Apa Maksud Sebenar Pelantun

Apa sebenarnya maksud perkataan ‘pelantun’ yang sering kita jumpa dan semakin banyak diguna pakai sejak akhir-akhir ini. Benarkah pelantun bermaksud penyanyi. Seperti biasa untuk mencari maksud sesuatu perkataan, aku ke Laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu [PRPM], Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. Tekan keyboard, taip perkataan pelantun dan aku tekan Enter.

Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelantun! Hairan juga.

Encik Manaf sekadar tergelak,
Tidak dapat nak balas pantun;
Minta maaf berbanyak-banyak,
Tiada maklumat kata pelantun.

Adakah anda bermaksud : pelan tun, pemantun atau pel antun. Begitu balasan dari laman PRPM. Bukan. Aku bukan bermaksud dengan perkatan-perkatan tu. Aku maksudkan pelantun.

Seterusnya aku cuba pula cari maksud kata ‘lantun’.

lantun ; melantun 1. membuang balik, me­mantul, menganjal: tudung pen itu ~ di atas meja; 2. ki terkena semula (pd seseorang): soalan ini ~ balik kpd kamu sendiri; melantunkan menyebabkan menganjal atau mengambul, mengambulkan; lantunan gerakan melantun. Kamus Dewan Edisi Keempat

Bola getah melantun-lantun,
Bergolek laju ke bawah tangga;
Mengapa payah kata pelantun,
Siapa tahu apakah maksudnya.

Dari mana pula datangnya kata ‘pelantun’ ni.

Kerana masih tak puas hati, aku ‘terbang’ ke Indonesia, ke Kamus Besar Bahasa Indonesia [KBBI]. Memang menjadi kebiasaan juga untuk aku ke KBBI bila mahu mencari maksud perkataan. Maklum saja, kita kan serumpun.

Tidak ditemukan!

Hairan bin ajaib. Macam mana ni? Nampak gaya perlu pula ke Google Translate untuk terus bertanya. Lagi pun aku memang biasa ke sana mencari perktaan dalam berlainan bahasa. Dalam kes yang lepas-lepas, memang tak mengecewakan.

Transtale from Malay to English. Pelantun = Pelantun

Transtale from Indonesian to English. Pelantun = Chanter

Transtale from English to Malay. Chanter = Penyanyi

Pelantun bermaksud penyanyi. Itulah apa yang aku dapat setakat ini. Cuma apa yang aku sedikit hairan ialah kenapa kata ‘pelantun’ ini tidak diterima atau belum diterima oleh PRPM dan DBP untuk kegunaan secara rasmi.

Warga maya pula dah lama menggunakan perkataan ‘pelantun’ ini.

Cedok kuah dengan senduk,
Cedok gulai dengan sudu;
Susah payah mahu dirujuk,
Hanya sekadar menimba ilmu.

Korang tahu siapa pelantun lagu Panggilan Haji yang popular suatu ketika dulu?

TehrDemikian kisah 'Apa Maksud Sebenar Pelantun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. bagi penoreh getah, getah beku dipanggil ‘lantun’.
    the malay male baru je tulis kisah puasa sunat hari arafahMy Profile

    1. Kalau dekat Sabah pulak getah beku dipanggil ‘kentalan’. hehe
      Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Aidiladha 2013My Profile

    2. zool says:

      samalah..hehehe

  2. takai says:

    Sblm ni perkataan pelantun jrng digunakan, so baru fhm pelantun adalah satu word yg mempunyai makna… :)
    takai baru je tulis kisah 7 Bandar Yang Akan Lenyap Tidak Lama LagiMy Profile

  3. dja@sishaza says:

    Memang kerap saya dengar dan saya guna… sama seperti Mr Teh, maksudnya saya fahami sebagai penyanyi. Tak sangka pula tak ada dalam kamus.. harap DBP dapat segera buat sesuatu. Kan ke DBP rujukan utama kita ..
    dja@sishaza baru je tulis kisah PETUA AGAR NASI TIDAK CEPAT BASIMy Profile

  4. Rina says:

    Dalam bahasa Indonesia kata pelantun juga ada, yang artinya penyanyi :)
    Rina baru je tulis kisah Create PHP To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database TableMy Profile

  5. Perasan jugak penggunaan bahasa pelantun ni. Tapi takda nak ambik port sangat. hehe. Bagus sudah dikupas perkara berkaitan pelantun ni.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Aidiladha 2013My Profile

  6. zik says:

    tak pernah dengar pulak pasal pelantun nih… ilmu baru nih
    zik baru je tulis kisah Keputusan terkini malaysia vs bahrain, kelayakkan piala asia 2014My Profile

  7. Shubhi says:

    Tak pernah pula dengar perkataan pelantun ni. Kalau pelatun ada lah.
    Shubhi baru je tulis kisah Cara potong dan lembutkan dagingMy Profile

  8. Lyn™ says:

    Pelantun suara Siti Nurhaliza
    Gemersik bagai burung menyanyi
    Lama sungguh tidak bertegur sapa
    Hari ini saya singgah ke mari :-)
    Lyn™ baru je tulis kisah Pertandingan PENGUCAPAN AWAM anjuran Kelab Pidato PerdanaMy Profile

  9. Khidhir says:

    first time ak dengar pelantun.. aha. platun je ak tau.. sah teruk bm aku.
    Khidhir baru je tulis kisah KeePass Cara Alternatif Menyimpan PasswordMy Profile

  10. azura says:

    pelantun tak boleh berdiri sendiri, perlu digabung perkataan kot contohnya pelanton nyanyian, pelantun pidato, pelanton bunyi
    azura baru je tulis kisah Coret-coret ke Cameron HighlandMy Profile

  11. Hafizul says:

    Ni baru dengar perkataan pelantun..ingatkan macam membaling batu tu..
    Hafizul baru je tulis kisah Surat Cinta PiahMy Profile

  12. Mak Lagenda says:

    pelantun tu mgkin org yg jual lantun *getah beku* tu kot?? Ahahaha..

    tp rasanya yg plg tepat adalah org yg menyampaikan lagu aka penyanyi
    Mak Lagenda baru je tulis kisah BALIK ASRAMA,PIZZA & MEATBALL IKEAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun