Hari ini Cuti tahun Baru Cina, blog Tehramuan.Com mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya dan selamat bercuti kepada semua.
Di pagi hari cuti ini, ada bunyi bising pula di belakang rumah, tetapi taklah sama dengan bunyi mengerikan yang dirakam di Aaborg, Denmark atau bunyi aneh yang dikatakan berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12hb lalu. Bukan juga bunyi dengkur seekor naga yang sedang tidur lena.
di belakang rumah ada sawah
tetapi semak mengganti padi
orang berehat duduk di rumah
sedang mereka tidak bercuti

tahun baru menjelma kini
kaum cina semua gembira
bila kamu seronok bercuti
usah lupa kami yang kerja
Menjenguk sekejap ke belakang rumah dengan rasa ingin tahu. Wah, rupanya ada juga rakyat Malaysia yang tak ambil cuti atau tak diberikan cuti. Mungkinkah mereka tidak memerlukan cuti?
Post Berkaitan:
masih tak lekang dek pantun..
sambutan raya cina juga masa untuk saling ziarah walaupun kita tak menyambutnya..
ehehheeee
mie recently posted..Yee Sang & Tahun Baru Cina
En Tehr memang pemantun tegar…
Cik Siti recently posted..Mungkin perasaannya…
kalau tulis pantun
kita tak perlu mengarang panjang lebar
padat, ringkas dan sampai maksudnya.
tapi memang betul, tehr pemantun tegar

rainbowcloudy recently posted..liburkan hati. jangan biarkan sedih
dgn isteri pun berpantun jgk ke? fuuh. hebaaat
adele recently posted..Lelaki, Tolong Jangan Pakai Gelang Boleh Tak?
isteri saya tak minat pantun, adele
sebab tu la dok asyik tulis pantun dalam blog ni
saja nak lepas gian
selamat bercuti En Tehr…. semoga enjoy dengan cuti panjang… esok dah mengajar ye….
Cik Siti recently posted..Mungkin perasaannya…
9 hari cuti
ahad minggu depan buka sekolah
tapi kami kena ganti hari sabtu dua kali
hehe
best tu….
Cik Siti recently posted..Mungkin perasaannya…
er..bro,kota samarahan kat sarawak bukan sabah.
ghost writer recently posted..menyelimuti tubuh telanjang dengan kabus pagi
laa, silap pulak
padahal aku pernah sampai kat kota samarahan ni
terima kasih, bro
ahah, mungkin selesaikan kerja yang masih banyak tertangguh jadi nampak tak bercuti la kot? wakakaa
hehe…betul ckp padin tue..ciktom bercuti dgn marking test n asgmt student…sadis..sob3
cik tom recently posted..Sambutan Hari Lahir Emak dengan BBQ
cuti yang tak boleh nak berehat
huhu
hari ni pendatang asing cuti bro , penuh kat klcc

rahman recently posted..Pasar Tani Paroi , jom ke sini
tu dia baru la betul2 cuti
nampak gaya, klcc mereka kontrol ha hari ni
banyak kerja.. kalau semua cuti..susah juga.. sebab untuk cover kerja orang yang pergi bercuti…
zik recently posted..Bila kucing dan Ikan Dolphin berinteraksi,
yups
ada yang kerja, ada yang cuti
semua saling memerlukan
gong xi fa chai
angpow na lai
menu hari ni sayur kucai
makan sambil tengok naga melambai
pantun lapar heh
rainbowcloudy recently posted..liburkan hati. jangan biarkan sedih
ada pantun lapar pulak
Dorang tu leh cuti la kot tehr. Kalau semuaaaa cuti,jenlah la Msia ni kang. Kan?
yups
kalau semua cuti, memang timbul banyak masalah
Yang nyata malam tadi mmg macam perang dunia dah kt kawasan aku…hehehe
yas recently posted..Undian di Sosial Media Awards 2012
mujur juga kawasan aku ni tak ada bunyi dum dam tu
Nasib semua orang tak sama…
shraqs recently posted..Penutupan Megaupload Memberi Kesan Kepada Filesonic Dan Uploaded.to
yups, betul sangat tu
rajin sungguh bg mereka yg tak bercuti..org indon belakang rmh ni tgh buat rumah..sian dia…cr duit lebih..
adele recently posted..Lelaki, Tolong Jangan Pakai Gelang Boleh Tak?
aku suka tengok orang yang rajin dan kerja dengan ikhlas
bukan rajin membelit je
isi durian dalam raga
hari hujan basah lecun
Makan besar berhimpun keluarga
malam hari bakar mercun
besar jadi orang berguna
petani nelayan atau menjaja
Setiap tahun baru cina
tiada cuti masih kerja
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
Diy neon Ledd Strip pada kereta
setiap tahun raya cina
ada bekerja ada bercuti
cari rezeki untuk keluarga
tetap rajin seikhlas hati
hurm..kat area umah abg chii..sunyi sepi je..tade pun dgr bunyi org main mercun atau yg menggambarkan raya cina..adeih,,x menarik sungguh :p
apa pun,.selamat bercuti2
chii recently posted..Kacang Lupakan Kulit
sama la, chii
kawasan saya ni ada melayu dengan siam je
salam..
bab kerja di hari cuti..
sektor saya ni dah jadi
kebiasaan..kira untung juga
kalau ada syarikat yang bayar
2-3 kali ganda gaji kerja..
zulkbo recently posted..Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 : Mana Nak Dapatkan Tiket Masuk?
salam kembali
biasa dengar macam tu
kerja sektor awam ni, tak pernah pulak merasa
waktu untuk tidur la. apa lagi..haha
ohcikgu recently posted..Undi Ohcikgu.com untuk kategori Best Educational Blog dalam World Blogger and Social Media Awards 2012
boleh juga tu
bayar hutang tidur
tahun ini tahun naga
naga berasal dari Tasik Chini
tanpa kaum minoriti Cina
tak dapatlah kita merasa cuti
azura recently posted..Cara buat koktel buah buahan yang marvelous
naga berasal tasik chini
jadi raja di dalam hutan
dapat kita merasa cuti
bawa keluarga jalan-jalan
Kalau kerja masa cuti perayaan ni dpt gaji lebih..double or triple pay…
anjangman recently posted..Masalah Blog Selepas Tukar Theme Baru
tu yang best tu
dapat juga tambah rezeki
Mereka juga perlu cuti tapi masih kena kerja.
Semoga mereka mendpat cuti yang diperlukan.
ShashaCahaya recently posted..Apakah Sepsis (jangkitan kuman dalam darah)?
buruh binaan ni hanya cuti hari jumaat je, shasha
ganti2 kita cuti…kalau sume nak sama habis jam malaysia nnt…
Seri Bahasa recently posted..Pesanan Untuk Anak Perempuan
yups, perlu gilir la kan?
Cuti 2 hari.. Selesa sikit ..
zool recently posted..Resort ladang ternak
ramai yang cuti 2 hari tu, zool
cuma sekolah je yang ambil seminggu
tapi kena ganti hari persekolahan
Ada orang tak boleh cuti. Kita hargai pengorbanan mereka kerja masa kita seronok bercuti.
Kita cuti lama, tapi nanti kena ganti juga.
yups
mereka yang tak cuti hari perayaan macam ni memang pekerja yang bagus
tahniah untuk mereka
tahun ni tahum naga tau…!saya dalam golongan naga tau…garang ni…!
sham recently posted..Aku Naga…
naga berapi ke tidak, bro?
Tetap ngan pantun caya lah…… bie mmg tak pandai sangat ngan pantun ni hehe.
malam tadi jiran depan rumah main mercun seronok sangat2.
Bie recently posted..@Mall
harap2 tak main sampai pagi
baby tak boleh tidur nanti
saya ambik cuti seminggu raya cina nie,,,

hatiputera recently posted..Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com
Mungkin yang tak cuti tu nanti akan dapat replacement public holiday
sabree hussin recently posted..Hilangnya Ilmu Dari Memori Ulat Buku
kat seremban…depa bakar mercun setinggi kren panjang…perh…lama juga meletup tu…hampir setengah jam…
Norizwan recently posted..Gempa bumi besar diramal gegar Tokyo waktu terdekat
Bukan alang tidak bertepi
Jenang pintu tingkap berkisi
Bukan malang tidak bercuti
Perlu berjuang demi rezeki…
huhuhuhu….
maza recently posted..Kerajaan Selangor Sampah: Kes Kajian Tasik Biru, Kundang, Selangor
Saya balik kampung sempena sambutan Tahun Baru Cina. Dapat melihat kaum Tiong Hua bermain mercun.