Apa Maksud Perintah Berkurung

Apa Maksud Perintah Berkurung. Ia bukan perintah menyuruh orang ramai, perempuan atau lelaki memakai baju kurung.

Bukan juga arahan untuk mengurung penduduk kampung yang menangkap burung di dalam lokap polis.

Bukan!

Gelora di hati memikat burung,
Burung ketitir di tanah lembah;
Apa maksud perintah berkurung?
Sampai waktu tinggal di rumah.

Burung ketitir di tanah lembah,
Turun ke mari makan bersama;
Sampai waktu tinggal di rumah,
Banyak lanun bermaharaja lela.

Apa Maksud Perintah Berkurung

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

perintah berkurung perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu;
lanun perompak laut, bajak laut; melanun merompak spt lanun (di laut); pelanunan perbuatan atau kegiatan melanun: ~ di perairan itu semakin menjadi-jadi.
Sabah
negeri di Malaysia yg terletak di timur laut Borneo, keluasan 73 711 km2, Kota Kinabalu sbg ibu negeri, Negeri Di Bawah Bayu; kesabahan bkn sifat kenegerian seseorang yg berasal dr Sabah

Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) telah diperluaskan kepada tujuh daerah.

Di negeri Sabah, perintah berkurung telah mula dilaksanakan sejak 19 Julai 2015.

Apa Maksud Perintah Berkurung

Daerah Yang Terlibat Perintah Berkurung Di Sabah

  1. Kinabatangan
  2. Kunak
  3. Lahad Datu
  4. Sandakan
  5. Tawau
  6. Semporna
  7. Beluran

Perintah berkurung di Sabah telah dikuatkuasakan mulai jam 7 malam hingga 5 pagi setiap hari. Jarak yang terlibat pula ialah tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan ditetapkan.

Harap adik-adik dapat faham Apa Maksud Perintah Berkurung.

TehrDemikian kisah 'Apa Maksud Perintah Berkurung' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. zik says:

    tentera kena lebih ramai lagi berjaga disana…
    zik baru je tulis kisah Ingatkan br1m dah masuk, rupanya duit??My Profile

  2. onlajer says:

    oh masih kena lagi perintah berkurung ke disana
    onlajer baru je tulis kisah Blogger Lelaki Ajarkan Saya Ilmu SEOMy Profile

  3. Dja says:

    Kalau kita sering buat ‘ macam2 hal ‘ , tak mustahil akan dikenakan perintah berkurung. Andai dah terkurung, hmm baru terasa mahalnya nikmat bebas merdeka.
    Dja baru je tulis kisah 3 Jenis Kerja Sambilan Terbaik 2015My Profile

  4. titan says:

    tu dia.

    sampai kena perintah berkurung lagi tuh. hoho
    titan baru je tulis kisah Masalah datang dan pergi.My Profile

  5. Bahrain says:

    Kalau perintah berkurung sebab peperangan takot gak la dengar.
    Bahrain baru je tulis kisah Polis Evo Setanding Movie AntarabangsaMy Profile

  6. hafiz says:

    Semoga dwngan perintah berkurung ini keselamatan terus terjamin
    hafiz baru je tulis kisah Panduan mudah perakaunanMy Profile

  7. Adiksaya di Sabah memang ada juga dia cakap kena perintah berkurung ni since kejadian di Lahad Datu dulu
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?My Profile

  8. zara says:

    mesti kedai-kedai tutup awal ya kat sana..nak buat camana..keselamatan mesti diutamakan
    zara baru je tulis kisah 4 Tips Mudah Untuk Kulit Yang Licin Dan Gebu Seperti Emma MaembongMy Profile

  9. Hero Borneo says:

    perintah berkurung menyebabkan rasa tidak selesa kepada penduduk kampung..pasar atau pekan akan mati ketika waktu berkurung
    Hero Borneo baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Haji 2015My Profile

  10. ahmadyani says:

    Ibubapa patut menguatkuasakan perintah berkurung ini untuk anak-anak. Selagi anak-anak duduk dengan ibubapa, anak-anak tidak boleh keluar rumah selepas waktu maghrib walau sebesar mana pun anak itu. Baharulah masalah sosial berkurangan.
    ahmadyani baru je tulis kisah Salam Eidul AdhaMy Profile

  11. DLSL says:

    Turun ke mari makan bersama;
    Kita layan nasi goreng cina
    Banyak lanun bermaharaja lela
    Hantarlah Polis EVO pergi ke sana

  12. zool says:

    perintah berkurung kat rumah camne pula tu?
    zool baru je tulis kisah Balik kampung Kuala Linggi, Ke Palong 3, Terima Emel untuk ambil bajuMy Profile

  13. Mr Sync says:

    berkurung dalam rumah mesti bosan, tak dapat ke mana-mana.
    Mr Sync baru je tulis kisah 3 Produk Panas Dalam Bisnes PrintingMy Profile

  14. Ada lagi ke perintah berkurung ni kat Sabah?
    Noriza Rahman baru je tulis kisah DERITA Puluhan Tahun Penghidap GOUT Berakhir. Ini Penawarnya!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun