Antara Samsu Samseng Dan Samsung

Apa yang aku pasti, korang sedia punya pilihan antara samsu, samseng dan samsung. Aku juga percaya korang telah pun membuat satu pilihan yang bijak.

malam siang minum samsu
akal hilang fikiran pun buntu

Bukannya orang biasa-biasa macam kita kalau suka minum samsu. Korang tahu kan, samsu ialah sejenis minuman keras (arak). Akibat minum minuman keras juga korang dah tahu.

Kita ni paling hebat pun minum teh tarik 3 layer je. Layan bola.

jadi samseng buat kacau
orang keliling tak dihirau

Bukan juga orang biasa-biasa macam kita yang suka berlagak samseng. Suka buat kacau, buat huru hara tak kena tempat. Mereka ni orang-orang hebat yang tak makan api.

Kita ni paling hebat pun buat bising kat depan TV je. Layan bola.

Barjalan keliling buka baju,
Bunga kuning carik di rusuk;
Kepala pening minum samsu,
Jadi samseng pabila mabuk.

Rasanya adalah lebih bagus kita orang biasa-biasa ni untuk pilih Samsung berbanding samsu atau samseng.

Tak gitu ke? :D

TehrDemikian kisah 'Antara Samsu Samseng Dan Samsung' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. sud@is says:

    su, seng , sung..
    baiklah sung..
    hehe..dah jatuh banyak kali
    jangan buat hal x da duit nak ganti

    1. TehR says:

      dah jatuhbanyak kali?
      nampaknya dah kena mula kumpul duit la tu

  2. cikgu naman says:

    tengok bola jangan nak berlagak samseng
    dah kalah jangan mengamuk

    hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah 2 Hari Lagi Undian di MSMW2014 BerakhirMy Profile

    1. TehR says:

      ya la, cikgu
      menang kita dapat seronok
      kalah kita dapat sedih

      dua2 tu pengalaman untuk kita

    2. hafizmd says:

      komen pnas ni…hahahaa
      hafizmd baru je tulis kisah Senarai 25 Pemain Kebangsaan Kendalian Ong Kim Swee?My Profile

  3. akubiomed says:

    Samsu haram ini ada dijual. Risiko tinggi untuk kematian.
    akubiomed baru je tulis kisah Yeo’s sentiasa menjadi Pilihan SemulajadikuMy Profile

    1. TehR says:

      agaknya mereka campurkan ubat nyamuk sekali tak?

  4. Mus says:

    pilihan di tangan kita.. pilihlah yang terbaik!
    Mus baru je tulis kisah Cadangan Tukar Nama Jalan Khidmat Kepada Jalan Harmoni Di Bukit PadangMy Profile

    1. TehR says:

      tu la pasal
      pilih yang terbaik
      dan buat yang baik2 je

  5. Samseng dalam bolasepak ni terpengaruh dengan budaya hooligan kat eropah zaman 70′an dengan 80′an dulu. Sekarang ni diorang dah slow sikit, sebab ramai yang dah berdisiplin. Mungkin, Malaysia ni baru nak merasa agaknya. Nanti, 10, 20 tahun lagi, berdisiplin la kot. Haha
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Malaysia, Negara Bangsa yang Sedang SakitMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      10, 20 tahun lagi?
      sangat lama tu, bro

  6. mohdridzwan says:

    Hebat la entry bro. Ambe cukup respect bro dpt olah setiap kata menjadi pantun dan frasa yang baik pada masa yg sama.

    Tabik spring utk bro dan teruskan usaha. Bro mmg pandai berkata-kata melalui jari-jemari.
    mohdridzwan baru je tulis kisah Fenomena Blog MalaysiaMy Profile

    1. TehR says:

      sekadar pandai dalam kampung sendiri je, bro
      nak lawan kat stadium tak berani :D

  7. dja@sishaza says:

    Kalau dah ketagih samsu tentu sanggup jadi samseng …akibatnya samsung tentu tak mampu dibeli hihihi….
    dja@sishaza baru je tulis kisah TANDA-TANDA TUBUH KEKURANGAN AIRMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      satu kaitan yang menarik
      memang payah nak aman

  8. Azlan Vai says:

    Dari samsu baik susu
    badan sihat tiada buntu
    tiada buntu tiada rapu
    Azlan Vai baru je tulis kisah Cerita bedah mata kuMy Profile

  9. hafizmd says:

    Samsu boleh kasi org jadi samseng

    ini dua benda, mmg boleh bikin hati rungsing =)
    hafizmd baru je tulis kisah Senarai 25 Pemain Kebangsaan Kendalian Ong Kim Swee?My Profile

  10. titan says:

    nama pun dah lebih kurang aje.
    titan baru je tulis kisah TARGET.My Profile

  11. kakiblog says:

    pernah kerja samsung dan kini banyak guna jenama samsung di rumah
    kakiblog baru je tulis kisah 5 Alasan Untuk Membuang PekerjaMy Profile

  12. tergeliat lidah ..ishh ..hehehehhe
    syaifuddin alias baru je tulis kisah {EDISI WANITA} Malu Jadi Diri Sendiri, Sendiri Buka AibMy Profile

  13. AUC says:

    aku pilih samsul boleh tak?… :)
    AUC baru je tulis kisah Android KangKung GameMy Profile

  14. errr kawe Samsung pun tak pilih. Kawe prefer Sony he he.. Tapi jika diberi Samsung ok gak. Samsu dan Samseng tu sori lah.. tak mahu ehhh..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Steve Vai: Live In Kuala Lumpur, 22nd March 2014My Profile

  15. de engineur says:

    i pilih Apple iPhone boleh tak? Hehehehe
    de engineur baru je tulis kisah Malaysia healthcare system is third best in the worldMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun