Antara Salji dan Air Bah

Mungkin juga aku tak akan ada peluang untuk melawat luar negara dan bermain-main dengan salji kerana tiada apa-apa urusan di sana. Berkunjung ke blog rakan-rakan blogger di luar negara sekarang ini banyak ternampak gambar-gambar salji yang sedang penuh, seperti blog alexa yussida ni. Aku memang belum pernah lagi sentuh dan main-main dengan salji. Orang kata sejuk. :D

main hujankat luar negara dah musim salji
musim mereka untuk bermain ski
meluncur laju dari tempat tinggi
tersilap gaya patah tangan kaki

kat dalam negara musim air bah
hujan yang lebat airnya melimpah
budak-budak bermain riuh rendah
silap-silap gaya menerima padah

musim salji atau musim hujan
semuanya terjadi ciptaan tuhan
dapatlah kita renung-renungkan
kejadian alam sebagai pedoman

Kesian dengan mereka di Bangkok yang dilanda air bah berminggu-minggu. Kesan banjir di sana bukan hanya kepada mereka sahaja malah kepada kita di Malaysia serta negara-negara lain yang mempunyai hubungan dengan mereka. [Beras dan barang keperluan lain dah naik harga ni.]

padi mahsuri beras malinja
hidup subur di tengah sawah
banjir ini membersih semua
debu kotor hati yang megah

Tapi air bah dan musim banjir juga mendatangkan rahmat untuk manusia. Di samping membersihkan segala kotoran hasil perbuatan tangan-tangan jahat, air yang datang juga membawa rezeki dengan ikan-ikan air tawar yang berbagai jenis dan rupa. Orang kampung memang ada yang senyum panjang sampai ke telinga. Aku pula suka dengan putu ubi kayu, memang tak dibuat orang kalau bukan di musim air bah. :D

Ada orang kata, musim air bah ni, musim orang perempuan tayang betis. Betul ke tidak, tak tahu laa…

TehrDemikian kisah 'Antara Salji dan Air Bah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. padin says:

    hahaha, agaknya sekarang ni bukan waktu bah je, musim tayang betis berpanjangan ekekee…

    err.. putu ubi kayu tu yg macamana ek?
    padin baru je tulis kisah Visi Aku Ialah…My Profile

    1. tehr says:

      nama sebenarnya putu halba atau putu piring, bro
      aku je sebut putu ubi kayu :D

      1. yas says:

        Laa…aku ingatkan betul2 ubi kayu…hehehehe
        yas baru je tulis kisah Malaysia vs Indonesia (Sea Games 2011)My Profile

        1. Mus says:

          aku pun tak berapa paham awalnya..
          Mus baru je tulis kisah Harga Makanan Laut Di Semporna Holiday Resort, SabahMy Profile

  2. adele says:

    bukan sengaja nak tayang..lelaki yg suka nk tengok..sbb tu boleh timbul isu tu.. :-P
    adele baru je tulis kisah AMNF di UNISZA, TerengganuMy Profile

    1. surihati_ku says:

      saya suka pakai seluar jer,.batik tak suka pakai haaaa..sb tahu llki suka jer amik kesempatyan huu
      surihati_ku baru je tulis kisah Snake Massage Anyone !My Profile

    2. b3njy says:

      Lelaki tak nak tengok … tapi dah perempuan cun tu tunjuk … tak kan B3njy nak tunduk … tetapi memang pompuan pun suka di tengok … hehehehe (gurau je) :>
      b3njy baru je tulis kisah PENGAJARAN DARIPADA APPRAISALMy Profile

      1. tehr says:

        perempuan suka ditengok
        lelaki suka menengok
        2×5 je :D

        1. surihati_ku says:

          haa…mujur pakaian ku bertutp haa…
          p/s:jaga2 kaum hawa kaum llki suka mengintai…balik renungan..
          surihati_ku baru je tulis kisah Backup Kerja Part TimeMy Profile

  3. zik says:

    simpati keatas negara thailand… tapi katanya ada rezeki lain.. jual baju hujan laris dan juga memancing ikan senang dapat…
    zik baru je tulis kisah Wahh, check keputusan UPSR dengan sms jer!!!My Profile

    1. tehr says:

      moga2 banjir kat negara kita nanti tak la teruk sangat, zik

  4. surihati_ku says:

    eh tak de masa na tayang dpt dosa heeee
    surihati_ku baru je tulis kisah Adni Kau Pergi.. Part IIIMy Profile

    1. tehr says:

      sebahagian dari orang kita memang suka tayang dan suka tengok
      hehe

  5. LadyBird says:

    hujan saliji di negara org..
    hujan air di negeri sendiri..
    lebih baik di negeri sendiri..
    LadyBird baru je tulis kisah Ujian Allah Itu IndahMy Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      masa hujan salji tak ada ikan air tawar :D

  6. chii says:

    hujan emas di negeri orang..hujan batu..x pernah merasa lagi..apatah lagi hujan salji..eheheh..

    uiks..tunjuk betis?? hurm…agaknya la kot..takut kain atau seluar basah..ehehehe
    chii baru je tulis kisah Saya Suka Awak…My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      kata orang la… :D

  7. ghost writer says:

    air bah adalah sorga untuk dapatkan ikan-ikan air tawar.wah,mesti best giler.aku tak pernah berada dalam situasi tuh.
    ghost writer baru je tulis kisah catatan pertamaMy Profile

    1. bisk, mai kampung aku…
      rainbowcloudy baru je tulis kisah air mata jalananMy Profile

    2. tehr says:

      kat kawasan aku ni, selalunya jadi macam pesta, ghost
      heran juga nengok, macam2 aktiviti ada

  8. iwan delaroc says:

    lelaki pun ramai yg tayang betis.. ahakss

    1. tehr says:

      lelaki?
      tayang kat sapa pula tu?

  9. akubiomed says:

    Pakcik saya merantau ke Sweeden. Saya pernah kata kepada beliau ketika bercuti balik kampung, tentu seronok dapat main salji tiap tahun. Beliau marahkan saya kerana ketika musim salji ada kala salji tebal dan banyak mengunakan tenaga untuk panaskan rumah dan badan. Beliau tersangat bimbang keluargannya terputus bekalan makanan ketika musim salji.

    Kata orang, ‘Hujan emas dinegiri orang hujan batu dinegiri sendiri’

    1. b3njy says:

      Tetapi kalau betul2 hujan tu emas best kan … kayoo pak cik ni … hehehe
      b3njy baru je tulis kisah PENGAJARAN DARIPADA APPRAISALMy Profile

    2. tehr says:

      betul la
      apa2 bencana pun susah
      harap kita sentiasa beringat dan ambil langkah keselamatan

  10. b3njy says:

    Air bah tu satu fenomena alam, nak buat cam mana kan … kalau betul air bah menyapu semua kotoran yang dibuat oleh tangan2 orang … harap2 air bah boleh mencuci kekotoran di kawasan KL … (OOoo ! … kau ni B3njy jangan minta-minta, lumpuh kang ekonomi … ingatlah kau tu tinggal kat lembah klang juga…)
    b3njy baru je tulis kisah PENGAJARAN DARIPADA APPRAISALMy Profile

    1. tehr says:

      parah tu kalau tenggelam kuala lumpur, bro

  11. kakyong says:

    anak saya , Fikri dok tanya.. ‘ibu bila nak turun salji ni.. skrg kan dah musim sejuk (hujan)… huwahuwa huwa…. saya hanya menjawab dgn senyuman..
    kakyong baru je tulis kisah Pintu Utama Istana Negara BaruMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      abang fikri kena belajar sungguh2 la
      nanti belajar kat rusia, banyak salji

    2. padin says:

      bawak gi genting la tiap hari ada salji, hahahaa

  12. zaman budak.. banjir ni mcm pesta ehhh… swimming pool dtg ke kampung :D
    Zaman ibu bapa lakk… adehhh memikirkan kos yg perlu dibayar…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Jawapan Bagi Soalan ItuMy Profile

    1. tehr says:

      swimming pool datang ke kampung
      hehe
      aku suka ayat ni
      memang ada benarnya

  13. titan says:

    ehh..bukan tayang betis la.. ni musim orang laki cuci mata..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 11 dari InnityMy Profile

    1. tehr says:

      huhu
      baru bangun tido tu

  14. yas says:

    Teknologi zaman sekarang ni mmg memudahkan…dulu2 kat bukit cherakah ada rumah salji…pas tu kat Genting plak…la ni kat ICCT pun dah ada…so takat nak merasa salji tu dah boleh dah kat mesia nih….cuma klau nak original mmg x dapek laa…;)

    #Skg dh musim hujan…belah utara ngan pantai timur belum ada yg dinaiki air lagikan??
    yas baru je tulis kisah Malaysia vs Indonesia (Sea Games 2011)My Profile

  15. bEe says:

    Seronok dpt p tmpt org
    Mcm bEe ni penakut naik belon… alamatnya sampai bila2 tak melawat tmpt org :-)

  16. Pergi kehulu memetik lada
    untuk dijual diseberang paya
    musim hujan kena waspada
    Air Bah memang bahaya

    pergi pasar dengan si Samad
    Makan ulam pucuk turi
    Simpati pada penduduk thailand
    Air Bah tak surut lagi

    Salji tak ada kat sini yang ada kat ICCT ajer rasanya

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy paint protection film
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  17. Mus says:

    pandai-pandailah menjaga diri pada musim bah ni..
    anak-anak harus diperhatikan 24jam
    Mus baru je tulis kisah Air Paip Bersih Di PulauMy Profile

  18. Pacifista says:

    ada rahmat disebalik banjir tu.biar kotoran2 tu hilang.macam bangkok jugak :P
    Pacifista baru je tulis kisah Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun