Apa Maksud Sebenar Busana

Korang tahu apa maksud sebenar perkataan busana yang seronok disebut orang dalam musim raya ni? Jom kita lihat apa kata Kamus Dewan Edisi Keempat mengenai busana.

busana 1. pakaian yg lengkap dan indah-indah, perhiasan; 2. sl sj gelaran; Nara B~ gelaran batin Candan. Kamus Dewan Edisi Keempat

busana baru segak bergaya
warna cerah merah menyala
sungguh terharu di pagi raya
berjumpa ayah ibu saudara

busana muslimah hijab biru
memakai jilbab gaya baru
di pagi raya penuh syahdu
orang jauh tiba-tiba dirindu

busana baru busana lama
semuanya itu sama sahaja
zahir dan batin maaf dipinta
dari dunia ke akhirat sana

Akhir-akhir ni nampak makin popular pula pakaian atau busana untuk muslimah. Ada baju raya muslimah, baju mandi muslimah, baju sukan muslimah, pakaian malam muslimah, baju tidur muslimah. Macam-macam muslimah dicipta dan dijual di pasaran. Molek sangat dah ni.

Selamat Hari Raya.

TehrDemikian kisah 'Apa Maksud Sebenar Busana' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


8 Comments

  1. Lynn says:

    Hari raya pasang pelita
    Perunan malam bakaran jerami
    Terlebih kata, terlanjur bicara
    Ampun dan maaf dari kami

    Hari ini hari selasa
    Esok bermula hari rabu
    Maaf dihulur kepada rakan blogger
    Selepas Aidil Fitri kita sambung semula bertamu
    Lynn baru je tulis kisah Sebelum BerAidul Fitri dengarkan khutbah yang menggoncang dunia ini .My Profile

  2. dja@sishaza says:

    Memang 1 perkembangan yg positif, cuma jgn pula ia jadi sekadar fesyen saja tapi tak mampu membendung tingkah yg buruk
    dja@sishaza baru je tulis kisah RESEPI SIAKAP STIM APACERITAMy Profile

  3. akubiomed says:

    Sayangnya pakaian muslimah dijual mahal harganya.

  4. papa mifz says:

    jarang guna perkataan busana tuh…
    papa mifz baru je tulis kisah Keterujaan Hendak BerayaMy Profile

  5. de engineur says:

    Selalu dengar kat TV saja
    de engineur baru je tulis kisah World’s first Test-tube beef burger unveiledMy Profile

  6. luthfi says:

    tak pernah beli baju baru saat hari raya,,
    luthfi baru je tulis kisah Kegiatan untuk demensiaMy Profile

  7. Hafizul says:

    Ada gak kedai letak nama busana..tapi bajunya langsung tak menarik..hehe..rupanya ada makna juga perkataan busana ni yer..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

  8. Apapun alasannya memakai jilbab adalah suatu kewajiban menurut syari’at islam
    Permata Jilbab baru je tulis kisah KHIMAR REMPELMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun