Apa Maksud Perkataan Gegantung

Korang tahu apa maksud perkataan gegantung? Kalau korang dah tahu, korang memang bijak pandai. Kalau korang belum tahu, korang sama la dengan aku. :D

Baru hari ini aku jumpa perkataan gegantung. Pelik je bunyinya.

Entah siapa pasang gegantung,
Senget pula tak cukup tinggi;
Siapa rasa nak banyak untung,
Mestilah usaha ditambah lagi.

Apakah terjemahan untuk perkataan “banner” dan “bunting”? Terima kasih. Padanan banner dalam bahasa Melayu ialah kain rentang dan bunting ialah gegantung. Istilah PRPM DBP

Perkataan banner dalam bahasa Melayu merujuk pada kain rentang. Kain rentang ialah jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.

Perkataan bunting dalam bahasa Melayu ialah gegantung. Gegantung ialah kain atau bahan lain yang digantung secara menegak untuk mengiklankan sesuatu.

Maksud Perkataan Gegantung

Siapa kata padi tak bunting,
Padi pulut berendam di air;
Siapa kata abang tak rungsing,
Pedas di mulut mata berair.

Turun berarak beramai-ramai,
Bawa sepanduk keliling kota;
Bukan berlagak tunjuk pandai,
Sekadar untuk bertanya sahaja.

Bila perkataan banner sudah diberi maksud kain rentang. Kenapa perkataan bunting tak diberi maksud kain gantung?

Sekadar bertanya.

TehrDemikian kisah 'Apa Maksud Perkataan Gegantung' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. ajumohit says:

    oooo ok baru tahu maksudnya gegantung tu
    ajumohit baru je tulis kisah Bercanda ria di Pantai Cenang, LangkawiMy Profile

  2. titan says:

    bunting atau banner la tu.
    titan baru je tulis kisah Komisen Ke 4 dari Ashadee.comMy Profile

  3. kakiblog says:

    oh..ya baru tahu juga cikgu!
    kakiblog baru je tulis kisah Menjejaki 15 Blog Mesra Pembaca (siri 2)My Profile

  4. dja@sishaza says:

    Baru kali pertama dengar, malu pula nak mengaku diri ni cikgu Bahasa Melayu. Terima kasih untuk info ni cikgu
    dja@sishaza baru je tulis kisah RIADAH CUTI SEKOLAH CARA ORANG KAMPUNGMy Profile

  5. gua pun baru tau ni bro..ha3..nampak sgt kita ni tak peka bahasa sendiri
    blogger lelaki baru je tulis kisah Mak Cik Kayo : Menang Cabutan SSP 1 JutaMy Profile

  6. wahaha… baru tahu juga… :D
    Healthy LifeStyle baru je tulis kisah Hot deals on tabletsMy Profile

  7. hafizmd says:

    ada kata “ge” depan tu…hehe..jadilah gegantung atau bunting..

    terima kasih cikgu berkongsi info..baru tahu juga ni =)
    hafizmd baru je tulis kisah Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.aMy Profile

  8. akubiomed says:

    Rasanya kalau tanya di kedai yang membuat bunting tentu tidak tahu. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Sejuk berlari lari ke Genting HighlandsMy Profile

  9. AUC says:

    heheheh
    baca hari ni baru tau gegantung tu
    ingtakan sejenis binatang pada mulanya :)
    AUC baru je tulis kisah Diet Sihat Tanpa UbatMy Profile

  10. Hafizul says:

    Macam pelik aje ka kalau sebut gegantung…banner tu dah normal lah..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Sayonara 2013My Profile

  11. Ramai yg tidak merujuk kamus atau directly pada DBP bila buat terjemahan. Akibatnya banyak betul perkataan yg wujud masa ni. Yg soalan bro di bwh tu, ada sapa-sapa boleh jawap?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah A Few of the World’s Worst Financial AdviceMy Profile

  12. de engineur says:

    Banner dan Bunting boleh juga merujuk kepada bahan lain untuk rentang dan gantung – termasuklah plastik, poly, kanvas
    de engineur baru je tulis kisah Happy, Happy New Year 2014My Profile

  13. UmmiKami says:

    Salam berpantun ditahun baru 2014… :)

    Kalau untung susut dan genting,
    Makin dipandang hasil tak seberapa;
    Kalau gegantung disebut banting,
    Kain rentang dipanggil apa.

    Selamat Menyambut Tahun baru buat Cikgu dan rakan-rakan semua…semoga tali ukhuwah sekejap akar tunjang memaku bumi….dan sentiasa berfikiran positif dalam setiap ujian….dimurahkan rezeki dan sihat selalu…amin.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tahun Baru…My Profile

  14. haduh apakah ituh yasaya tak paham gegantung dan bunting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun