Antara Yue Yue, Gadaffi dan Akal Manusia

Kematian Yue Yue, kanak-kanak yang dilanggar, digilis dan dibiarkan oleh orang ramai di Guangdong, China memang sangat menyedihkan kita di Malaysia malah di seluruh dunia. Sehinggakan golongan yang percaya kepada kelahiran semula juga mengharapkan agar kanak-kanak malang ini tidak lagi dilahirkan sebagai seorang rakyat China.

Yang terbaru kematian Gadaffi. Pemerintah Libya yang berkuasa selama 42 tahun itu akhirnya mati ditembak oleh pemberontak. Rakyat Libya pasti akan merasa kesal dengan kekacauan yang berlaku ini kerana beberapa contoh di sekitar mereka tidak menunjukkan suasana yang lebih aman selepas peralihan kuasa berlaku.

kembara dunia

Mati Itu Pasti. Apa yang sedihnya ialah sikap manusia dalam menguruskan soal hidup dan mati. Yue Yue berhak mendapat bantuan setelah dilanggar buat pertama kali tetapi dibiarkan begitu sahaja hanya kerana beberapa peraturan yang ada. Gadaffi juga berhak mendapat perlindungan sebagai pihak yang kalah dan ditawan tetapi ditembak begitu sahaja tanpa sebarang peraturan.

Itulah akal manusia yang gagal menguruskan manusia dengan peraturan yang dibuat oleh mereka sendiri. Lebih teruk lagi bila akal gagal berfungsi sempurna dan membiarkan nafsu menjadi raja. Tanpa iman dan taqwa, kepintaran akal hanyalah debu dan habuk di kaki lima.

membawa bekal pergi kembara
tanah rendah seluas pandangan
bijaksana akal bukan sempurna
quran dan sunnah jadi pedoman

TehrDemikian kisah 'Antara Yue Yue, Gadaffi dan Akal Manusia' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


41 Comments

  1. nurmisnan says:

    Aku memang sangat2 kesal dengan sikap dan akal manusia
    yang mementingkan diri sendiri. Takut kerana tanggungan kos
    hospital mreka sanggup membiarkan si kecil dlm keadaan kesakitan..

    Gadaffi pula, merayu utk tidak di tembak namun siapa yg mahu
    mendengar rintihan dan rayuannya… Kita dgr dia begitu namun
    adakah dia benar2 zalim dan mementingkan diri?? Rakyat Libya
    pasti menyesal seumur hidup dan US serta seangkatannya
    melompat2 riang kerana peluang minyak hampir d tgn mereka….
    nurmisnan baru je tulis kisah Kerana lelaki ini 1027 rakyat Palestin bebas dari penjara laknatullahMy Profile

    1. tehr says:

      walau pun mungkin sukar
      moga2 rakyat libya akan dapat hidup dengan sempurna

  2. ciksembang says:

    kematian kedua2 insan ini mmg sangat memberi kesan kpd saya.. sedih melihat Gaddafi dilakukan sedemikian rupa..teringat pula kpd Saddam yang digantung..
    hilang sudah nilai kemanusiaan
    ciksembang baru je tulis kisah Cara toskan kencing lelaki dan wanitaMy Profile

    1. tehr says:

      kesedihan kita adalah satu kegembiran buat mereka

      1. Mus says:

        kemenangan dengan membunuh tu tak menjanjikan kedamaian yang diidamkan
        Mus baru je tulis kisah Hinava, Makanan Tradisi Kaum Kadazan-DusunMy Profile

  3. zulkbo says:

    salam..
    kisah sedih sepanjang
    bulan ni banyak betul..
    tapi yang nyata mati itu pasti
    kita je tak tahu bila
    zulkbo baru je tulis kisah Video Marco Simoncelli Kemalangan Di Litar Sepang : Perlumbaan Di BatalkanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      peringatan bagi kita
      moga2 kita terus tabah

  4. kakyong says:

    ntah ke mana hilangnya ciri2 sebagai Muslim rakyat Libya.. tiada Alfatihah, malahan bertempik sorak-ria .. Masya Allah.. tercalar lagi imej masyarakat Islam..
    kakyong baru je tulis kisah Islamic Books for Kids–pelbagai pilihan buku untuk anak-anakMy Profile

    1. tehr says:

      saya tak menonton sepenuhnya, kakyong
      tak sanggup nak tengok

      1. hafizmd says:

        mmg satu kematian yg cukup trajis kepada arwah muammar…

        pasti rakyatnya sangka ada sinar lebih baik dr arwah, tp ironinya mungkin lebih teruk…wallahua’lam

        p/s-mmg tak sggup tgk video muammar diheret tnpa belas kasihan…
        hafizmd baru je tulis kisah Pusingan kedua Piala Malaysia: Guane gamok awok Ganu kite?My Profile

  5. padin says:

    itulah kalau tindakan bukan di tunjangi akal..
    padin baru je tulis kisah Nostalgia : Duit BelanjaMy Profile

    1. tehr says:

      akal juga kadang2 tersalah tafsir, bro

      1. Mus says:

        kena fikirkan untuk banyak kali.. 2-3 kali mungkin tidak cukup
        Mus baru je tulis kisah Misi Menawan Bukit Tengkorak, Semporna Telah Berjaya!My Profile

  6. ohcikgu says:

    ramai pula orang mati sekarang ye..
    ohcikgu baru je tulis kisah Final Piala Malaysia 2011 – Terengganu VS Negeri SembilanMy Profile

    1. padin says:

      tiap hari pon ade je orang mati,
      samada masuk berita tau tak,
      atau kita kenal atau tak je hee
      padin baru je tulis kisah Penulisan KeteranganMy Profile

      1. tehr says:

        yang mati, memang biasa ada tiap hari
        apa yang aku terkilan cara mereka perlakukan je
        sukar nak diterima

        1. Mus says:

          kematian orang kenamaan sebegini memang suka dihebahkan..
          isu yang menyentuh kemanusiaan patut disebarkan..
          Mus baru je tulis kisah Mat Kelapa – Antara Kelapa Muda Paling Mahal Di MalaysiaMy Profile

  7. Ragam manusia ni macam2 di akhir zaman, entah la, susah nak pikir… Lepas Libya mgkn Syria & Iran plak lps ni…
    aktechpage.com baru je tulis kisah Portal Pencen: Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan WajibMy Profile

    1. tehr says:

      memang besar kemungkinannya, bro
      mereka menunggu masa je

  8. akubiomed says:

    Saya sedih dengan apa yang berlaku kepada kedua-dua insan ini. Hukuman dan sikap kepentingan diri sendiri akan melucutkan nilai kemanusiaan ke tahap yang hina

    1. tehr says:

      yups
      aku memang sedih dan tak sanggup nak tengok

  9. kakyon says:

    adakah rakyat libya lebih bahagia dan selesa sekarang? semuga jadi panduan buat kita semua..
    kakyon baru je tulis kisah bz lagi ..part 3My Profile

  10. b3njy says:

    Mungkin esok ada lagi yang mati … cuma caranay berbeza sedikit dari yang asal … semalam aku melihat seekor kucing mati digilis motokar … mungkin esok ada lagi macam tu … entah
    b3njy baru je tulis kisah KERANA MU AKU ….My Profile

  11. Pacifista says:

    “harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama…”
    pepatah ni sentiasa betul tak kira bila dan dimana ia digunakan…
    Pacifista baru je tulis kisah Cara Undi Peserta Maharaja Lawak MegaMy Profile

  12. bEe says:

    Bg pndpt bEe yg baik kita jdkn cth tauladan…
    Yg buruk itu kita jdkan ianya sbg peringatan utk diri :-)

    1. surihati_ku says:

      mereka kejem.saya tfok video 2 kli tak silap.rasa sakit hati tgok ibu dia ayah dia meraung kesakita, derita..pemergian anak..
      surihati_ku baru je tulis kisah Doa Pelembut Hati AnakMy Profile

  13. yas says:

    Dendam yg terbuku selama 42 tahun kini telah langsai…namun dengan cara yg amat tragis…
    yas baru je tulis kisah Pertandingan Carrom Anjuran PJS Kg MedanMy Profile

  14. dinar says:

    sama ada yue yue maupun gadafi,
    semua kita ciptaan Illahi,
    menjalani hidup dunia penuh nafsu-nafsi,
    Hanya Allah Yang Maha Mengasihani,

    WALLAHU’ALAM
    dinar baru je tulis kisah Persediaan mental juga, penting dalam pelaburan EMASMy Profile

  15. surihati_ku says:

    salam..
    manusia semakin rancak menongkah alam, derita hati ynag busuk mula kusai jiwa huhu..
    surihati_ku baru je tulis kisah Kellies Castle Bhg IIIMy Profile

  16. fiezaradzi says:

    kdg2 bila dah akhir zaman, begitulah.. nafsu lebih ptg dari sifat kemanusiaan, sedangkan tak de salahnya berbuat baik.. beri peluang utk mereka hidup dan mungkin boleh berubah..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Lima Perkara Pelik BerlakuMy Profile

  17. surihati_ku says:

    bila peraturan tiada manusia mula lupa diri..eii tak suka bgni ..
    surihati_ku baru je tulis kisah Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak SeduniaMy Profile

  18. manusia semakin hilang sifat manusia
    iblis syaitan semakin kuat menghasut
    dunia semakin dipenghujung
    bencana dan pembunuhan merata-rata

    manusia semakin hilang sifat manusia

    akal meninggikan darjat manusia
    nafsu bebas mengawal hati
    manusia jatuh terhempas
    rainbowcloudy baru je tulis kisah fantasi rain | gen binatangMy Profile

  19. maza says:

    “Tanpa iman dan taqwa, kepintaran akal hanyalah debu dan habuk di kaki lima”

    ayat yg ini amat maza setuju sekali…

    dan bab pembunuhan Gadaffi adalah sesuatu yg tidak wajar.. Dia seharusnya dibicarakan terlebih dahulu..
    maza baru je tulis kisah Batu Bersurat terbaru dijumpaiMy Profile

  20. Mus says:

    kematian memang sesuatu yang pasti..
    sudahkah kita bersedia menghadapinya?
    Mus baru je tulis kisah Hinava, Makanan Tradisi Kaum Kadazan-DusunMy Profile

  21. sayacomel says:

    emm..sian kat yue yue..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Sangat – Aku pun nak masuk gakk..My Profile

  22. Norgadis says:

    Tiada ciptaan menusia yang sempurna sepenuhnya, baik undang-undang atau peraturan… melainkan yang dicipta oleh Allah swt.
    Norgadis baru je tulis kisah Apa Hal Blog Aku Ni? Tolong Tolong!!My Profile

  23. by next month umat manusia akan mencecah 7 billion.. dah sempit sgt kot bumi ni? akal pun jadi sempit .. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah A Game Of Thrones By George R.R. MartinMy Profile

  24. zik says:

    marilah kita semua mendoakan kesejahteraan untuk umat islam ini…. ayah saya sakit di hospital.. masuk nie dah 2 hari..doakan semoga leks sembuh… Insyallah amin..

  25. chii says:

    manusia skrg ni..da semakin ilang sifat peri kemanusiaan. ..soal mati..seolah2 da jadi bahan mainan je
    chii baru je tulis kisah Buat Seorang AdikMy Profile

  26. Pantai Mersing kuala Johor
    Pantainya bersih sangat mashyur
    Pohonkan doa kita bersyukur
    Negara kita aman dan makmur

    Kapal Anjiman disangka hantu
    Nampak dari Kuala buana
    Rosak iman kerana nafsu
    Kelak padah badan binasa

    Perilaku manusia sekarang seperti binatang tak ada lagi perikemanusiaan.

    Maaf lama tak ziarah kamu semua.. Minggu lepas out station lerr…
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip cari kereta terpakai proton perodua
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  27. ghost writer says:

    baguslah gadaffi mati di tangan bekas rakyatnya sendiri.sekurang-kurangnya tidak dihinakan dan memakan masa diadili di tribunal jenayah dunia.

    rakyat libya akan mengharungi fasa lebih teruk selepas ini.barat pasti menuntut tuntutan selama ini.
    ghost writer baru je tulis kisah khayalan tingkat tinggiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun