Tengah hari tadi tanpa banyak soal Mr Tehr ke kedai untuk membeli minyak masak yang diminta oleh Mrs Tehr. Tak jauh mana pun kedai tu, hanya sekadar sepelaung je. Pulang dari kedai, Mr Tehr login ke dashboard WordPress dengan niat mahu menjawab beberapa komen yang mungkin ditulis oleh sahabat pembaca.
Ternampak pula nombor 8888 yang tersusun cantik. Apa lagi terus saja diprintscreen. Ingat nak buat la satu entri mengenai nombor ni tengah hari tadi, tetapi mata pula tiba-tiba jadi berat. Langsung Mr Teh terlena di sofa tanpa sempat menjawab sebarang komen. Zzz Zzz
buka blog di tengah hari
baca komen nak buat entri
mata dan hati tidak selari
lena hamba tanpa bermimpi
Nampaknya sahabat kita saudara Ismail N yang bertuah mendapat nombor 8888 ini. Beliau sebenarnya menulis serangkap pantun untuk ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat pada entri Pantun Si Buah Hati sebelum ini. Di bawah ini adalah pantun beliau.
Cepatnya masa mengejar kita
Duluku muda sekarang dah tua
Ayahanda bonda rasa amat berbangga
Melihat anakanda soleh dan bertakwa
Tahniah dan terima kasih kepada saudara Ismail N dan sahabat-sahabat lain yang tidak jemu-jemu berkunjung dan meletakkan komen pada setiap entri yang ada di tehramuan ini. Mr Tehr sangat menghargainya kerana segala komen merupakan pelengkap kepada tulisan yang ada.
Demikian kisah 'Apa Ada pada Komen' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


cantiknya no tuh…. 8888… tak sangka bro ismail… pengomen yang ke 8888
zik recently posted..Cara meramal permintaan dalam perniagaan 1
Bro mail yang ada ONG…..
Ps : dua singit ..dua singgit dua singgit….. (mail upin dan ipin)
dnoBiz recently posted..Wajib Tonton – Fast And Furious 5 “Fast Five” Video
apa benda yang dua singgit ni, bro
murah benar tu
Ohh, manyak ong ini nombor

akubiomed recently posted..Transformasi seekor rama-rama
Ho ho ho.. JACKPOT


Err.. tak de hadiah ke bro?
Ismail N recently posted..Bieber Fever Never Say Never
kalau ada hadiah.. boleh kita berkongsi.. hihihihi..
Mus recently posted..Stesen Kuasa Arang Batu Di Mukah
tahniah tehr…dah sampai komen ke 8888. mmg cantik no ni.
apa2 pun mmg seronok kalau terima komen yg banyak dlm tiap entry yg kita buat ~
izanishak recently posted..Hadiah Dah Sampai Rezeki April Bila Join CGL
kalau dapat letak kat plat kereta bagus juga ni, izan
TEH 8888 – plat gganu kite
terkenang lagu kumpulan iklim – blues terengganu kitee. best betul lagu tu ….
benjy recently posted..MY Click-Click Contest
Bukan senang nak dapat nombor plat cantik harga kerana menjadi rebutan dan harga menjangkau ribuan ringgit
wah mantop la bro tehr… dah 8888 dan jumlah komen
..
sepelaung tu agag agak kekuatan laungan berapa dB Tehr

dnoBiz recently posted..Apa Pilihan Rakyat – Pilihan raya Negeri Serawak
istilah orang dulu2 tu
jarak sepelaung budak2 pastinya tak sama dengan jarak sepelaung orang dewasa
ukuran jarak yang sangat tidak tepat
Lama tidak dengar perkataan sepelaung dulu arwah nenek ada menyebutnya
wah..
ramainya orang komen kt blog ni..
syabas..
toyol recently posted..PENULIS SENJA TERAKHIR
terima kasih juga untuk TK yang selalu datang memerihkan majlis
Melihat angka 8888 itu membuatkan saya mahu terus berusaha. i’Allah.
Tahniah untuk Ismail N.
Hadi Rofiee recently posted..Keadilan gender
insya allah blog bro hadi juga akan tiba no 8888 tu
atau mungkin dah lebih?
Tahniah kpd bro ismail sbb jadi pengomen ke 8888 dan tahniah juga kpd Tehr sbb dah samapi 8888 komen kt teh ramuan
shameel recently posted..Jangan Pernah Lupa
tahniah dan terima kasih untuk semua, shameel
salam..


ermmm..cantik betul no
tu…
kesukaan rakan cina saya..
zulkbo recently posted..Keputusan Pilihanraya DUN Sarawak Ke-10 Tahun 2011
salam kembali
kaum cina ada kepercayaan mereka dengan no 8 ni, kan bro?
cina kata nombor cantik maa.
Ali ridha recently posted..Urusan dipermudah kerana rajin solat
bagi saya cantik kerana tersusun je
rajin mereka ni datang ke sini berkomen.. Tak macam aku. Kadang2 je. tenggelam2 timbul.hehe
serol recently posted..Kerana kami sayangkan kalian
sama2 memeriahkan majlis
Cantik no bro.. Org cina kata aong.. Orang melayu kata?
decrewz recently posted..Video Maharaja Lawak Astro Minggu ke 3
salah satu sebab aku buat entri khas ni, jai
memang no cantik ni
Jangan ada org yang g kedai no kasi tekan ini no sudah, haram…hu3
decrewz recently posted..Kenapa Mesti Entry SEO Search Engine Optimization
tahniah En Ismail… ini kalau jual no ni manyak laku o… bawa ong…
Cik Siti recently posted..Apa Yang ada pada buku teks
kalau la ada sapa2 yang nak beli, cik siti
kayo kawe
ini kalo plat keta…mau puluh ratus ribu ape harganya…
memang tak mampu nak beli tu, sir
mahal plat pulak berbanding kereta
haha
Huh lawa nombor tu…
Kalo beli dgn JPJ agak2 harga berapa ribu tu yekk…
aktechpage.com recently posted..RezekiMurahCom- Sangilapi Punya Blog
yang pasti takkan mampu kawe nak beli
takat boleh tengok je
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_—\_l__l—[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)–o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
” Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
rxz 5 speed 6 speed catalyzer
tali timba ditarik perlahan
terasa sejuk air perigi
bermula sebuah ikatan persahabatan
insyaAllah hamba datang lagi
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Sarat muatan bunga cempaka,
Tinggalkan pantun masa berkunjung,
Walaupun payah hamba nak reka.
Sambil Makan jenguk Blog,
Bila kunyah tergigit cili,
Aku Datang Jenguk blog,
Alang-alng komen la sekali.
Anak pak bilal sesat dilombong
ketika mencari layang-layang
kalau hidup tidak sombong
baru diri disayang orang.
azli.afzainizam recently posted..Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh
jangam ada buat no ekor sudah la..
hehehe
mie recently posted..Big Apple Voucher From Alamanda Putrajaya
Nombor ekor bagi pandanganku seperti berikut , no 6 dan no 9 … kerana kedua2 no itu ada kepala dan ekor so jadilah nombor ekor … hehehehehe
benjy recently posted..MY Click-Click Contest
satu pendapat yang nampak macam ada kebenarannya tu
no 6 tu nampak macam ekor ke atas pulak
macam gaya nak melepas je
haha
kaki ekor ni bukan kira apa, mie
asal ada no je
itu la…
minta simpang la perkara macam ni..
eehehee
mie recently posted..Big Apple Voucher From Alamanda Putrajaya
8888 ? … wah menarik sungguh nombor tu … nasiblah tehr sempat log dashboard kalau lambat sesaat ia akan merosakkan kecantikan nombor itu … sbb kalau Zik cepat komen tadi dan masa tu tehr kat kedai jadilah nombor ni … 8889 … penantian nombor dengan penuh kesabaran … akhirnya sempat juga snap page memaparkan angka 8888 … tahniah kepada Ismail N kerana memakbulkan penantian tehr selama ini … tahniah kepada tehr cepat balik dari kedai … tahniah kepada Zik kerana lambat komen sehingga mengekalkan angka 8888 di dashboard terh dan malang bagi ku kerana nombor komen ko ku ini yang ke 8918 rasanyalah … tak cantik betuk nombor tu ….. huhuhuhuhu
benjy recently posted..MY Click-Click Contest
8918 memang tak ada cantiklah ini nombor
hehe
banyak nasib baik tu, bro
ari ni mmg sedap ZZZZ sbb ptng td ujan…best tol la..la ni dah kul 2 pun mata tak leh pejam..tido dah bnk siang td. dyea suka 7777…lucky no tu…tp 8888 pun ok la orng cina cakap ong ma
dyea recently posted..Sila Pandang Belakang sambungan pilem jgn pandang belakang
ada orang kaya kat kawasan ni minat benar dengan no 7
beberapa buah kereta dia guna no 7, 77, 777 dan 7777
jeles je tengok
haha
wahh, 8888 cantik tu….
jeles nih 8888
hanya sekadar nombor je, bro
pergi ke kedai naik motor,
membeli teh dan juga gula,
risau aku melihat nombor,
bertmbah ia bertambahlah uban di kepala.
insan marhaen recently posted..Blogger JH
membeli teh dan juga gula
beli kopi dan juga garam
bertambah uban di kepala
tapi masih mahu melaram
Tahniah bro.. meletup-letup blog ini dengan komen-komen yang tiada putusnya.. Dekat 9k komen.. dasyat! dasyat! Teh yang dihidangkan pun sodap sekali..

Ismail N recently posted..Bieber Fever Never Say Never
hehe
jemput minum, bro
silakan usah segan2
Tanniah kepada bro Tehr kerana komen sudah sampai 8888 bukan calang-calang hendak dapat nombor tersebut
sebenarnya ramai di antara sahabat kita yang pandai dan suka berpantun
tu yang jadi banyak komen tu, bro
Mr Tehr.. Mempunyai pembaca setia
Tahniah 8888 menjadi milik anda.. Saya baru setengah dari jumlkah itu~
ProfHariz recently posted..Aku Semakin Bingung Dan Hilang Arah Tujuan
setengah tu dah banyak tu, bro
tak ambil masa lama tu nak sampai 8888
kan?
Tahniah bro, angka yang jarang nak dapat ,
semoga blog bro semakin popular..:)
LiFe KaMi recently posted..Tukar Lampin Bayi Kami
sahabat bloger kat malaysia ni ramai yang mesra dan peramah
Nombor saya 9999, nak tau apa tu? Rahsia..
Norasikin recently posted..Resepi Ayam Sira Karamel
apa pulak rahsia?
bagi tau la, nora
Pehhh….mantap tehr, semoga terus suksess….errrr no tu kasi tikam la bro, olang cina kata ala “ONG” maaaaa….hehehehe
#ayat kaki nombor la tuuu….sesaje kasi meriah no…jgn maree
yas recently posted..Satu hari nantiGambaran hidup manusia dimasa hadapan
tahniah untuk Ismail N
ghost writer recently posted..peralihan kuasa
fuh3! 8888 komen? memang terbaik punya… number manyak cantek wooo… ahaks~
kaizen recently posted..eNTRi PeRTaMa DaRi TaWau 2011
lepas ni kita tunggu 9999 siapa yang kena?
Mus recently posted..Gambar Kemalangan Paling Ngeri & Dahsyat 4 Buah Kereta Sport…