itu blog mek punya, suka hati mek loh nak tulis gapo pon.
    ( Tulislah apa-apa yang mendatangkan faedah …)
    Lyn™ baru je tulis kisah Petua hilangkan bau badanMy Profile

  32. Wah senarai kategori blogger nie, is take a note memandangkan blog is maybe dalam kategori cari gaduh dan cari masalah, tapi kadang-kadang je lerr ikut mood, hehehe.

    sunsilk
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah King Commentator October 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun