pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita
tehramuan

Anugerah Lelaki Contoh

Menarik pula bila membaca satu cadangan dari Kerajaan Negeri Kelantan yang mahu mewujudkan, mencari dan memberi Anugerah Lelaki Contoh sebagai ikon kepada golongan anak muda. Bagi Mr Tehr, cadangan ini sangat baik sebagai satu permulaan dalam membina keluarga bahagia. Walau pun anugerah diberikan kepada lelaki, sudah pasti wanita juga akhirnya mendapat faedah yang amat besar.

hidup kecewa tidak tertahan
hati meraba dalam kegelapan
di mana kalian lelaki budiman
tampil hadir bebaskan tekanan

anak isteri memasang impian
ayah ibu menggantung harapan
lelaki mithali menunjukkan jalan
setia membantu memimpin tangan

Anak-anak remaja sekarang selalunya menjadikan penyanyi atau ahli sukan sebagai ikon mereka. Siapa lebih kacak, siapa lebih kaya atau siapa yang lebih hebat selalu menjadi perbandingan antara mereka. Tumpuan lebih diberikan kepada populariti berbanding integriti seseorang. Apa komen sahabat?

TehrDemikian kisah 'Anugerah Lelaki Contoh' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



35 Comments

  1. DaHLia says:

    Bagus gak ni…lepas ni mesti lebih ramai berjuang nak jadi contoh yang terbaik :D InsyaaALLAH
    DaHLia baru je tulis kisah Baru balik Kursus Persediaan Penerima Biasiswa HLP dan CBBPTB KPM 2011My Profile

    1. tehr says:

      insyaallah, cikgu
      memang dah sepatutnya lelaki menjadi contoh teladan terbaik

  2. sud@is says:

    popuariti lebih terserlah berbanding integriti
    sud@is baru je tulis kisah Mau Sedang-Sedang AjaMy Profile

    1. tehr says:

      nak buat macam mana, sudais
      dah adat dunia sekarang

  3. Norgadis says:

    Lelaki contoh lelaki budiman
    berjalan perlahan menaiki tangga
    Pilihlah lelaki lelaki beriman
    Menjadi pembimbing isteri dan keluarga

    1. tehr says:

      ramai lelaki jalan perlahan
      pijak semut pun tak mati
      tutur kata lembut bersopan
      tetapi onar di belakang isteri

      minta2lah dijauhkan

  4. tips-kurus says:

    Jadi artis mestilah selalu dapat perhatian dari segala aspek..
    tips-kurus baru je tulis kisah Antara Sebab Tidak Suka Stay Up..My Profile

    1. tehr says:

      media yang selalu beri tumpuan kepada mereka, tips

  5. padin says:

    emm, cadangan yang baik.. aku pon hairan kenapa la ikon yang bukan2 je di puja sekarang ni
    padin baru je tulis kisah Tinggal 1 PerkaraMy Profile

    1. tehr says:

      aku masih salahkan media dalam hal ni
      kalau gambar artis, besar dan jelas penuh satu halaman
      memang boleh cair

      1. padin says:

        tu la pasal, kalau akhbar tabloid tu
        memang penuh satu muka,

      2. hafizmd says:

        setuju…media mmg bersalah dalam hal ni..

        pssst…dah itu cara deme nak cari makan…huuuuh

  6. zulkbo says:

    salam..
    siapa lah agaknya bakal
    menjadi ikon pertama ni ye?
    ermm..satu langkah yang baik
    dan patut di puji….

    ***bukan tokoh “katak lompat”
    yang dapat hadiah RM 5K tu..ermm
    very funny kan?
    zulkbo baru je tulis kisah Keputusan ( Video ) Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      rasanya bukan saya yang akan terpilih :)

      cadangan anugerah yang satu tu dah ditarik balik nampaknya, bro
      nampak macam tak ada sapa nak beli je

  7. ghost writer says:

    apakata kalau lelaki idola bagi para remaja itu bapa dowang sendiri…kan lagi jadi anak mithali yang menghargai sumbangan bapa dowang dalam institusi keluarga/masyarakat.
    ghost writer baru je tulis kisah sharp-shooterMy Profile

    1. tehr says:

      sebaiknya memang begitu la, ghost
      tapi anugerah yang dicadangkan ini untuk semua lelaki kelantan

      1. hafizmd says:

        pakat isi borang belake seme deh :D

  8. Mr Rileks says:

    artis dijadikan ikon w/pun gosip x baik sana sini…
    Mr Rileks baru je tulis kisah Chelsea Hanya Mampu Jaringkan 1 Gol Terhadap Harimau MalayaMy Profile

    1. tehr says:

      setakat gosip boleh tutup telinga lagi, mr r
      tapi kalau dah sah2 buat salah
      memang tak patu dijadikan ikon

  9. toyol says:

    sangat menarik..
    setuju sangat.
    toyol baru je tulis kisah SESATMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 kita tunggu bila akan menjadi kenyataan, tk

  10. puteri says:

    Wah Tehr, tak sangka.. hehe..
    Selepas Ibrahim nak buat anugerah kat UTM (ke UITM?)
    Rosmah di UKM

    Tehr pun nak join jugak bagi anugerah

    kikikiki
    puteri baru je tulis kisah filem terHEBAT dekad iniMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      bukan cadangan saya, puteri
      tapi saya sangat setuju

  11. Jai says:

    Bro booleh la ambil bahagian tunjukkan contoh yang baik.. Lelaki contoh berpantun, amacam..he3

    1. tehr says:

      haha
      sedang berusaha untuk menguruskan diri sendiri :(

  12. titan says:

    mehh, buat pertandingan mencari blogger contoh.. haha..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 5 dari 701panduanMy Profile

    1. tehr says:

      blogger contoh?
      cadangan baik juga
      tapi aku hanya kenal beberapa orang je :D

  13. akubiomed says:

    Dalam minggu ini ada kontroversi mengenai pemilihan personaliti ikon di sebuah pengajian tinggi tempatan. Susah juga hendak pilih ikon ini sebenarnya kalau salah pilih kena kritik pula nanti :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Lamborghini Murcielago LP640 KoningMy Profile

    1. tehr says:

      memang benar, bro
      tokoh yang mahu dipilih perlulah yang dihormati oleh kawan dan lawan
      bukan senang tu

  14. yas says:

    Tu la bro…rase heran lak bila anak2 skg berlumba2 nak cr publisiti. Tp mende2 ni…media pun memainkan peranan jugak…
    yas baru je tulis kisah Barbican halal lorrr…My Profile

    1. tehr says:

      memang tak salah lagi, yas
      media memainkan peranan penting

      blogger juga boleh memainkan peranan
      tak banyak, sedikit

  15. hafizmd says:

    bila publisiti diutamakang
    integriti payah nak letak depang
    bila publisiti lebih besar ganjarang
    integriti boleh hilang melayang

  16. kaizen says:

    biasa la bro~ hehe… itulah remeja sekarang~ hehe
    kaizen baru je tulis kisah Semua Telah BerakhirMy Profile

  17. maza says:

    lelaki budiman yg boleh jadi tauladan biasanya kemalu-maluan… errr mcm maza gak ler …ihik! hehehhehe
    maza baru je tulis kisah Izinkan Aku Berzina…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
Apa guna mandi pagi,
Kalau jirus badan tak dicuci;
Apa guna ranking blog tinggi,
Jika content lucah dan mencaci.
pantun
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar