Apa Aku Selalu Buat Dengan Blog

Dah tentulah aku selalu tulis entri, kan? Aku juga selalu perhatikan Page Rank dan Alexa Rank blog tehramuan ni, naik atau turun. Walau pun kadang-kadang aku rasa macam tak ada faedah je. Bagaimana mahu tingkatkan Page Rank dan Alexa Rank? Jangan la minta tips kerana aku bukan lelaki kacak yang tahu serba-serbi.

Apa yang aku buat dan perhatikan dengan blog ni selama ini hanya dua perkara. Mungkin banyak lagi yang orang lain buat untuk menaikkan rank blog, untuk dapat duit dari blog, untuk dapatkan banyak trafik, tapi aku hanya mampu untuk perhatikan dua je. Yang lain aku masih tak reti.

Pertama butang W3C|css [CSS Validator] yang aku pasang kat bawah sidebar sebelah kanan tu. Aku akan klik butang ni setiap kali selepas post entri baru. Mesti. Sebarang error pada blog kita akan diberitahu dan aku akan betulkan ketika itu juga. Aku tak mahu css error bertambah semakin banyak dan semakin pening kepala untuk aku betulkannya nanti.

Kedua ialah Meta Tag Analyzer. Aku akan pastikan semua analisisnya ok dengan tulisan berwarna hijau dan keywords meta tag sekurang-kurangnya 80%. Janji aku pada diri sendiri untuk sentiasa pastikan semuanya warna hijau. Lagi pun aku suka warna hijau.

Ada yang kisah ke dengan 2 perkara ni? Aku tak kisah sama ada orang kisah atau tidak. Semua orang ada cara sendiri bagaimana mahu menjadi seorang lelaki kacak atau bagaimana mahu menjadi seorang wanita cantik.

TehrDemikian kisah 'Apa Aku Selalu Buat Dengan Blog' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


63 Comments

  1. rahman says:

    saya suka ayat di perenggan yang terakhir :).
    rahman baru je tulis kisah Jiwang karat di Taman Rashidah UtamaMy Profile

    1. tehr says:

      Ada kisah tersembunyi ke, bro?
      Hehe

      1. rahman says:

        ada la sikit kih kih kih :)
        rahman baru je tulis kisah Jiwang karat di Taman Rashidah UtamaMy Profile

  2. Floyd says:

    Tips drp blogger yg dah di depan mesti berguna. I akan check kedua2 tips tu.
    Floyd baru je tulis kisah RM700 – Get your own accomodationsMy Profile

    1. tehr says:

      Di depan dalam kampung sendiri je ni
      Haha

  3. Floyd says:

    Tips drp blogger yg dah di depan mesti berguna. I akan check kedua2 tips tu.
    Floyd baru je tulis kisah RM700 – Get your own accomodationsMy Profile

  4. nurmisnan says:

    Hmmm.. bagus juga tuh.. aku pun try juga nak buat WSS tuh
    tapi masih tgh teliti benda tuh..
    nurmisnan baru je tulis kisah 10 kebaikan minum susuMy Profile

    1. tehr says:

      Elok sangat tu
      Orang kata bagus untuk seo

      1. yas says:

        Aku pernah masuk dan check kt wcss tu….last2 kepala suda penin trus aku tinggalkan sampai skg…:(
        yas baru je tulis kisah HOKI MALAYSIA VS RUSSIAMy Profile

        1. tehr says:

          Aku bernasib baik kerana tahu benda ni sebelum blog jadi teruk
          Tak la banyak nak dibetulkan dan kepala juga tak pening

  5. suri says:

    erk..saya tak tgok pun haa, teruklah maknanya tu hurm..

    1. tehr says:

      Tak juga sangat teruk
      Semuanya ni asal senang hati je

  6. suri says:

    bila berblog mmg byk perlu d pelajari. klu minat mesti cuba nak yang terbaik utk dri sndri.
    asal berblog jgn ada benci sesama kita sudahlah ya..

    1. tehr says:

      Yups,
      Kita buat untuk hati sendiri sambil jaga hati orang
      Kalau hanya kita sorang yg ketawa sedang orang keliling berduka
      Nampak lain macam juga tu, kan?
      Hehe

  7. azura says:

    ranking saya memang jauh…css saya tak tahu tapi mega tag tu macam ada dekat blog saya…
    azura baru je tulis kisah Semak Pusat MengundiMy Profile

    1. tehr says:

      Ada peluang nanti boleh cuba tengok juga css tu
      Orang kata untuk kesihatan blog

      1. azura says:

        dah cuba tadi…penuh juga error css…pening kepala
        azura baru je tulis kisah Jejaka Idaman KamuMy Profile

        1. tehr says:

          Memang kena buat sikit2 tu
          Ambil masa juga kalau mahu selesaikan semuanya

  8. Ad-Dien says:

    Moga niat kita sentiasa betul , insyaAllah dinilai ibadah, moga cikgu sentiasa dalam RahmatNya, amin :)
    Ad-Dien baru je tulis kisah Hadith Maudhu’ 04: Ali r.a Pintu IlmuMy Profile

    1. tehr says:

      Amin
      Apa yg baik itu datangnya dari Allah

  9. chii says:

    errr..jap2…chii check kedua2 tu..ada ke idak
    chii baru je tulis kisah 7 Perkara Yang Akan Saya Buat Sebelum MatiMy Profile

    1. tehr says:

      Yups, check jangan yak check

  10. Sya Isya says:

    tak pernah buat sebab tak tahu kedua2 nya. lepas ni nak buatlah. thanks atas perkongsian.
    Sya Isya baru je tulis kisah LELAKI KACAK BROFRAMESTONE MENCARI BLOGGERS UNTUK PROJEK 100 BLOGGERSMy Profile

    1. tehr says:

      Boleh dicuba. Harap2 blog akan lebih bagus lagi nanti

  11. wandisini says:

    tips yang baik dan menarik untuk dicontohi
    wandisini baru je tulis kisah Golongan Muda Masa Depan NegaraMy Profile

    1. tehr says:

      Kiranya sesuai boleh digunakan, bro
      Kalau rasa payah dan tak sesuai boleh diabaikan sahaja

  12. fiezaradzi says:

    lelaki kacak ada akan bertambah kacak kalau kongsi ilmu ramai2.. haha.. nnti nak try tgk 2-2 tu, yg no 2 tu biasa, yg 1st tu tak tau lagi.. tima kasih..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Wordless Wednesday #12My Profile

    1. tehr says:

      Betul tu.
      Sekadar berkongsi apa yang saya selalu buat je
      Kalau mahu lebih sempurna memang kena tanya orang lain yang lebih tahu

  13. Miss Yati says:

    Itu dia tips dari yang berpengalaman ;) Nanti nak ikut petua ni jugaklah.

    1. tehr says:

      Tak ada la saya ni banyak pengalaman
      Orang lain buat lebih banyak lagi untuk mantapkan blog

  14. titan says:

    aishh..setat dah. setat dahh..
    titan baru je tulis kisah Komisen kedua dari BuatCoklat.comMy Profile

    1. tehr says:

      Aku dah pening juga ni, bro
      Meta tag tu agak payah nak dapat 90%

      1. titan says:

        aku tak tumpu sangat meta tag. nak tunggu 90%. sakit kepala gak. haha..

        aku tumpu pada backlink. tu lebih penting bagi aku. haha..
        titan baru je tulis kisah Lelaki kacak dan Permata yang hilang.My Profile

        1. tehr says:

          Backlink memang lebih baik
          Tapi payah juga nak dapat tu

  15. akubiomed says:

    Bro Tehr sudah mula menunjukkan taring permainan SEO. Jaga-jaga yang lain. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Pesta Buku Kelantan 2012 kembali lagiMy Profile

    1. yas says:

      hehehe…bermain dgn ayat “lelaki kacak” tuuuu…:)
      yas baru je tulis kisah HOKI MALAYSIA VS RUSSIAMy Profile

      1. tehr says:

        Aku sedang belajar ni, bro
        Tak tahu la bila boleh pandai

    2. tehr says:

      Haha
      Jaga2 sebelum terjaga :D

  16. cikgu naman says:

    alamak..nampaknya saya tak tahu 2, 2 istilah tu..banyakyang kena belajar dari saudara,selainmembuat ramuan teh yang sedap..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah Gambar² Sekitar Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012My Profile

    1. tehr says:

      Boleh mula sekarang, cikgu
      Harap dapat keseronokan nanti

  17. zulkbo says:

    salam..
    disiplin seorang blogger
    yang harus di teladani..
    tabik bro..saya respek :)
    SEO itu bermakna trafik masuk!
    zulkbo baru je tulis kisah Ole-Ole Dari Miecyber : Buku Soal Jawab Ustaz Azhar IdrusMy Profile

    1. tehr says:

      Salam kembali
      Nampak ok walau pun bukan sangat ok
      Hehe

  18. eiela says:

    saya tak pernah try lagi, bleh try jugak nih.
    eiela baru je tulis kisah Pengsan Sebab Terlalu BerpantangMy Profile

    1. tehr says:

      Boleh dicuba
      Sesuai untuk semua blogger :D

  19. btul jugak..apa nk dikisah dgn org yg x kisah.. :)
    LangkawiHomestay baru je tulis kisah Padang MatsiratMy Profile

    1. tehr says:

      Yups, moga2 semua gembira dan bahagia

  20. kulanz says:

    SEO tu.. salah satu aspek penting pada blog.. aku tetap kisah dengan yang ni :)
    kulanz baru je tulis kisah Cuti-Cuti Malaysia: KundasangMy Profile

    1. tehr says:

      Blog bro kulanz memang dah mantap
      Aku selalu dapat ilmu dari sabah
      Hehe, thanks

      1. kulanz says:

        akupun banyak dapat ilmu dari blog bro ni.. terutama bab-bab pantun tu.. :)
        kulanz baru je tulis kisah Mount Kinabalu View, KundasangMy Profile

  21. Jamal Ali says:

    Hebat tuan. Saya tak seberapa. Huhuhu…
    Jamal Ali baru je tulis kisah ANTOLOGI UNTUK HATI – Kata-kata dan Suara Dari JauhMy Profile

    1. tehr says:

      Tak ada la hebat, bro
      Asal jadi je ni

  22. mie says:

    bagus caranya…
    kadang2 suka2 je buat blog ni..
    sambil share gambar, sambil cari akwan..
    ehehhehee
    mie baru je tulis kisah Kita Ditakdirkan Berpisah!! CONTEST!!My Profile

    1. tehr says:

      Asal kita dapat gembirakan hati sendiri
      Dah cukup baik tu

  23. nurmisnan says:

    Ada bagi suggest tak mcm mana nak join WSS
    nurmisnan baru je tulis kisah PUSAT PERUBATAN KOHILAL KLINIK PAKAR SAKIT PUAN DAN KANAK KANAKMy Profile

    1. tehr says:

      Tak perlu join apa pun, nur
      Hanya masukkan link je

  24. Amirez says:

    dulu selalu ambik kisah dua perkara ni. dah macam wajib pulak setiap kali update atau install theme baru. tapi sekarang ni dah tak hiraukan langsung lagi2 css validator. pening nak betulkan. biarkan gitu je hehe
    Amirez baru je tulis kisah Amanz Tersenarai dalam Malaysia News OnlineMy Profile

    1. tehr says:

      Yups, memang boleh peningkan kepala bila kesilapan css ni dah terlampau banyak
      Memang ambil masa nak betulkan semuanya

  25. Norizwan says:

    owh camtu…tak buat pun camtu…mesti teruk blog sy ni…
    Norizwan baru je tulis kisah Bom perang dunia kedua ditemuiMy Profile

    1. tehr says:

      Boleh je cuba tengok macam mana
      Ada masa boleh dibetulkan apa2 kesilapan kalau ada

  26. iza says:

    Assalam..
    Wahh, dah mula ber keyword kacak ni….
    Teringin nak join tapi otak beku seketika…
    iza baru je tulis kisah Pulau Pangkor 2012.My Profile

  27. Ladfe Amir says:

    terima kasih bro pasal pengongsian ilmu. terang terus setakat hari ni aku belum pernah lagi belek2 kedua2nya.

    tapi nanti sure aku cuba try n error. insyaAllah
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Istinsyaq Petua Untuk Penyakit ResdungMy Profile

  28. naik kereta betulkan sidemirror
    pandu kiri rasa janggal
    pernah try tapi error
    habih malas semua tinggal

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair windshield kena batu

  29. adele says:

    sy tak tahu apa yg sepatutnya sy buat dgn blog sy..huwaa
    adele baru je tulis kisah Dulu Laknat Sekarang BinatangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun