Apa Maksud Otai?

Ada orang kata “Otai” bermaksud orang yang pandai dalam sesuatu bidang. Macam Otai Muzik, Otai Rock, Otai Blogger dan macam-macam lagi. Ada pula yang kata Otai bermaksud orang yang lebih berumur. Lebih tua atau dalam Bahasa Inggeris “Old Timer”.

Petai bukan sekadar petai,
Sambal belacan dicari juga;
Otai bukan sebarang otai,
Otai sekadar hidup lama.

Apa maksud sebenar perkataan Otai ni. Dan kerana ada yang kata aku ni otai, aku terus ke Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP. Memang inilah tempat yang akan aku tuju untuk buat rujukan apa-apa maksud perkataan.

Soalan Jawapan
(a) kantoi (b) otai. Apakah maksud kedua-dua perkataan ini? Perkataan ini diambil daripada dialek atau ciptaan pihak tertentu? Perkataan kantoi bermaksud terkena dan otai bermaksud old timer. Kedua-dua perkataan ini bukan bentuk bahasa baku tetapi  bahasa percakapan atau slanga.
Adakah kosa kata “otai” telah menjadi kosa kata BM? Jika ya, apakah maksudnya yang sebenar? Terima kasih kerana menghubungi DBP. Pertama perkataan “OTAI” hanyalah sebagai slanga. perkataan ini diberikan maknanya oleh orang-orang muda sebagai orang tua, atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai old timer.

Otai bermaksud orang lama. Orang yang lebih berumur dan lebih banyak makan garam, tapi mereka tak semestinya mengidap darah tinggi. Begitu juga Otai tak semestinya serba tahu. Blogger Otai tak semestinya Otai.

TehrDemikian kisah 'Apa Maksud Otai?' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


22 Comments

  1. Eridy says:

    kalau “blogger veteran” apa beza dengan “blogger otai” ? hehe
    Eridy baru je tulis kisah Cara merendahkan bounce rateMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Blogger veteran rasanya blogger yang dah lama dan berumur…tapi yang selalu Ummi dengar blogger otai lebih kurang ja….cuma kena pilih yang mna nak dipanggil…betul tak… :)

  2. Ismail N says:

    Hmm.. ada juga perkataan ‘otai’ ni dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP. Kawe ingat ianya bahasa slanga atau bahasa ciptaan orang-orang muda ker. So, boleh guna dalam exam la cikgu?
    Ismail N baru je tulis kisah Top 10 Movies With TwistsMy Profile

  3. fendy says:

    blogger otai ni mcm dah pakar dn pengalaman byk dari blogger lain…hehe
    fendy baru je tulis kisah Niat Dan Cara Solat Jamak QasarMy Profile

  4. onlajer® says:

    haha gua kalau dibandingkan dengan Pak Jib, Pak Jib lagi otai umurnya hehe
    onlajer® baru je tulis kisah Panduan Sebut Harga Pendawaian Elektrik Untuk Unit KediamanMy Profile

  5. suri says:

    ada juga nama orang “otai” padahal orang biasa-biasa sahaja.
    suri baru je tulis kisah Musa spp.My Profile

  6. suri says:

    setuju orang banyak pengalaman dari kita baru bermula akan sesuatu perkara.
    suri baru je tulis kisah Belajar Buat Bun, Pau dan Pizza Terus MenjadiMy Profile

  7. mohdridzwan says:

    Otai pada ambe lebih kpd org yg arif ttg sesuatu perkara. Walaubagaimanapun, maksud sebenar tuh mmg tak dpt dinafikan. Sebabnya kebanyakkan org yg arif itu berdasarkan drpd pengalaman hidup. Maka sbb itu diberikan gelaran old timer a.k.a otai.
    mohdridzwan baru je tulis kisah Silence Day of Wednesday 15 – Koleksi SetemMy Profile

  8. akubiomed says:

    Orang-orang lama terlebih dahulu makan garam.
    akubiomed baru je tulis kisah Celup celup di Sungai ChilingMy Profile

  9. Hehe, ada ye dalam kamus dewan. Otai – sebut je orang akan faham dengan maksud orang lama.

    Perkataan yang popular masa zaman rock kapak
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Wordless Wednesday: PosLaju Dijamin Sampai EsokMy Profile

  10. LadyBird says:

    ingtkn otai tu mksdnye bijak, pandai, mahir.. huhuhu
    LadyBird baru je tulis kisah Resepi Maggie Kari ketam SpecialMy Profile

  11. azura says:

    ermm… siapakah blogger otai cikgu?

  12. hu3..tapi kadang2 title ‘Otai’ diberikan kepada mereka yg pakar dlm satu2 hal
    blogger lelaki baru je tulis kisah Lelaki Vs Perempuan : Dalam Bab BelajarMy Profile

  13. papa mifz says:

    bro Otai dalam berpantun…=)
    papa mifz baru je tulis kisah Pertama Manis Kedua PedasMy Profile

  14. otai pantun bro laa hehe
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Salam Maal Hijrah 1435HMy Profile

  15. Mohd Shubhi says:

    Saya blogger Otai, bukan kerana dah lama dalam arena blogging, tapi dah lama ada kat bumi dan tak lama lagi masuk bumi.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Bagaimana nak dapat CGPA 3.5 ke atas sepanjang semesterMy Profile

  16. titan says:

    otai adalah orang yang lebih banyak makan petai.
    titan baru je tulis kisah Jobdirumah Payment – Kali ke 78My Profile

  17. Hafizul says:

    Yup..lebih sesuai otai = lama..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #73 – Jobdirumah Dah Daftar Tak Tahu Nak MulaMy Profile

  18. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum cikgu.. :)

    Tumbuh petai kerikil batu,
    Kudup delima jatuh ke tanah;
    Sungguh otai dipanggil lagutu,
    Hidup lama penuh khazanah.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dalam Awal Muharram……Ma’al HijrahMy Profile

  19. cik tom says:

    rsnye bro tehr sesuai gelaran otai…dh lama bt blog & pro :)
    cik tom baru je tulis kisah Congratulations for passing exam!My Profile

  20. Lyn™ says:

    Hehehe….tak tergamak nak ulas. Takutnya nanti termasuk dalam golongan blogger cari gaduh. :P
    Lyn™ baru je tulis kisah Petua hilangkan bau badanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun