Apa Ada Selepas PMR

Kejayaan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah [PMR] yang baru lalu pasti mendatangkan kegembiraan. Calon PMR gembira, guru-guru gembira dan pastinya ibu bapa juga gembira. Yang gagal pula sebaliknya, lagi teruk bila kena kutuk dek kawan-kawan.

Seramai 30,474 daripada 440,643 calon mendapat gred A bagi semua subjek. Anak sepupu aku dapat 8A, anak abang aku juga dapat 8A dan anak aku pula dapat 6A2B. Tahniah semua. Tahniah.

Durian crepe enak rasanya,
Tak puas rasa hanya sekali;
Tahniah kepada yang berjaya,
Usah berbangga terlupa diri.

Tapi apa ada selepas PMR? Tingkatan 4. Itu semestinya, kan? Nak kata ada yang mahu cari kerja dengan sijil PMR memang tak logik sangat walau pun mungkin juga ada. Yang berhenti sekolah juga mungkin ada. Mungkin. Jadi, kejayaan dalam PMR hanyalah satu bibit kejayaan sahaja. Bukan kejayaan yang sebenar-benarnya. Bukan!

Tingkatan 4 dikatakan musim bulan madu kerana setahun belajar tanpa peperiksaan besar yang perlu ditempuh, kecuali pelajar di aliran agama. Itu kata orang dulu-dulu. Zaman sekarang yang serba mencabar dan zaman orang berlumba-lumba, pelajar tidak lagi boleh bersikap sedemikian. Siapa yang lambat dia akan ketinggalan. Begitulah adat dunia. Siapa yang leka, dia akan ditinggalkan oleh masa!

Bila mengidam tertanya-tanya,
Durian crepe mana nak dapat;
Semoga kamu terus berjaya,
Bahagia di dunia sampai akhirat.

Lebih banyak cabaran sedia menunggu selepas PMR. Kalau PMR lepas adalah duri, itu hanya duri pokok semalu sahaja. Kat depan nun ada duri kelapa sawit, duri buluh, duri nibong dan pelbagai jenis duri yang lebih keras lagi. Semestinya akan ditempuh. Paling dekat ialah Sijil Pelajaran Malaysia [SPM].

Moga-moga anak-anak dan adik-adik semua tidak terleka dengan kejayaan yang diperolehi. Kalian akan faham juga nanti, sebenarnya kejayaan banyak menipu kita!

TehrDemikian kisah 'Apa Ada Selepas PMR' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. zool says:

    Tahniah atas kejayaan anak.. Insyallah boleh lebih berjaya di masa hadapan.
    zool baru je tulis kisah Ranking Malaysia naik lima anak tanggaMy Profile

  2. Cikgu Hairul says:

    masa berbulan madu ni lah ramai yang hanyut. kalau tak dikawal harus gagal masa SPM nanti..
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Berjaya Aku Gagal EngkauMy Profile

  3. Wah! hebat tu semua… Tahniah cikgu dan sanak saudara. Moga2 SPM nanti pun cemerlang juga. Insya-allah..
    Btw, kawe masa tingkatan 4 dulu adeh.. mmg relax sakan.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Scientists Discover That Squeezing Boobs Can Stop Breast CancerMy Profile

  4. Daddy Zuki says:

    Salam. Perjalanan masih panjang bagi lepasan PMR. Tujuan PMR ni diadakan utk menyaring pelajar2 ke aliran yg diminati di F4 kerana di sanalah hala tuju kerjaya mrka bermula…
    Daddy Zuki baru je tulis kisah Why Do My Pupils Play Truant?My Profile

  5. UmmiKami says:

    Salam hurmat…

    Tahniah pada yang berjaya dengan keputusan cemerlang…
    Masih ada yang perlu dilalui…PMR adalah lonjakan kejayaan namun SPM dan seterusnya masih menanti…insyaAllah… ;D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Rajuk…My Profile

  6. akubiomed says:

    Lepas keputusan PMR yang cemerlang akan memasuki sekolah yang lebih baik. Manakala yang kurang cemerlang boleh berusaha untuk peringkat SPM nanti.
    akubiomed baru je tulis kisah Cerita berembun di Malam JumaatMy Profile

  7. hasrulhassan says:

    As-Salam. Tak pernah merasai PMR, bukan kerana tidak sekolah tetapi memang tidak ada, sekadar merasai apa itu SRP …. yang bermain dengan agregat … sapa lagi sedikit maka lagi bagus.

    Bersekolah di SEMESTI – sebuah sekolah berasrama penuh memang penuh dengan expectation … baik daripada guru, ibubapa, serta masyarakat…. kalau ‘lepas’ peperiksaan yang cukup besar dengan jayanya, maka laluan bakal tempuh memang akan disahut tepuk sorak keriangan.

    Namun, andai keputusan tak sesedap durian crepe yang jadi kegilaan, mungkin ada yang terbantut cita dan impian.
    hasrulhassan baru je tulis kisah PMR 2012 | 30,474 Calon Dapat Semua AMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Dulu-dulu saya ambil LCE ( Lower Certificate of Education ).. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Rajuk…My Profile

  8. Nazri says:

    hebat2 budak2 sekarang.. zaman belajar dulu kat sekolah tak perlu dua tangan pun untuk kira yang cemerlang, apatah lagi yang full score..
    Nazri baru je tulis kisah Insuran & Bayi Jantung BerlubangMy Profile

  9. Muktasim says:

    betul tu, tingkatan 4 kalau honeymoon memang penat la tingkatan 5.. dan hasilnya SPM yg tak ke mana.. kena selalu nasihat pelajar jgn anggap bulan madu tingkatan 4.. :)
    Muktasim baru je tulis kisah Dividen ASB 2012 7.75sen Bonus 1.10senMy Profile

  10. betul. antara semua periksa sampai masuk u, SPM paling susah sekali…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah jumaat gambar-gambarMy Profile

  11. ohcikgu says:

    baguslah. dulu bagai nak rak belajar nak dapatkan A..
    ohcikgu baru je tulis kisah Teori Big BangMy Profile

  12. Amirez says:

    Tingkatan 4 lah cabaran paling besar berbanding Tingkatan 5. Siapa2 yang anggap Tingkatan 4 ni untuk berbulan madu, kelam-kabutlah masa Tingkatan 5 nanti nak ulangkaji subjek Tingkatan 4 untuk jawab SPM.
    Amirez baru je tulis kisah Undur Diri Daripada Contest iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  13. papa mifz says:

    Tahniah untuk anak bro

    Anak buah PM tak pasti keputusan PMR lagi, sebab dia sekeluarga masih seronok bercuti ke Paris,hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Nikmatnya Buah TembikaiMy Profile

  14. cik tom says:

    tahniah pd yg berjaya..yg kurang berjaya teruskan usaha..
    cik tom baru je tulis kisah Contest Bersama Cik Tom dan ExabytesMy Profile

  15. yas says:

    Tahniah bro…6A pun hebak gak dah tu….anak aku nanti tah laa…..hehehe
    yas baru je tulis kisah Tambah Trafik Dengan Sistem Ping – Terbaru GILA PING!My Profile

  16. de engineur says:

    Tingkatan 4 tu memang utk berbulan madu tapi tak boleh juga terlalu leka. Pandai2 lah arrange masa sendiri.
    de engineur baru je tulis kisah Dividend and Bonus: ASB pays 8.9 sen per unit in 2012My Profile

  17. Mus says:

    saya dulu lepas pmr masuk sekolah teknik.. semuanya ikut kawan..
    nasib baik saya berkerja di dalam bidang yg saya belajar dulu..
    Mus baru je tulis kisah Hitam Putih Gambar Kandid Jalanan Di Pasar Filipina Kota Kinabalu, Sabah.My Profile

  18. rain says:

    masa lapang sebelum sempit.

    MASA – manusia sering leka. sehingga maut di depan. gentar rasa dan mahu dikembalikan masa dan usia.
    rain baru je tulis kisah masih lagi exam oriented?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun